Selasa, 29 Desember 2009

produk bayt tarbiyyah

asmlmkm wbt.

Tarbiyah bermula sejak dari perut ibu lagi. Bagi yang bertuah, sejak di perut ibu lagi dia telah mendapat tarbiyah. Betul ke?

Sepanjang perjalanan kehidupan sejak menemui dunia, hati dan ruh yang menumpangi jasad melalui pelbagai bentuk peristiwa, majoritinya datang dari bentuk keluarga itu sendiri. Jika keluarga itu sendiri menghendaki peristiwa-peristiwa tersebut adalah tarbiyah buat mereka, maka tarbiyahlah yang mereka dapat.

Ibu bapa yang memgerti kepentingan tarbiyah dalam pembentukan seorang insan, akan sedaya upaya menjadikan kehidupan keluarga tersebut berada dalam lingkungan tarbiyah. Tarbiyah bagi saya adalah didikan, asuhan dan pembentukan.

Seawal dodoian bayi dengan selawat, melazimi bacaan quran oleh ahli keluarga dan solat jemaah, sungguh itu memberi kesan kepada si bayi.Dan sepanjang pembesarannya, titip-titip tarbiyah yang mengisi perjalanan kehidupannya..masjid, majlis ilmu..dan sebagainya. Dalam masa yang sama masih didedahkan dengan alam dunia sebenar, menumbuhkan kekuatan dan synergistic effect ke atas tarbiyah itu tadi.

Kesan tarbiyah yang terlalu lama sejak kecil hingga sekolah menengah, hampir 17 tahun, menghasilkan jati diri insan yang jelas pegangan agamanya, ibadat adalah kebiasaannya dan maksiat adalah dosa yang patut dijauhi. Takut akan Tuhan. Kesan tarbiyah sungguh teguh, sepertinya digam-gam pada hati insan itu. Tapi gam juga boleh cair, begitu jugalah tarbiyah, jika insan itu sendiri tidak tahu menjaga gam itu. heh..

Sungguh, produk bayt tarbiyah adalah sebaik produk dan janganlah bila keluar dari bayt itu, dirosakkan segalanya pula. Tarbiyahlah dirimu sendiri pula!!

Minggu, 27 Desember 2009

hello world

aslmkm..

got stuck in a full exam week nearly a month, think i need to inform u, hello world, i'm still alive. lol, thanx to Mr Wannado, connecting me a bit to the malaysialy world, via www.bharian.com.my .

i'm doing ok with my exams, there's rahmatNya and doa that brings me to these good marks, of course, usaha and tawakkal.

While going through my bloody continuos exams, i still got exam cases in clinics, and dealing with some of them are freakingly frustrating. Some people just dont know how to be nice to others, but thanx, u made me stronger dude.

ah well, studying hardly and sleeping lessly doesnt really makes u stressed out when u got just nice marks. Really...and i gonna use this full month holiday very effectively,...to study daaa...insyaAllah.

Senin, 14 Desember 2009

kena marah lagi

Entry aku sblm ni 'dibantai Dr ..' pernah cite pasal Dr yang marah aku sebab bawa masuk lebih patient.
Well, 2 minggu lepas tu aku kerja macam biasa dan dia tak de marah2..siap berlawak sikit, so aku rasa dia ok. cool, tak ingat dah dia pernah marah aku.ok fine, alhamdulillah.

Lepas tu hari ni, tetibe ptn partial aku tuh datang tanpe appointment geramnyee..dan die ni jugakla yg dtg time aku kene marah tu..die nak denture tu cepat2 dan Dr jugak nak aku habiskan complete cepat2...ingat aku robot ke nak siapkan sejuta benda dalam 1 saat? ok, thinking that i am a student under him so aku rujuk ptn tu ke Dr dgn harapan Dr akan solve the problem, dan aku pon xmau bertindak sendiri. hello Dr pon agak sukar menguruskan perkara lebih dari satu. Dia suruh kerja jugak kat ptn tu konon suruh amik 5 minit (padahal sebelum ni memang dah decide yg this week busy gile banyak JRR stage student).. ok whatever Dr aku ikut ko! Pastu tetibe datang cakap pelan2 kat aku, dlm BI 'ko sepatutnya urus masa dengan baik. salah ko tak uruskan masa dengan baik. salah ko100x aku sedang mengira salah ko' HAHAHAHAHA macamana agaknya nak kurangkan salah aku kalau semua kesilapan yang berlaku di sekeliling aku terlihat sebagai salah aku? hello Dr, semakin tidak adil ko terhadap student, semakin terlihat kelemahan ko sebagai pensyarah. Dan sekarang ni, kali kedua aku kene marah dengan agak tidak adil, aku dah sukar untuk memaafkan ketidakadilan ini. Minggu sebelum ni aku dah redha dan melihatnya dari sudut positif dengan menyalahkan diri sendiri. Dan skrg, bias itu semakin jelas dan aku tidak perlu untuk menidakkan ketidakadilan yang berlaku ini lagi Dr!

Lagi satu, tlglah jangan bias dengan student kerana wajah atau apa2, itu hanya pinjaman yang Allah berikan buat hambaNya yang tiada apa2. Apa haknya seseorang membezakan wajah sedang wajahnya itu juga hanya pinjaman? tak malu ke eh?

Ya Allah, sesungguhnya segala yang berlaku ini di bawah lingkungan takdirMu. Aku merancang, Kau merancang dan Kau adalah sebaik2 perancang. Aku silap kerana tidak bertawakkal kepadaMu setelah berusaha. Aku gembira dengan ujian ini kerana aku kini tahu kewujudan 'zalim' 'bias' dan semoga aku mampu menghadapi situasi2 getir seperti ini atau lebih teruk lagi di masa hadapan yang tentunya lebih perit, semoga, tanpa airmata.

p/s : aku tidak murah untuk menjadi student yang bergelak ketawa dengan Dr muda dan aku tidak murah untuk menjadi student yang bertabarruj menarik perhatian dan melembutkan pandangn Dr lelaki. Aku datang untuk belajar dengan serius dengan Dr dan aku paling benci sesetengah lelaki yang lemah dengan perempuan cantik dan tumbang dengan kemanjaan student. Biar aku ajar mereka supaya membezakan yang hak dan batil!

Kamis, 19 November 2009

aku tak kan datang lagi

assalamualaikum wbt.
Cuma nak abadikan kisah-kisah kecil yang aku lalui di tempat istimewa aku dtc.

Macam biasala, hidup memang macam roda. Kadang kat atas, kadang kat bawah. Kalau kat atas je tak turun2 maksudnya roda tu tak berjalan, makanya hidup dah berenti=mati.

Ada satu hari ni, aku bersungguh-sungguh call patient aku suruh datang, pasal nakkan case punye pasal. jadinya setelah beberapa minggu aku negotiate ngan dia, minggu ni dia janji nak datang. heh, bajet besar kau patient, lama aku tunggu ok baru nak datang. ok x kesah pasal aku yg nak patient, bukan masalah dia..tapi consider la kan, aku nak rawat suaminya yang hidup tanpa gigi itu!

orait, pastu dia datang dan masalahnya bermula bilamana patient aku yang lama tetibe datang dan doc suh aku treat patient lama tu. hei, pegila berjumpa si patient yg dah janji tu..

katenye, aku datang dengan appointment, sepatutnya ko amik aku. aku dah lama berjanji dengan kau apsal ko keje kat org lain. aku cakapla yang ko leh datang hari lain, org len akan keje ngan ko...tak2, aku takkan datang lagi. aku takkan datang lagi dengan muka berpaling-paling dari aku seolah-olah aku ni sedang merayu padanya yang mandat besar huh. hei ini suda lebih, jadi aku pun mengungkit la fair la kan..dia dulu pun pernah mungkir appointment, so aku pun buat sekali, fair ok. lagipun bukan aku nak jadi macam ni. aku nak treat suami die tu! so macam da gado sket, aku cakap la ko ada masalah, aku pun. (tinggi suara sket-cewah,kene garang sket ngn sesetengah org kan) pastu berpaling terus jalan tanpa pandang belakang lagi..patient aku tu plak baru nak kata yg xpeje doc..huh, no turning back ok. hewah..masa menoleh tu rasa cam lacrimal gland bergetar nak kluar airmata, tapi hati aku kata kuat2..dan, heh, trus bekerja dgn normal selepas tu.

Dan hari ni, ingatkan rct case leh letakkan senyuman di wajahku ni, menggantikan kemuraman di pprostho clinic, tapi rupanya cons juga as disastrous as prostho..apela aku ni, dahla gelabah, malas, ape lagi..
tu la, lain kali pandai2la ingat untuk ibadah dan ingatiNya. orang yang selalu ingatkanNya terpancar di saat dia sibuk, dia tenang tanpa gusar. terpancar di sebalik tindak tanduknya yang terurus dan sempurna.
wahai aku,
belajarlah mendaki puncak taqwa. galilah ilmu di mana kau berada. jagalah akhlakmu kerana itu hiasan seorang muslim, ikutilah sunnah Rasulullah, dia kan ikutanmu. ingatlah, ingatlah! buatlah!

Senin, 16 November 2009

total disaster

asslamualaikum wbt.

prostho clinic is a total disaster. Just now peaking at my exam case mark and it was *&^# frustrating..keeping me way down and down more and more..
Broke a promise i mean appointment with a patient and dibebelinya until i felt so dumb and yet, fortunately, with no tears.i managed it yeh! But still hate it coz i'm actually intending to work on her but suddenly my previous patient came and my supervisor instructed me to work on him. I truly, dont want this to happen. Like always, i wanted nice things to happen to people around me but everythingsgonnabealright dont exist in this world right.

Tomorrow's exam and i hope i'll do well, insyaAllah.

Jumat, 13 November 2009

golongan pertengahan

reminding myself to write about role of golongan pertengahan dalam sebaran dakwah.
- menjadi jambatan antara dua golongan yang berbeza
- menghapus jurang di antara dua golongan ekstrim
- menjambatankan dua sisi fikrah yang berbeza
- betapa banyaknya golongan pertengahan yang dianggap tiada kepentingan, dan mereka sendiri tidak sedar akan kepentingan mereka, saya sendiri rasanya adalah sebahagian dari golongan pertengahan itu!
ayuh, mari memainkan peranan, demi Islam!

Rabu, 11 November 2009

psycho patient

assalamualaikum wbt.

guess what..patient aku datang dengan tak berbutang baju kat depan..auw, takutnye. rambut menggerbang, tanpa dia cakap pun aku tahu yang die ni ada psycho problem. well, thats not a biggie, i want cases.so what. sume org yang nampak tegur aku, your patient...he is..yes, yes...i answered.of cos patient aku ni x btau yg die ad psycho problem ok.

Uhoh..x kesahla kalo die de prob ke pe, masalahnya, suruh kumur die g minum air tuh!! my partner said, is he gargling or drinking tea there? ouch..euuuww, ouch bagi pihak dia, dan euww bagi pihak aku. aku dapat bayangkan betapa gelinya berada di tempat dia, well, dia not fully sane kan, so expect something like that.euww, uh oh! lepas aku kerja (scaling) kan banyak darah dan plaque (kotoran pada gigi)yang keluar, so lepas kumur tu sepatutnya geli sungguh nak minum ke pe...x tau la dia luahkan balik ke trak...tapi air dalam cawan habis dengan keadaan sink tidak berair...means, dia telan ok.auw, sadis. suction plak dia letak dalam mulut dengan mulut dia tutup, eh oh, main2 ke pe...geli dowh aku sebagai dentist.

then, masa aku kerja, terasa macam vision semakin lama semakin limited, acces semakin kurang, eh, kenapa tetibe handpiece takleh gerak..wallawei, die tutup mulut da!! so terpaksa la berzikir menyebut 'iftah aktar' sebab dia memang buka time aku nak baru nak start je,lepas tu dia akan slowly tutup, ingat aku tak perasan? hello.

dan cite pasal Dr B, kelmarin dia sangat ok. mungkin dia ada dua personality, kuikui. ok2, aku salah jugak, tapi cara dia handle tu nampak janggal, dia stress kot, bukan student je stress, lectures pon.

hello2, study banyak lagi. notes dan study,study dan study, hafal dan hafal. cool and calm. sume skalilah!

Senin, 02 November 2009

dibantai Dr B

semalam aku cakap yang Dr B takkan lepaskan kau semudah itu, and it already menjadi kenyataan. gosh!! ingatkan semakin berilmu seseorang, semakin berakhlak, but the reality isnt like that! its totally the opposite!!
Dr B ni membuatkan hariku gelap gelita dan mendung semendung hari ini. Walaupun hari ni hujan lebat gila dan aku plak pakai baju kurung nipis sejuk sampai tulang hitam bone marrow segala macam nak patah tulang dah, tapi api membara marah tensen dgn Dr B ni masih takleh padam..ewah aku..
huiiii...never ever letakkan expectation yg sangat baik buat seseorang yang kau memang dah tau tidak baik. what? yeh of course lah! Hati kau tu tak payah terlalu baik memikirkan kesusahan orang lain sebab dia tu tak fikir pun pasal kau!! the &%$ betolla!
isk isk..
ape yg perlu aku buat ye!!?? 1stly jadilah orang yang heartless...hish, bape kali nk cakap nih!!! HEARTLESS...HEARTLESS...HEARTLESS....especially with heartless people...ni lah prob major aku sbnrnye..
next is, ko jangan gelabah bleh x?? cool...biarlah lose marks banyak mane pun..biarlah ko lambat skit dari orang lain pun...janganlah RISAU sangat!!
pastu, aku nk contohi sorang budak ni, die ni semakin orang benci dia, semakin dia nak dekat bilamana org tu bawa manfaat tuk dia. Mcm lecturers la..semakin benci semakin dekat semakin baik KOT?

dahla...
ampun, terkasar bahasa, hari ini memang angin sikit, baik di luar tingkap sana, mahupun di dalam ni. Hujan pun luar dalam gak..ahah.

Minggu, 01 November 2009

my works today

aslmkm..
hello dear me

today you gonna do examination for a complete denture patient, so do study and equip yourself with full knowledge about history taking and treatments. Be calm and think before you start any steps. Dr B will never let you go before telling your mistakes and before telling you that you need to study more. There's just no escape exit from Dr B.

then you gonna do border molding and secondary impression for your deary patient, hukmiyah, which you're studying right know. Just remember that for a dentate patient like her, you'll use low viscosity alginate as a secondary impression material. Do check your special tray extensions by doing cheek, lip and tongue movements before proceeding with border molding. And again, be calm! There already a 2 mm spacer at dentate area and 1 mm spacer at edentulous area.

so now,gtg study..enshalla 3la 5er.

Selasa, 27 Oktober 2009

derita sebelum bahagia

yang demikian itu ialah kerana mereka ditimpa kehausan, kepayahan dan kelaparan pada jalan ALlah, dan tidak pula menginjak suatu tempat yang membangkitkan amarah orang-orang kafir, dan tidak menimpakan sesuatu bencana kepada musuh, melainkan dituliskanlah bagi mereka dengan yang demikian itu suatu amal soleh. Sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik.


Al-Taubah : 120

Kejayaan dan kebahagiaan yang diperoleh selepas jauhnya perjalanan derita dilalui adalah lebih manis dan berharga berbanding kejayaan yang diperoleh tanpa derita. Apabila berbicara mengenai kepahitan hidup, kesusahan yang akhirnya berjaya dilepasi dan mencapai kejayaan selayaknya, saya tidak boleh mengelak dari berfikir mengenai sesorang yang sangat saya kagumi.

Menjadi orang yang dikenali dan mempunyai kedudukan yang baik dalam bidangnya sendiri, saya rasa itu adalah kepuasan dan kejayaan yang sebenarnya dalam apa jua bidang yang seseorang ceburi.

Beliau adalah seorang ustaz dan telah pun mendapat nama sebagai antara orang yang pakar dalam bidang agama. Menerbitkan buku dan muncul dalam kebanyakan rancangan tv, itu adalah kejayaan yang sangat besar bagi kebanyakan orang yang sama umur dengannya.

Memegang title 'ustaz' semestinya bukan semudah disangka kerana kebanyakan orang mempunyai expectation mereka yang tersenditi terhadap golongan ustaz. Ustaz sendiri sepatutnya menjadi orang yang sepatutnya, selayaknya ebagai orang yang faqih dalam bidang agama.

Sebagaimana beliau yang saya kenal, istiqamah dalam amalan adalah perkara paling penting dilakukan oleh seseorang yang memegang title ustaz, untuk manusia mana sekalipun yang bergelar muslim juga, tapi tanggungannya lebih berat kepada para ustaz semestinya jika para ustaz ini menyeru orang lain berbuat baik, bukan?
Beliau adalah seseorang yang paling unik kerana disiplinnya yang tinggi dalam apa jua sekalipun.

Menyedari title ustaz bukan title sebarangan, beliau sentiasa berusaha menjadi orang yang lengkap serba serbi. Ya, pendakwah perlu tahu semuanya! Bidang sains, teknologi, bahasa dan kewangan, semuanya perlu tahu! Di sini saya lihat betapa bersungguhnya beliau mengkaji bidang yang tidak pernah beliau dalami pun! Saya malu untuk mengaku diri ini bidang sains sedangkan saya tidak pun mahir bidang sains, apatah lagi bidang agama! Dalam masa sama, masih lagi berbangga kononnya bidang sains adalah bidang yang moden.

Menyedari peri pentingnya seorang pendakwah dalam masyarakat, pendakwah tidak boleh melupakan tunjang asas sebuah masyarakat iaitu keluarga. Jika masyarakat boleh diperbaiki, mengapa tidak keluarga sedang keluargalah yang paling dekat dengannya. Di sini saya lihat betapa tarbiyah yang beliau serapkan dalam kehidupan kami sekeluarga. Saya tidak akan menjadi orang yang beragama baik sepertimana sekarang jika tidak dengan izinNya, jika beliau tidak mentarbiyah kami sedari kecil lagi.

Saya sendiri mendapat tarbiyah dari luar. Tapi apa yang membezakannya ialah keikhlasan hati. Dalam mana kita mentarbiyah seseorang, kita tidak boleh membuatkan mad'u melakukan sesuatu kerana kita. Sepatutnya diberi ruang supaya mad'u merasakan bahawa dia beramal kerana dia yang mahukan, kerana dia yang mahukan redhaNya, bukan kerana orang lain. Dalam masa yang sama, tarbiyah tidak boleh dilakukan dengan manja-manja, perlulah bersungguh-sungguh dan keras. Begitu yang saya dapat sepanjang saya dibesarkan.

Di sebalik kejayaannya yang gemilang dalam bidangnya sendiri, kami sekeluarga sering dikhabarkan kisah-kisah deritanya sepanjang perjalanan kehidupannya. Benarlah, kejayaan sukar untuk diperoleh tanpa derita. Deritanya bukan sedikit tapi banyak. Penderitaan itulah yang membuatnya lebih gigih mengharung hidup dan bersungguh-sungguh sehingga menjadi seseorang seperti yang ada sekarang. Sungguh, ba adalah tokoh yang paling saya kagumi.

Jumat, 23 Oktober 2009

dentists know without u telling them

firstly, dont lie to dentist. U said u brush your teeth twice daily, and that i found abundant of plaque at the side i just made scaling two weeks ago. Mush ma38ul 9a7?

Next is, dentists are always aware whether the patients' eyes are looking to the dentists' or not when they are working on your teeth. Just dont look at the dentists' eyes. Look somewhere to the horizon, heh, or just look straight. As for me who is 'someone who can look from the side of the eyes', i know you are staring at me! Its kinda bugging me. But of course i am ignoring that as to be professional.

This 6 year old boy, my paedodontics patient was crying fearfully to us, fear to the handpieces and everything. And when the doctor came, he said he's crying because he didnt like the caries in his teeth. CRYING BECAUSE OF CARIES! wahahhahaha! Ah, lawakk!

Senin, 19 Oktober 2009

hints

some people said that they dont respond to hints. just say it, coz they dont understand hints. just SAY it. u think life is that easy? u think saying something is just like picking something from the floor or whatnot. have u any idea about what 'adab' is?

Selasa, 06 Oktober 2009

dentists ARE scary

What the ...

Hari ni pedodontics clinic, aku buat fissure sealant for a 6 year old boy.
Masa tengah kerjakan mulut dia tu, berombak-ombak dada dia, lidah dia terumbang-ambing ke atas ke bawah, ke tepi ke senget benget semua. AAa....sangat susah! Tangan tak usah cakaplah, terketar-ketar, nasib tak meloncat je dia dari kerusi. PADAHAL kerja aku hari ini adalah meletakkan cecair di atas gigi TANPA mengorek lubang mahupun mencucuk gusi. I took about half an hour for fissure sealing 16 and 46, dan tetiba nampak air mata mengalir...ah, sadisnye...tapi nak buat macamana, sometimes dentist shouldnt have a heart at all, to finish their works. 6 YEAR OLD kid, memangla...blow air pun terkejut macam kene gigit. dowh!
Pastu bila aku ngan my partner habis semua, dah keluarkan semua peralatan dari mulut dia, dengar dia mengeluh kelegaan...ah, how cute it is! heheh..

Sabtu, 03 Oktober 2009

angin

assalamualaikum wbt

Hari ini perut saya masuk angin. Tak makan? Kurang makan? Atau memang takde makanan?
Ahh, saya ada sedikit rasa bosan dan 'CUKUPLAH' hidup tak terurus dan belajar semata.
Terurus je sebenarnya, tapi tak seperti kehidupan yang saya pernah rasa di bawah naungan keluarga..cewah.

Saya tak tahu kenapa, tapi kebanyakan benda yang saya nampak kat sini, sekarang ni, saya akan memandang dengan perasaan, tak lama lagi saya akan tinggalkan kau, dan perasaan itu adalah suatu kepuasan. Begitu sekali teringinnya saya nak BALIK!FOR GOOD!

Jadi, dengan ini aku memohon kepadaMu ya ALlah, semoga aku graduate denga sejahteranya dengan mu3adaal baik punya pada bulan 6 tahun depan insyaALlah, dan balik for good dengan selamat..ameen ya Rabbal-3alameen..

Selasa, 29 September 2009

final countdown - yesterday's first ortho

Its my final year already,. what a bless.
1st year,2,3,4...semua ni adalah semata-mata rahmat Allah yang membolehkan saya naik hingga tahun 5. Sungguh, usaha aku sekecil zarah, semata-mata rahmatNya yang membolehkan aku lepas and smoothly went to 5th yr.

SEMANGAT! Motivasi aku untuk tahun ini sangat kuat, sebab target aku adalah graduate pada bulan 6, then going home for gooood.it sooo goooood yeah.

So, insyaAllah, usaha sungguh-sungguh, study tak kira masa(isk!!), hafal, jangan main...uwaaaaa..

semalam, ortho clinic was very dissapointing.

Remember, nur :

diagnosis : class 1 complicated with anterior diastema.
ideal treament : fix appliance

p/s : u must have an eagle eye, check everything and especially that relates to your case.

e.g : a patient needs headgear, so check his upper 6s if they're carious or else.
if a patient needs headgear and has increased lower facial height, the patient is not a suitable candidate for low pll headgear orait!!!

So nur, keep it up!

Senin, 21 September 2009

Eid Takbeer Amman,Jordan.

takbir di sini lebih menampakkan kemenangan berbanding kesedihan mengenangkan keluarga. guess this one is better.

Rabu, 26 Agustus 2009

Shaffix-Keimanan

jemput rindu-rindu syahid yang penuh kenikmatan..

Minggu, 23 Agustus 2009

kita-kita yang dimamah masa

Kita-kita ini adalah antara manusia di dunia ini yang termasuk dalam bilangan Muslim sedunia. Adakah kita ini saja-saja menjadi Muslim untuk menambah bilangan semata-mata atau sememangnya kita ini Muslim sepenuhnya.

'udkhulu fi silmi kaffah'- alQuran
maksudnya : masuklah ke dalam Islam sepenuhnya.

Menjadi Muslim adalah menjadi Muslim seluruhnya dari saat bangun tidur hinggalah tidur kembali. Baru-baru ini ada beberapa program reunion yang seperti biasa, mencampurkan lelaki dan perempuan. Bukan setakat satu program, satu tempat,itu bukan masalah. Tapi semeja tanpa segan silu. Inilah yang dikatakan kita-kita yang dimamah masa. Suatu waktu dahulu, pintu masjid yang hanya satu diarahkan oleh Rasulullah s.a.w. supaya ditambah lagi satu supaya tiada percampuran berlaku ketika jemaah keluar dari masjid. Jadi wujudlah 'bab an-Nisa'.

Begini terperincinya pergaulan dijaga, percampuran dielakkan hatta di masjid yang rata-ratanya memang orang datang untuk beribadah, bukan bermaksiat. Alih-alih kini, tanpa disuruh tanpa dipaksa, kita duduk semeja, lelaki dan perempuan dengan tujuan untuk makan. Jika Rasulullah lihat kita begini sekarang bagaimana agaknya? Umatnya yang didoakannya akhirnya begini jadinya? Segala luka parah Rasulullah menyebarkan Islam berbatu jauhnya dengan hanya menunggang unta, hasilnya ini? Jatuh dalam lubang, dilempar najis, dipulaukan, akhirnya....?

Selawat sudah dibaca, solat tidak tinggal, tapi ruhnya tiada. Kita kata cinta pada nabi, tapi mana ekspresinya?

Seolah terbayang dalam minda saya ketika disebut mengenai hadis (tak pasti sanadnya) yang mafhumnya lebih kurang begini :

' perempuan kalau berjalan di jalanan, seolah terlekat di dinding-dinding ' - dek mengelakkan percampuran.

Betapa susah para ulama salaf dan khalaf memperjelas bagaimana, muamalah yang sepatutnya antara lelaki dan perempuan, kefahaman kita masih di takat itu sahaja. Tiada usahakah, kita ini untuk memahaminya?

Orang yang berjaya adalah orang yang mengingati sejarah (nabi).
Orang yang berjaya adalah orang yang kurang bercakap perkara lagha.

Amat cetek intelek seseorang yang merasakan percampuran antara lelaki dan perempuan adalah suatu kemajuan, lambang gaya dan kononnya terbuka dalam era moden kini. Sedarkah bahawa anda-anda yang ikhtilat ini adalah antara orang-orang yang cetek ilmu? Sesuatu yang memalukan jika semakin tinggi ilmu kita, namun akhlak kita di paras sekolah rendah sahaja.

Agak memalukan jika seseorang itu berbangga dengan sesuatu yang tidak sepatutnya dibanggakan. Berikhtilat adalah dilarang, maka pada pandangan seorang Muslim, perkara tersebut adalah buruk.

Apakah kita mengaku Muslim tapi tidak pernah berpandangan seperti seorang Muslim? Seorang Muslim pandangannya adalah berpandukan pandangan agamanya. Kalau buruk pada pandangan agama, maka buruklah pada pandangannya. Jika tinggi martabatnya seorang miskin yang bertaqwa berbanding seorang Dato' yang 'asi, maka itulah pandangan yang sepatutnya ada pada kita.

Membina jatidiri Muslim tidak semudah yang disangka kerana prosesnya bermula sejak kiat kecil lagi. Namun kesungguhan seseorang untuk menjadi seseorang yang lebih tidak pernah dipandang enteng dalam agama. Kebaikan sekecil zarah sekalipun dikira. Sekalipun dosa hamba itu sebesar gunung, keampunan Tuhan lebih besar dari itu. Tiada langsung alasan untuk mengelak melakukan kebaikan, bukan?

Ayuh, menjadi Muslim seluruhnya. Menjadi orang baik-baik, bak kata Kaksu.

Jumat, 21 Agustus 2009

Ramadhan kareem

assalamualaikum wbt
selamat menyambut bulan ramadhan alMubarak kepada semua!!
Alhamdulillah, doa kita pada ramadhan yang lepas supaya dipertemukan dengan ramadhan tahun ini dimakbulkan..syukur kepadaNya.

Ada tiga hadith, bermaksud begini:

1. Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan, penuh keimanan dan berkira-kira( bersungguh- sungguh), maka diampunkan untuknya, segala dosanya yang terdahulu.


2. Barangsiapa yang membangunkan Ramadhan, penuh keimanan dan berkira-kira( bersungguh- sungguh), maka diampunkan untuknya, segala dosanya yang terdahulu.


3. Barangsiapa yang membangunkan Malam Al-Qadr, penuh keimanan dan berkira-kira( bersungguh- sungguh), maka diampunkan untuknya, segala dosanya yang terdahulu.


Lihat, apakah persamaan dalam tiga hadith ini?


Yakni jika kita mengisi Ramadhan itu, dengan puasa yang penuh kesungguhan, dengan ibadah yang penuh keimanan, maka Allah SWT menjanjikan kita keampunan.


Keampunan Allah itu, lebih besar dari pahala. Hal ini kerana, pahala akan menyusut bila kita lakukan dosa. Namun, keampunan itu memadamkan dosa yang lalu, sekaligus menambah kebaikan kepada kita.


Ingatlah bahawa, kita tidak sesekali beramal kerana pahala. Kita beramal untuk mendapat redha dan keampunan Allah SWT. Kita tidak mengira begini:


Pahala Solat Tarawih = 1000


Maka bila kita sudah solat 29 hari Solat Tarawih, kita kata bahawa pahala kita ada = 29000


Kita rasa kita kaya dengan pahala, dan nanti tidak kisah melakukan dosa. Pahala sudah banyak katanya. Mentaliti begini lah yang menyebabkan kebanyakan orang kita, bila berlalunya Ramadhan, dia kembali melakukan dosa. Kenapa? Sebab katanya, di bulan Ramadhan, pahalanya sudah banyak.


Pahala itu datang daripada Allah SWT, apabila Allah redha dengan kita. Jangan kita sangka, bila kita solat, baca Al-Quran, begitu sahaja sudah kita mendapat pahala yang baik. Fikirlah, apakah sesuatu itu jika kita lakukan dengan sambil lewa, apakah ada ganjaran yang baik untuknya?


Maka beribadahlah dengan ikhlas, penuh keimanan dan kesungguhan. Kita perlu sentiasa berharap. Berharap akan redha dan keampunan Allah. Kita mahu dua perkara itu. Ramadhan inilah masanya untuk kita tubi diri kita dalam melatih diri untuk mencari redha dan keampunan Allah SWT.


Bersungguhlah dalam mencari keampunan Allah SWT ini. Hal ini kerana, pada suatu hari, Jibril AS telah datang bertemu Rasulullah SAW dan berkata:


“Wahai Muhammad, barangsiapa yang melalui Ramadhan, tetapi tidak diampunkan dosanya, maka dia dijauhkan dari Allah. Katakanlah amin”


Dan Rasulullah SAW mengaminkannya. Ya Allah... Ini adalah satu kecelakaan. Siapa yang tidak diampunkan di dalam bulan Ramadhan, maka dia dijauhkan daripada Allah SWT.


Kenapa? Kenapa Allah menjauhkan diri-Nya dari orang-orang yang tidak diampunkan-Nya di dalam bulan Ramadhan?


Hal ini kerana, jika manusia keluar dari Ramadhan tanpa diampunkan, ternyata ketika dia melalui Ramadhan, dia tidak bersungguh-sungguh berusaha mendapatkan keampunan Allah SWT.


Bayangkan, Ramadhan yang setiap detik di dalamnya adalah waktu-waktu pembukaan pintu taubat yang seluas-luasnya, berjalan waktu ini sepanjang sebulan, maka tidak diampunkan juga? Sebab itulah siapa yang keluar dari bulan ini, tidak mendapat keampunan walaupun sudah diberi peluang yang besar ini, maka dia celaka. Sememangnya, orang sebegitu adalah celaka, kerana dia tidak menghargai, tidak bersyukur dengan peluang yang Allah sediakan untuknya.


Tidak hairanlah, orang sebegini, Allah SWT menjauhi-Nya/


Maka, saya mengingatkan diri saya dan pembaca semua,


Isilah Ramadhan ini dengan pengisian yang penuh keimanan dan kesungguhan. Jangan kita persiakan.


Dakaplah Ramadhan ini seerat-eratnya. Layanlah Ramadhan ini sebaik-baiknya. Jangan kamu anggap hari-hari dalam bulan ini adalah hari-hari yang biasa. Jangan kamu persiakan umur kamu yang dipanjangkan untuk bertemu dengan bulan ini. Ambil lah segala apa yang Allah sediakan untuk kita dalam bulan ini.


Semoga Allah menumpahkan keampunan-Nya untuk kita dalam bulan yang mulia ini.


Inilah bulan Allah SWT mendekatkan diri-Nya lebih rapat lagi kepada kita. Membuka peluang seluas-luasnya kepada kita. Menumpahkan kasih-sayang- Nya lebih kepada kita. Hal ini tertonjol apabila, Allah SWT menyelitkan firman-Nya:


“Apabila hamba-Ku bertanya kepadamu(Muhammad) berkenaan Aku, maka Sesungguhnya Aku adalah amat dekat”Surah Al-Baqarah ayat 186.


Ayat ini, terletak di tengah-tengah aturan ayat-ayat berkenaan puasa dan bulan Ramadhan yang bermula dari ayat 183 Surah Al-Baqarah:


“ Wahai orang yang beriman, telah difardhukan kepada kamu puasa sebagaimana yang difardhukan ke atas orang-orang sebelum kamu, moga-moga kamu menjadi orang yang bertaqwa”


Hingga ayat 187 Surah Al-Baqarah:


“Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.”


Ini menunjukkan keberkatan, keutamaan Ramadhan dalam kehidupan kita.


Maka, kita harapkan, Ramadhan kali ini mampu menjadi tempat untuk kita mempertingkatkan diri bagi menghadapi 11 bulan selepasnya.


Marilah kita memeluk Ramadhan kali ini dengan seerat-eratnya.


Ya Allah, kurniakan kami rezeki, untuk menghidupkan Ramadhan kali ini dengan ketaatan, penuh keimanan dan kesungguhan. Ya Allah, kurniakan kami rezeki, untuk menggadakan amal kami dalam mencari redha dan keampunanMu. Ya Allah, bantulah kami, sisihkanlah kami dari maksiat, dan perkara-perkara yag melalaikan kami dari mencari rahmat-Mu dalam bulan yang Kau hadiahkan kepada kami ini. Ya Allah, jadikanlah hari-hari kami selepas ini hari-hari yang terbaik. Bantulah kami ya Allah. Sesungguhnya kami hanya mampu beramal jika Kau izinkan.


Wahai pembaca, katakanlah amin.




Semoga kita sama-sama menjadikan Ramadhan sebagai salah satu dari banyak-banyak batu loncatan untuk kita menggapai tempat yang lebih baik di sisi Allah s.w.t. ameen.

p/s : Sambutan ramadhan di jordan sangat hangat. 1 jam sebelum azan maghrib, (esok baru 1 ramadhan), kedai-kedai banyak yang dah tutup. Apatah lagi restoran, semuanya berkemas kerana mereka memang tidak berniaga pada bulan Ramadhan. Kadang-kadang mereka ambil kesempatan untuk buat renovation. Ah, Ramadhan sangat meriah di sini, saya sangat terharu dan gembira. Di sebelah malamnya pula, selepas solat terawih, ada yang tembak mercun, bunga api. Tanda awal Ramadhan. Orang Jordan memang akan main bunga api yang letup-letup kat langit tu untuk menyambut something special macam kahwin, graduation, dan jugalah ramadhan. Hari raya takde plak.

Terkejut jugaklah bila bunga api ni meletup atas kepala sendiri masa jalan balik dari masjid tadi. Hehe.


Pastu kat tingkap-tingkap rumah plak akan terpasang lampu kelip-kelip, warna-warni, yang berbentuk bulan dan bintang. Special, sebab time ramadhan je akan jumpa benda-benda meriah camni.Ni gambar hiasan jek..



Benda special lain yang ada time ramadhan saje, Qatayif(macam kuih ketayap sikit), air Tamar hindi yang sedap tahap max, tak dilupekan tukang kejut sahur yang akan bergendang keliling kampung. Auhh..my last ramadhan here!

Jumat, 14 Agustus 2009

mengangkat martabat suri rumah

bismiLlah

Suri rumah atau dalam bahasa inggerisnya, 'house keeper' tidak pernah mendapat tempat yang baik ataupun sekurang-kurangnya mendapat nama di kalangan orang-orang yang berjaya. Hakikatnya, benarkah begitu?

Adakah kejayaan seseorang diukur berdasarkan tingginya jawatan disandang, atau hebatnya gaya seseorang? Ataupun kejayaan diukur berdasarkan hasil yang dia telah dapat? Bagi kebanyakan orang yang masih tertinggal intelek dalam mindanya, pasti 'hasil' yang menjadi ukuran kejayaan seseorang, apatah lagi jika hasil tersebut sememangnya mendapat redha ALlah, kerana itulah ukuran kejayaan yang sebenarnya bagi kita-kita yang mengaku muslim.

Mudah sahaja sifirnya bagi topik suri rumah kita kali ini, hasilnya anak-anak yang berjaya dan berakhlak mulia itulah ukuran kejayaan seorang suri rumah. Benar?

Adalah sesuatu yang sangat penting bagi tumbesaran seorang kanak-kanak sejak bayi sehingga ke sekolah menengah sekurang-kurangnya untuk mempunyai seseorang yang mengawasi dan menjaga kebajikannya sepanjang waktu. Jiwa kanak-kanak memerlukan perhatian dan tunjuk ajar. Perhatian sememangnya diperlukan dari seseorang yang mempunyai pertalian darah yang mempunyai rasa kasih dan sayang, bukannya orang gaji yang perhatiannya diberikan kerana untuk mendapat gaji semata.

Selain perhatian, seorang kanak-kanak yang sedang membesar juga memerlukan bimbingan untuk memilih, membuat keputusan. Soalan yang mudah-mudah, memilih sama ada untuk ke sekolah atau tidak, sama ada untuk solat atau tidak. Keputusan yang kecil-kecil ini bila terarah, maka keputusan yang besar-besar di waktu dewasa nanti akan lebih mudah dan jalan yang diambil insyaALlah lebih lurus.

Kanak-kanak yang lahir dan membesar di bawah jagaan suri rumah yang berjaya seperti ini akan seterusnya menjadi antara orang yang berguna untuk Islam khususnya dan untuk negara. Begini pentingnya peranan seorang suri rumah kerana masa depan anak-anak bergantung kepada mereka. Anak-anak ini jugalah yang akan menggantikan tempat para pemimpin sekarang dan menjadi pemuda pemudi negara yang menghuni negara dan dunia ini. Seolah-olah masa depan dunia seluruhnya terletak di bahu para suri rumah!

Tidak perlu terburu-buru meletak tanggungjawab suri rumah kepada sesiapa. Sekarang ini pun sudah ada lelaki yang menjadi suri rumah. Sesungguhnya tanggungjawab sebegini sangat berat.

Jika dilaksanakan dengan sebaik mungkin, hasilnya sangat manis dan tulus, kerana baktinya besar, tapi bakti yang besar sebegini senyap-senyap sahaja. Tiada gelaran 'datuk' atau 'puan sri' pun. Sekadar ucapan terima kasih si anak, sekadar melihat anak berjaya sudah terasa terbalas jasanya.

Saya tak mampu nak mengungkap dengan kata-kata betapa saya mengagumi seorang suri rumah bernama ibu saya . Seadilnya, saya anugerahkan dengan segala macam bentuk penganugerahan yang ada di dunia ini untuknya, berilah Tan Sri, berilah Tun sekalipun tidak sama. Jasanya terlalu tulus untuk diberi penganugerahan duniawi yang berunsur material dan kesombongan.

Saya sedar, dalam dunia sekarang ini, jarang ada wanita ingin menjadi suri rumah dek degree yang ada, dek macam-macam lagi. Sememangnya untuk menjadi seorang suri rumah yang berjaya juga memerlukan degree! Apa susah, sekarang kan dah ada lelaki yang jadi suri rumah. Bukan suri rumah sepebuh masa tapi bergilir-gilir. amacam? =p



Puan Sri, Datin , Ir , Dr Wan Zainab Wan Adam =)

Sebenarnya diri saya sendiri pernah terasa ingin menjadi suri rumah, menyusun gerak kerja di rumah dengan jayanya sepertimana ibu saya, tapi diri saya tidak cukup kuat untuk melakukan pengorbanan, mengorbankan sebuah degree yang.akan.saya.ada. (insyaALlah). Kata ibu saya yang berhenti di kala hampir-hampir menamatkan Master itu, dia tidak menyesal, apabila melihat anak-anak berjaya. Sebetulnya saya menilai kembali pengorbanan ibu saya apabila saya mendapat keputusan yang baik-baik, atau sekurang-kurangnya belajarlah bersungguh-sungguh, kerana sebuah Master telah dikorbankan untuk saya berjaya. Over kah perumpamaan ini? Tak kot?!

Last but not least, terima kasih Ma!

Nursi





From www.albazrah.blogspot.com/search/label/Rasail al-Nur

Sejak kecil beliau merupakan seorang yang sangat berani. Beliau tidak sanggup berkompromi dengan kezaliman. Walaupun masih kecil, kehormatan diri beliau sentiasa dijaga. Beliau tidak mahu menerima pemberian ataupun hadiah.

Nursi telah berjaya menamatkan pengajian hanya dalam tempoh tiga bulan. Sedangkan mengikut ukuran biasa semua silibus yang ditetapkan itu perlu dihabiskan dalam tempoh 15 hingga ke 20 tahun.

Bediuzzaman Said Nursi tidak mampu menulis dengan baik. Beliau nisful ummi. Sebab itu beliau memerlukan Tulab Nur ketika menulis Rasail al-Nur. Penulisan Rasail al-Nur berjalan secara under ground. Ketika itu merupakan zaman gelap dalam peradaban Islam.

Regim Atarturk telah bertanggungjawab memusnahkan syiar Islam. Segala pakaian Islam seperti tudung dan serban telah diharamkan. Undang2 Islam telah digantikan dengan undang2 Swiss. Azan pula telah ditukar ke Bahaasa Turki. Buku2 Islam dimusnahkan. Semua sekolah agama telah ditutup. Dibakar.

Pertandingan ratu cantik telah dihalalkan. Syiar Islam yang agung, Khilafah Islamiyyah iaitu kerajaan Uthmaniyyah telah dimusnahkan pada 1924. Dan banyak lagi peristiwa tragis yang menimpa ummat. Tapi semua ini banyak hikmahnya. Said Nursi hidup di zaman ini. Tangisan dan kepedihan yang ditanggung bukanlah bebanan atau kesempitan hidup yang dihadapinya, tetapi luka, bebanan dan kepedihan ummah seluruhnya.

Said Nursi sedar, kekerasan yang dibawa oleh Ataturk tidak patut dilawan dengan kekerasan, sebaliknya kebenaran dan cahaya terang benderang al-Qur'an yang akan menewaskan kezaliman. Said Nursi benar dalam perhitungannya.

Hasil tafakkur, mengakui kehinaan dan kefaqiran diri di hadapan keagungan Allah...telah menjadi jalan terhasilnya kumpulan Risalah2 Cahaya. Satu persatu Risalah cahaya datang mencantas kebobrokan ideologi tanpa Tuhan. Rasail al-Nur datang membawa harap, mengembalikan iman, malah membawa manusia untuk mengecapi kemanisan Iman. Risalah2 Cahaya telah membentangkan hujah al-Qur'an yang memenuhi segala ruang minda, hati, roh, sir dan sebagainya.

Di antara tajuk2 yang dibincangkan dalam Risalah berasingan, tentang persoalan kubur, nasihat dan panduan untuk orang muda, risalah untuk wanita, risalah untuk mengenali tipudaya dan bisikan syaitan, risalah sunnah, risalah mukjizat Nabi, Risalah Ikhlas, tentang persaudaraan, tentang warga emas, juga untuk para banduan, untuk para pengamal tariqah, untuk pengamal perubatan...risalah tentang alam sekitar, risalah isra' mikraj, risalah untuk free thinker dan ateis, doa2, munajat2, harapan2 kepada Tuhan....dan banyak lagi.

Kamis, 13 Agustus 2009

badiuzzaman syed nursi dan risalah nur

Terlalu banyak yang saya dengar mengenai seorang tokoh dari Turki ini, jadi saya search and copy paste di sini.
From www.munawwarah.blogdrive.com/archive/126.html

Pembongkaran Pemikiran Said Nursi Badiuzzaman

Rasail al-Nur merupakan koleksi Risalah-risalah Cahaya oleh Mujaddid Bediuzzaman Said Nursi. Rasail al-Nur ditulis ketika Nursi di dalam buangan, di hutan belantara, di dalam penjara dan di celah-celah bukit bukau di Turki. Sebahagian besar Rasail al-Nur di tulis ketika Bediuzzaman Said Nursi dalam buangan di Barla. Penulisan Rasail al-Nur sangat unik kerana ia ditulis secara rahsia. Sewaktu kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah dan semasa pemerintahan Mustafa Kamal Atarturk.


Senarai buku dan Fakta Ringkas tentang Rasail al-Nur


1. Bahagian Pertama ini merupakan Rasail al-Nur dalam bentuk jilid. Terdapat dalam Bahasa Indonesia, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.

Bahasa Indonesia
1. Sinar yang Mengungkap Cahaya
2. Menjawab yang Tak Terjawab
3. Menikmati Takdir Langit
4. Said Nursi Pemikir dan Sufi Besar Abad 20

Bahasa Malaysia
1. Tawhid dan Tasbih
2. Mukjizat'ul Qur'an
3. Mukjizat'ul Qur'an - 2
4. Ana dan Zarah
5. B.S.NURSI (Sejarah Perjuangan & Pemikiran)
6. Risalah Pesakit
7. Misteri Gempa Bumi

from www.albazrah.blogspot.com

Risale-i Nur merupakan sebuah rantaian risalah yang ditulis oleh Bediuzzaman Said Nursi dan murid-muridnya selama lebih 50 tahun. Risale-i Nur ditujukan kepada manusia kontemporari yang sering diserang tunjang imannya.

Cabaran yang manusia kini hadapi sungguh luar biasa. Kalau ulama' dahulu seperti al-Ghazzali, Imam Rabbani al-Sirhindi, Sheikh Abdul Qadir al-Jilani dan ribuan ulama lagi tulisan-tulisan serta mau'izah mereka adalah untuk memperkukuhkan iman umat, mencantikkan dan mengindahkan lagi. Memperbaiki kekurangan dan sebagainya.

Tetapi cabaran yang Ustaz Nursi hadapi pada waktu penulisan Risale-i Nur adalah tunjang iman itu bukan setakat dicantas tetapi cuba dicabut dan dimusnahkan. Justeru di dalam Risale-i Nur kalau kita semua baca, hidangannya menyentuh aqal, hati dan juga terus menyentuh ruh.

Ketika hampir runtuhnya Khilafah Uthmaniyyah (Ottoman Empire), musuh-musuh Islam menyerang dari semua arah. Luar dan dalam. Luar; mereka menyerang dan menjajah. Mereka melagakan sesama Islam. Dalam; mereka memasukkan pelbagai keraguan kepada umat Islam tentang prinsip-prinsip dalam Islam. Umat Islam mulai ragu soal azab kubur dan kebangkitan semula di mahsyar, umat Islam menjadikan soal ibadat seperti solat, puasa, zakat, haji dan menutup aurat sebagai masalah peribadi, tak perlu diperbincangkan.

Manusia menjadi tamak dan halobakan dunia. Pembangunan demi pembangunan. Komodenan demi kemodenan. Aqal, hati dan ruh semakin jauh dan jauh dari ikatan agama. Agama ertinya jumud, taksub dan ketinggalan zaman. Kemajuan sains dan teknologi dikejar dan dikejar. Manusia tidak lagi perlukan tuhan. Manusia boleh berdiri sendiri dengan sains.

Di saat kegelisan dan kecamukan iman yang dahsyat ini, Ustaz Nursi menulis Risale-i Nur dibantu murid-muridnya (Tulab Nur), secara bersembunyi dan disebarkan juga secara sembunyi.

Risale-i Nur mengandungi sains dan tauhid, kehidupan dan tauhid, akhlak dan tauhid, falsafah dan tauhid, dan pelbagai ilmu moden yang bertunjangkan tauhid. Setiap perkara kecil dan besar, kehidupan dan perasaan, ilmu dan kesenian, suatu pun tidak pernah lari dari berakar tunjangkan nama-nama dan sifat-sifat Allah.

Semua perkara apabila diperhatikan dengan kaca mata tauhid, akan terus melihat hakikat Iman dan semakin teguh keyakinan kepada ALlah.

Jumat, 07 Agustus 2009

Kaif Al Hemey كيف الهمة

Menyayangi Jordan sementara waktu belum terlambat. Jordan? Sedikit harumnya, banyak sakitnya, namun manis kenangan dan pengalamannya.Istimewa bagiku.

Yep, macam senior aku cakap tadi, lagu ni lah yg aku dengar setiap pagi dalam bas masa gi jami3ah.masa kecik2 dulu tahun 1,2,3. masa comot dan dungu juge rasenye. huhu..what a reminiscence. sekarang dah tak naik bas dah, jalan o berteksi saja...betapa dekatnya waktu untuk meninggalkan jordan. rindu tu dah terasa sedikit demi sedikit walau perasaan nak balik malaysia semakin membuak-buak. huuu..

Selasa, 28 Juli 2009

the full mark story

today is the very best day ever. I never knew that life would be this real. I got 10/10 for my wax-up occlusal splint work! with also written in my marking sheet, some compliments from the best doc ever, Dr F.

Here comes the story. I came to him with my articulator, and once he had his eye on my work, he said, 'this is what i've been looking. The first work that satisfied me'
' i hope this is not by luck, but its because of your work and knowledge'
Then this Dr K said, 'of, course, she wants high marks'
Then i said, ' i want full mark'.
This suppose to be kinda 'macho' doc laugh out loud as if the world is his. HAHA.
I need to keep my laugh very polite as i'm the only student there, with 3 Prostodontics. Whew. BUT its really funny to hear that Dr laugh as it was my first time.

Then we talked about malaysian foods and some stuff about malaysia.

Surgery clinic was also amazing. Dr Y is also the best doc ever. Doctors here start to make jokes with students, not like in our 1st clinical year. They're not that serious anymore and we like it!

Alhamdulillah, i didnt sleep that much this morning after subuh. I read mathurat and did some revision, exercise and shower. It was really nice, a long morning without sleeping. Mind you, subuh is at 4am, i woke up at 430 and clinic starts at 9. And i have 5 hours and 30 minutes to be filled without sleeping. I still cant manage it fully. I still sleep about one hour after mathurat, what a shame.

Tomorrow, no more aftersubuh sleeping okay!!

Selasa, 21 Juli 2009

wrong answer!

I never answer Dr M's question correctly. NEVER. What in the world i've been studying?

IN SMOKER PATIENT : GINGIVAL INFLAMMATION WILL DECREASED AND THE PATIENT IS IMMUNOSUPRESSED

Here the details about Effect of smoking

Microbiology : no eefect on microb acumulation
Immunological : altered neutrophil chemotaxis function, increased neutrophil collagenase and elastase in GCF, increased production of PGE
Physiology : increased gingival blood vessels with increased inflammation (gingival bv only increased with increasing inflamm.!)

gingivitis : decreased inflammation and bleeding on probing
periodontitis : increase prevalence and severity of periodontal destruction, increase pocket depth,attachment loss and bone loss, increase rate of destruction and prevalence of severe periodontitis, increase tooth loss, increase prevalence with increased number of cigarette per day, decrease prevalence and severity with smoking cessation.

Fuh, gotta study more and more and moree

What are the local factors affecting the gingiva?
- unreplaced missing teeth
- malocclusion
- occlusal trauma
- mouth breathing
- parafunctional habits (clenching,bruxism,tongue thrust,trauma from objects)

hallo friends lets STUDY

of dentist wearing double masks and of different language

What does it means when a dentist wears two masks? This question is dedicated to all patients in the world. =p
Actually it simply means that you have very bad mouth odour that one mask is not adequate to prevent your mouth odour!! So patients outside, please be aware of your mouth odour. Keep good oral hygiene please! Brush your teeth 3 times daily and of course before seeing the dentist! heheh..especially me!

And one thing about different language we speak here. Malay language is my mother tongue. Even english cant suits me well. And what about arabic language?
I speak kinda poor arabic.
Today, i'm rushig all the way to examine the patient, to finish treatment early. So one of my question for him :
'mata nuballish dakhan?'
It means : Bila kami mula merokok?
Sepatutnya : 'mata tuballish dakhan?' or 'kam muddah' - maksudnya bila awak start merokok ataupun berapa lama dah merokok.
What the...malu kaan?! Habis kene gelak ngan patient..hm, so what! Itula tak asah bahasa arab, dan gopoh sangat.
I'm trying to be more patient and work efficiently and not too rushing.

Kamis, 16 Juli 2009

anti cerita hantu

assalamualaikum wbt.

Kalau nak kata saya ni penakut, silakan, saya tak kesah.

Makhluk halus, hantu dan sebagainya termasuk dalam perkara-perkara ghaib, yang hanya Allah yang tahu, dan kita tidak dikehendaki untuk mengetahuinya. Dah tidak disuruh mengetahui, tentu ada hikmahnya pabila kita menjadi orang yang taat dan tidak degil. Orang yang cuba-cuba menggali atau lebih tepat lagi memandai-mandai menceritakan kisah kehidupan makhluk halus contohnya bagi saya, sangat degil!

Makhluk halus punya alam mereka sendiri yang kita tidak nampak, alam mereka berbeza dengan kita. Ada hikmahnya dijadikan alam kita berbeza, kita tidak nampak mereka. Bersyukurlah dengan keadaan ini kerana kita memang aman dalam alam yang berbeza ini. Kita sama sekali tidak tahu apa yang mereka buat dalam alam mereka, jadi mengapa perlu mengada-adakan cerita tentang kisah mereka di alam mereka, yang tentunya tipu betul!

Cerita-cerita yang berlatar belakangkan 'cerita seram', 'cerita hantu' semuanya menggambarkan betapa remdahnya tahap pemahaman mereka terhadap alam yang berbeza, makhluk halus ini. Kita berbeza alam, dan raikanlah perbezaan ini, janganlah menggambarkan makhluk halus sebagai sesuatu yang menakutkan, sesuatu yang sering mengganggu kehidupan manusia, kerana itu tidak benar. Hanya orang yang lemah iman, kurang amal dan lemah pergantungan kepada Allah sahaja yang boleh diganggu oleh makhluk halus, hatta oleh sesiapa sahaja pun dek kelemahannya itu, betul kan?

Jadi tingkatkanlah pemahaman anda wahai pembuat cerita sekalian...jangan mengucar-kacirkan lagi pemahaman manusia seluruh dunia. Dan janganlah menjadi seperti orang Barat bukan Islam yang nyata kurang pemahaman tentang alam ghaib, dan ini jelas melalui cerita-cerita 'hantu' yang mereka tayangkan. Jelas akan kecelaruan pemahaman, betapa banyaknya kisah hantu yang berbeza-beza kisah 'kembalinya' mereka ke....mana? mereka sendiri tidak tahu bahawa adanya alam barzakh. Masih tercari-cari agaknya.

Jadi, tolonglah hentikan cerita hantu, gantikan dengan cerita yang lebih jelas mesejnya okay. Makhluk halus ni, semakin kita dekat, dia pun semakin dekat.

Sebiru Hari Ini -edcoustic

lagu indonesia yang biasa tapi sedap dan saya suka!

Selasa, 14 Juli 2009

اعلان هام

Rabu, 08 Juli 2009

prostho 5 - still fail, some ortho thingy

I'm taking prostho 5 right now, and still failed taking impression...what the!

Obviously i need to study more and increase my memory capasity.

How does a good impression looks like?


Actually what we need from an impression is just the area which will be covered by the denture and few soft tissue areas which will affect masticatory functions and also soft tissues that will be touching the denture.

Usually in upper impression, impression should cover the functional depth of labial sulcus till beyond posterios border of hard palate, and laterally from functional depth of buccal sulcus of one side to the other side.

As for lower impression, impression should cover from the functional depth of labial sulcus till the retromolar pad and laterally from buccal sulcus to buccal sulcus of each side. Tongue should be protruded to the extent required to moisten the lips to make the impression with the floor of the mouth raised to functional position.

The position of the patient should be upright as to avoid patient choked by the material in used.

Impression trays
Selection of Stock Trays

Should cover :

-maxillary : entire alveolar ridge, maxillary tuberosities and both hamular notch, provide enough space for impression material

-mandibular : entire alveolar ridge, retromolar pad, should not be short in posterior lingual pouch area, tongue should not be trapped under lingual flange.

Modification of stock tray

- stock tray can be modified by addition of wax to the borders to ensure correct tray xtension (if alginate used)
-metal tray could be modified by using pliers to create space for impression material.

*believe it or not, these was what i've been questioning this morning and gosh, i got hampes-marks for i dont study. I only knew the answers this evening and grr!!


Ortho examination

1) Name, cc, MH
2) extraoral exm. : soft and hard tissue( profile, skeletal class, lower facial height, ricketts line(lip competence), frankfort line to ....angle)
2) intraoral exm.
- anterior posterior : overjet (eg:class 2 div 1)
- vertical : overbite
- transverse : presence of crossbite
3) treatment plan : removable appliance if not so severe, functional appliance if still growing, fix appliance if severe crowding and beyond growth time.

Kamis, 02 Juli 2009

kisah pelajaran musim cuti

kisah 1


Pada suatu ketika di zaman nabi Muhammad s.a.w., beberapa sahabat sedang duduk-duduk di masjid sambil berzikir bersama-sama. Maka datanglah Rasulullah s.a.w. dan bertanya,

'Adakah kamu berkumpul begini semata-mata untuk berzikir?'

Jawab mereka dalam ragu-ragu dengan soalan tersebut,

'Ya, wahai Rasulullah'.

Rasulullah berkata kembali,

'Aku bertanya bukan kerana mengesyaki kamu berbuat sesuatu yang salah, tapi kerana ketika ini, Allah sedang bercakap-cakap dengan para malaikat tentang kamu semua yang sedang mengingatiNya .'

Adalah sesuatu yang amat baik jika kita dapat berkumpul beramai-ramai (bukan senang nak kumpulkan ramai orang) dan membuat sesuatu untuk mengingatiNya. Kebanyakan kita lebih mudah dikumpulkan kerana sesuatu yang menarik nafsu seperti menonton dan berhibur. Apa salahnya berkumpul sekali sekala (berjama'ah) dalam berzikir, solat dan bertadarus.


Kisah 2 - Nabi yang wafat bukan di bumi


Nabi Idris a.s. terlalu inginkan syurga yang dijanjikan Allah untuk orang bertaqwa. Baginda sering berdoa agar dapat ditempatkan di syurga yang penuh nikmat itu. Akhirnya doanya diakbulkan dan malaikat membawanya naik ke syurga dengan izin Allah s.w.t. Setelah tamat waktu yang ditetapkan, maka malaikat pun mengajak Nabi Idris pulang ke bumi. Di ketika itu, Nabi Idris yang berasa amatgembira dapat memasuki syurga cuba memikirkan sesuatu agar dia dapat berada lebih lama di syurga. Lalu nabi Idris berkata kepada malaikat,

'Aku perlu masuk kembali kerana tertinggal barang di dalam syurga'

Maka nabi Idris pun masuk ke syurga dan baginda wafat di dalamnya.


Kisah 3 - InsyaAllah


Nabi Sulaiman a.s. telah berkata pada suatu hari bahawa baginda akan bersama dengan 100 orang isteri pada suatu malam untuk melahirkan 100 orang anak, tanpa mengatakan insyaAllah.
Keesokannya baginda mendapati 99 orang isterinya tidak mengandung dan seorang isteri mengandungkan anak yang cacat.
Penting untuk mengatakan insyaAllah kerana kesemua yang berlaku adalah di bawah kuasa Allah.


Kisah 4 - Malaikat menangis


Pada zaman dahulu terdapat seorang budak yang rajin membaca Quran setiap hari. Di kala dia meninggal dunia, kedengaran bunyi tangisan dari biliknya.
Maka ahli keluarganya pun memanggil sesorang untuk mencari dari mana datangnya suara tangisan bayi itu. (tak tau sape orang tu, cmne die found out) Rupanya suara tangisan itu adalah suara malaikat yang menangis kerana rindu akan suara bacaan Quran budak yang meninggal itu.
Sebenarnya setiap amalan yang kita lakukan diperhati oleh makhluk sekeliling, yang nyata atau tidak. Begitu juga kisah pelepah tamar yang menangis di akla Rasulullah s.a.w. tidak lagi duduk di atasnya untuk dijadikan alas.

Wallahua'lam, semoga saya mendapat pengajaran.

(ps : i'm a very bad storyteller)

gonna be missing these



mat3am Dhoi3ah Khadhra`








syari3 jami3ah

Kamis, 25 Juni 2009

Tak Ku Maaf Dosa Ini

kisah keperitan beberapa manusia di sebalik kesenangan kita.

Selasa, 23 Juni 2009

ringkasan cuti-cuti

assalamualaikum wbt

Bermula 18 jun 2009, saya mula bermalasan dengan nikmat cuti yang sekejap ini. =p

18 jun,kha : kemas bilik
19 jun,jum : shopping di amman
20 Jun,sab : kemas bilik basuh baju
21 jun,ahd : bermalasan di rumah
22 jun,isn : uruskan activity A & B
23 jun,sel : Jumpa syeera & notes 5th yr, SPR
24 jun,rab : activity A & B, bisnes complete
25 jun,kha : H 2/1-2, free
26 jun,jum : H 2/3-4, bkasj, bisnes promo
27 jun,sab : H 2/5-6, amman, grad day
28 jun,ahd : H 2/7-8, read, kemas silibus 5th yr, activity A
29 jun,isn : H 2/9-10, iklan requirements
30 jun,sel : H 2/11-12, activity B(silibus,bahan)
1 July,rab : H 2/13-14,
2 july,kha : H 2/15-16
3 july,jum : H 2/17-18
4 july,sab : H 2/19-20
5 july,aha : stat kelas!!

Selasa, 16 Juni 2009

sudah habis exam

alhamdulillah..exam suda habis. seriously, saya rasa lega hanya setelah habis sem ini. sepanjang sem ni kalau tak sibuk dengan exam, mesti sibuk dengan kerja di klinik tu lah apa lagi. Tapi alhamdulillah, markah dah keluar dan sesuailah dengan usaha saya ni.

Tahun depan kena usaha lagi!

ps : terlalu gembira dengan kelegaan habis exam, jadi susah nak lelap mata. Rasa nak berjaga sepanjang hari merasai sepuasnya kenikmatan habis exam. Overrnye!

Last few days of my exam, benda-benda ni menjadi penemanku :

- Nasyid Indon (Best Light) - tajuk cahaya

syukur pada yang Esa atas segala karuniaNya
sahabat di sini kita bersama
dalam mencari secerca cahaya
kuatkanlah azam dalam meniti jalanNya
sucikanlah niat untuk menggapai redhanya
mohonlah kesabaran padaNya
bersama menuju cahaya abadi
lihatlah masa depan
lahirkan sebuah harapan
yakin Allah kan mudahkan
segalanya untuk meniti jalan syurgaNya
sahabat perjuangan ini takkan reda
hingga ajal diri kan tiba
sampai tunai semua cita-cita
agar Islam kembali jaya


- Best Light 'Introspeksi'

berapa banyak dosa yang kita perbuat
berapa banyak kesalahan kita lakukan
berapa banyak kemunafikan bersemayam
dalam diri yang hina dan nista
diawali dengan zina mata
diiringi pula oleh zina telinga
zina hati dan lisan kita
bermuara pada dosa-dosa
berapa banyak dosa yang kita perbuat
berapa banyak kesalahan kita lakukan
berapa banyak kemunafikan bersemayam
dalam diri yang hina dan nista
saat belum terlambat
kenderaan taubat masih terbuka
menantikan penumpang yang kembali
menuju pengampunan Sang Kuasa

dengan kasih dan cintaNya
bahagialah diri di dunia
dengan amal soleh kita semoga bahagia
di akhirat sana

selalunya saya suka sekejap je. nanti suka yang lain plak.Oh, minta-mintalah ada kesan yang baik pada diri saya ni uuh.

Selasa, 02 Juni 2009

isteri-isteri di pejabat

Ustaz Azhar Idrus - Ceramah-ceramah beliau amat bersahaja namun menyengat dan mengena batang hidung. Sama-samalah ambil iktibar ~

- Ceramah mengenai isteri di pejabat yang bertabarruj untuk diperlihatkan kepada rakan sekerja. Semakin saya meningkat dewasa semakin saya ingin mengenakan gaya yang lebih menampakkan dewasa dan dalam masa sama, saya terlupa mengenai adanya larangan tabarruj ini. Mari kita sama-sama ingatkan diri :

www.youtube.com/watch?v=gTUgSJhHMIg

my exam's armamentarium


Fourth year really gave me such a pressure with loads of requirements and loads loads of exams materials which cover 2 semester. Not forgetting about the 10 subjects and practical exams. So overall, there's 10 theoretical exams and 3 practical exams. Alhamdulillah...now, there's only 3 papers left for me to fight!

Talking about exams, alhamdulillah, i think i managed to control my studies, as well as my confidence to do the exams, and managed to remain 'willing to study' because of these, my armamentarium :

1) holy Quran + Allah's blessings
2) a glass of water
3) blue and green hi-lighter with a blue pen
4) mosquitoes. they give me a break from study to kill them off
5) a very sincere prayer from my lovely family and friends

Alhamdulilah. My friends and i have been through this fourth year with tears, exhaustion and fight between whoever that came across everything that deal with requirements especially. Alahmdulillah, and thanx to all. Sorry, and i hope next year we'll be mature enough to deal with these requirements thingy. Will never forget to preserve what we have to, such as ukhuwwah, syari'a, friendship, patient's right and should never be selfish. A reminder to myself.

Next is concerning about holiday, These are my plans :

1) Hafaz
2) co-curricular activities
3) learning new languages-especially indian language(wowow)
4) read these books - the books on my bookshelf =p
- new books i gonna buy
- The Spiral Staircase-My climb Out of Darkness(Karen Armstrong)
at least for now i have one book. We'll see tomorrow if there's any addition
5) Doing research about skin and hair
6) Cook!

Thats all for now. Hopefully these plans work!

p/s : dengan rendah diri, saya ingin menasihati diri saya sendiri supaya sentiasalah menambah ibadah dan mengingati mati. Jangan leka!

Selasa, 26 Mei 2009

nilai

asslmkm wbt..

Hari ni aku nak membebel pasal hakikat kehidupan dan nilai yang baik.

Sejak kecil, aku diajar oleh kedua orang tuaku agar berbuat baik kepada orang lain, menghormati orang lain dan bercakap perkara baik. Aku juga diajar bersopan santun pabila bersama orang lain. Aku diajar bahawa buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Oleh itu, aku sentiasa memastikan diriku berbuat baik.

Dalam pada aku membesar, aku dibuahi fikiran yang, setiap kali berbuat baik, aku pasti dibalas baik. Kerana itu yang aku dapat sepanjang aku membesar di halaman keluarga tercinta.

Tapi hari ini, hakikat dunia bukan begitu. Buat baik adakalanya dibalas baik, dan ada selalunya dibalas jahat. Itu hakikat dunia yang aku tidak tahu selama aku berada di halaman keluarga aku sendiri. Dunia tidak pernah adil dalam memberikan hukuman kepada manusia. Kerana itu adalah dunia mainan manusia sendiri yang cacat hati.

Walaupun aku tahu yang aku tidak sepatutnya membiarkan kezaliman duniawi memegang hati aku, tapi aku tetap kecewa dengan beberapa episod ketidakadilan yang berlaku dalam kehidupan aku. Kata Umar alKhattab 'Jadikanlah dunia di tanganku dan bukan di hatiku'.

Bak pentas lakonan yang sekejap, dunia adalah kebinasaan yang begitu di mana aku tidak perlu 'kesah' pun dengan kekecewaan yang ada. Hati perlu kuat kerana tujuanku akhirat, bukanlah dunia.

Kamis, 14 Mei 2009

hal terkini-kini

The final exam schedule is already in my hand, 2 weeks ago. That time i wasn't aware of how crazy the exam schedule is. I have 10 papers within 2 weeks of exam, and another 3 practical exam which is in this week. EVERY paper is important and difficult, so preparation must be good and perfect.

(switch bahasa ;p)Habis sahaja minggu klinik n kelas, aku buat jadual, dan sangat tak sempat untuk aku habiskan semua, SEMUA sillibus dari sem ni, sem lepas dan sem lepas lagi. Hello, 3 sem punya material nak cover dalam 1 minggu, dan untuk 10 subjek. Maaakk.. Sejak tu aku jadi terlalu tension sebab material yang dibaca susah dan banyak..isk.

Tapi kadang-kadang aku malas gk, tido2 tapi dengan rasa bersalah sebab tak ikut jadual yang aku buat. Whuich means, aku tungggakkan subjek tu ke esok, lalu bertimbun-timbunlah macam gunung bahan pen-study-anku.

Cepatlah, aku nak tidur tanpa rasa bersalah, tak study dan relax-relax sepuas hati tanpa rasa berat kepala dan paksa-paksa diri nak menghabiskan studies.

aaa..setiap kali tido rasa bersalah...dah la lama tido! ;P penatla buat exam guna tangan tapi satu badan penat! Kalau tak buat pape pun, study juga penat sebab duduk atas kerusi lama.

Woi cik sedangexam, ibadah selalulah tingkatkan. ALlah selalulah diingati. Ibu bapa selalulah didoakan. Redha ALlah, berkat dan ukhuwwah dengan sahabat itu penting. Exam bukan segalanya dalam dunia, tapi marks kena dapat tinggi ok!

Jumat, 01 Mei 2009

i like it

yesterday was a very blessed day of mine.

=))))

I did RCT for the first time and i got 9/10 which is very good for me, and dengar Dr Nsreen puji aku bila aku dah berlalu lepas tunjuk dia post-obturation radiograph. Wah, gembiranya! Ke -low-compliance- an of the patient terus aku dah tak kesah sangat sebab gembira. wowee. By the way, my patient selalu sangat gesa aku suruh habiskan cepat dan komplen apsal lama. Hello! this is dental teaching centre remember?!

Perkara menggembirakan kedua ialah patient aku last week datang semula this week and tegur aku. Aku rasa seronok tanya dia gigi yang aku tampal ok ke tak ..dan dia pun cam gembira. Lagi patient yang aku buat scaling kat gigi dia hari rabu pun aku terserempak gak n tegur aku. Betapa aku terasa rahmat dan berkat bila kita bekerja dengan hati yang ikhlas, tanpa gaji seperti sekarang ini. Aku terasa takut plak nanti masa-masa akan datang bila kita bekerja dengan gaji, mata akan terkabur dek wang, tak mustahil kalau kita tengok patient macam kita tengok duit. Ye tak? Tolonglah minta jauh.

Hari tu pun patient cons aku bagi bunga. Dia seorang perempuan, ok. Ya Allah, kasihi mereka, dan kasihi aku. AMpuni aku dan mereka, moga kehidupan kita semua diberkati dan jauh dari dosa, amin.

Kamis, 16 April 2009

dua keperluan

Berada dalam situasi yang memerlukan pertolongan sahabat-sahabat, persaingan, dan keperluan menaikkan markah diri sendiri sangat menyesakkan.

Setiap pelajar perlu menghabiskan kira-kira 20 requirement untuk sem ini.

Bagi aku, penting untuk aku menjaga kedua-duanya iaitu antara ithar (lebihkan orang lain) dan menjaga keperluan diri sendiri. Aku menjaga keperluan diri aku kerana aku memegang kepada prinsip siapa berusaha, dia dapat, siapa cepat dia dapat...burung yang keluar awal pagi akan mendapat makanan..begitu prinsip aku. Adalah sangat tidak adil dan merobek keikhlasanku jika aku berpenat lelah mendapatkan sesuatu, dan akhirnya aku menyerahkannya kepada orang lain..benar bukan? Kalau pun aku memberikan sesuatu yang aku susah payah dapatkannya kepada orang lain dengan niat ithar, aku tetap tidak ikhlas.

Dalam masa yang sama, aku ingin ithar kepada orang lain..Manusia selalunya lupa atau tidak sedar bahawa orang lain sedang ithar akan dirinya...iaitu melebihkan dirinya..kerana orang yang ithar adalah orang yang tidak menyebut-nyebut kebaikannya, lantas di sini timbulnya keperluan untuk aku benar-benar ithar akan orang lain kerana perbuatan ithar sahbat-sahabatku mungkin tidak aku sedari..

Begitu juga, perbuatan itharku, tidak mahu aku hebahkan pada mereka...cukuplah aku dan Allah yang tahu jika pun aku pernah berbuat atau berniat demikian.

Hati-hati manusia ada sejuta warna. Kita juga perlu ada sejuta penawar untuk deal dengan hati yang pelbagai itu agar kepelbagaian ini dapat diatasi, atau ditackle dengan baik, pergaduhan dan perselisihan dapat dielakkan.Hopefully.

Sabtu, 11 April 2009

hati yang jernih

Aku punya impian untuk memiliki sekeping hati yang jernih. Bersih dan suci.

Tapi, aku manusia punya kelemahan dan dosa. Setiap hari aku berjalan dengan khilaf dan silap di sekeliling penghidupanku, jadi bagaimana untukku peroleh hati yang jernih?

Ya, Allah, aku mohon padamu, kurniakan aku hati yang bersih, memikirkan kebaikan dan mengingatimu. Bersangka baik, memaafkan kesalahan, redha dan sabar. Kurniakan aku jiwa yang tenang. Menerima dan berusaha memperbaiki.

Aku tahu bahawa bercakap mengenai keburukan orang adalah dosa. Aku tahu bahawa perkataan yang buruk harus dijauhi, hiburan sepatutnya berpada-pada...aku tahu tapi masih, perkara yang sebegini berada di sekeliling penghidupanku. Aku lalai dalam aku menjalani jauhnya dan lekanya perjalanan kehidupanku, yang kini berlingkar di sekitar klinik dan lecture hall. Adakah itu suatu alasan yang boleh aku sandarkan kesalahanku? Tidak...

Ya Allah, ampuni aku dan tunjuki aku. Ingatkan aku.

Kamis, 02 April 2009

rupa rupa-rupanya pura-pura

tiada makna di sebalik rupa atau wajah.

Wajah yang menarik sering diguna-guna untuk tujuan kebaikan diri sendiri, atau kepuasan sebenarnya. Dan pada masa yang sama juga banyak orang terpukau dengan wajah yang menarik. Seolah wajah adalah suatu aset tarikan dan juga suatu sebab mengapa terjadinya diskriminasi?

Yes, ada terjadi orang berwajah menarik hanya memberi keistimewaan kepada orang yang juga berwajah menarik?! Betapa rendah pemikiran, uff..

Namun keadaan ini bukanlah suatu yang dipaksa-paksa, dilatih dan diajar, ini adalah fitrah manusia yang sukakan kecantikan. Sesuatu yang cantik menarik, pasti lebih disukai dan mudah menarik perhatian manusia.

Keadaan ini kadang-kadang memberi kesan buruk kerana wajah bukanlah cerminan peribadi, wajah yang cantik, tetapi tidak menggambarkan peribadi yang seiringan seolah berpura-pura atau berbohong kepada orang memandang. Tapi, adakah itu salahnya?? TIDAK!

Di sini letaknya frasa 'kecantikan duniawi' yang perlu kita lupakan dan sematkan di minda bahawa apa-apa berbentuk duniawi adalah binasa sifatnya. Pakukan di minda bahawa kecantikan dunia adalah pinjaman dari ALlah, dan pujilah si peminjam keranaNya-lah yang berkuasa ke atas kecantikan tersebut.

Iman dan tauhid perlu menjadi asas dalam setiap penilaian kita terhadap penciptaan segala yang berada di dunia ini. Bertaqwalah, jagalah pandanganmu agar pandanganmu mentafsirkan kekuasaan Allah, bukan kehebatan manusia kerana manusia hanya hamba yang sama semuanya seperti kita lagaknya, walau sebenarnya tak berlagak pun, aku menyeleweng? hah. stop right now.

Minggu, 29 Maret 2009

daie perlu tahu semua

seorang daie perlu menjadi seorang yang knowledgable, bukan hanya dalam isu agama, tapi juga dengan isu semasa dan kemasyarakatan, kerana tugas daie menyampaikan pada masyarakat. Ilmu agama adalah umpama bahagian teori dalam peringkat pembelajaran, dan ilmu kemasyarakatan adalah peringkat praktikalnya. Teori dan praktikal saling memerlukan, untuk menghasilkan seorang daie yang sempurna, atau setidak-tidaknya hampir kepada sempurna.

Sudah lama saya merasakan bahawa saya perlu mengetahui kebiasaan orang-orang yang tidak faham akan agama, atau, kebiasaan kebanyakan jenis orang. Saya sekadar bercampur dengan mereka, dengan menjaga batas yang sepatutnya, sekadar ingin mengetahui cara mereka, mendalami dan memahami. Ini adalah ilmu, bukan hobi atau kesukaan saya untuk menjadi sebegitu.

Saya bertambah yakin dengan keperluan mengetahui banyak perkara ini setelah membaca artikel mengenai perkara ini dalam entry berkaitan buku cerita dalam facebook ustaz hasrizal.

Dalam pada itu, banyak juga yang berburuk sangka dengan saya. Apa yang boleh saya buat, itu hati mereka, biarkan saja, bukan penting pun, kerana saya mahukan redha Allah, bukan redha mereka.

Kita sepatutnya apabila melihat orang berbuat buruk, cuba memahami keadaan orang tersebut, dan cuba menegur jika keadaan sesuai, bukan meniggalkan keburukan itu dengan kebencian meluap di hati terhadap si pelaku, dalam masa yang sama menyimpan perasaan buruk tanpa rasa simpati ke atas kesilapan seseorang itu. Orang mukmin melihat pelaku dosa dengan rasa simpati, bulan rasa benci pada manusia itu.

Kamis, 19 Maret 2009

merai dan dirai

rendah diri adalah sesuatu yang diperlukan untuk kita melalui dan menerajui hidup di dunia yang penuh dengan kepelbagaian dan perbezaan.

Mengapa perlu merai dan dirai? apa kaitan dengan rendah diri?

Saya melihat contoh dari beberapa pelajar jurusan agama Islam yang begitu merendah diri, walau mereka telah pun menjadi antara orang yang faqih atau sekurang-kurangnya lebih faqih dari mana-mana pelajar dari bidang lain.

'sesiapa yang Allah mahukan kebaikan pada dirinya, akan dijadikannya faqih dalam agama'-alhadith.

walau begini janji Allah, jarang saya melihat mereka berbangga. Bagi saya, mengelak dari berbangga adalah salah satu dari cara menjaga kesucian, keberkatan ilmu.

Kebanyakan mereka yang saya kenal meraikan pelajar-pelajar di bidang lain terutama sekali perubatan, di kala bidang pergigian masih belum dibuka bagi pelajar Malaysia.. Jarang mereka bercerita kesusahan menghafaz kitab, mazhab, dan lain-lain yang saya sendiri tidak tahu. Di sebelah pihak pula, pelajar bidang lain ghairah bercerita keseronokan, kesibukan dan kepayahan seolah-olah inilah bidang paling dahsyat di dunia dan seolah semua orang perlu mengambil tahu hal ini.

Telah dikatakan, well-known bahawa bidang sebegitu telah diberi terlebih perhatian sejak sekian lama, seolah double standard bagi saya. Memang, perlu untuk diberi perhatian, tapi bukan terlebih. Raikanlah pelajar bidang lain, jika mahu diri dirai dengan cara yang ikhlas.

Bertanya khabar bidang lain, dan rasai susah jika susah, rasai senang jika senang. Tempatkan diri di tempat mereka, jangan asyik memikir keadaan diri seolah kitalah yang paling hebat.

Selasa, 17 Maret 2009

the seven fractures story

just now i extracted my lower left 8 after 2 weeks extracting the right side. It was Dr Yanal who done that job.
.
whew.

no pain, but its damn scary. little pain for LA. The scalpel hit my mucosa, tear it and i can hear the bone been hit by instruments. My legs streched, my heart beats nearly to explode and my eyes shut. But i make no sound or excuses...i want these to end asap.

I guessed that Dr used elevator to extract my tooth, and everytime he used that, i heard 'crack' ang A LOT of pressure i felt like i dont have ramus anymore.

Somehow i managed to open my eyes to tell Dr that im not fainted or whatnot, haha, and i saw drops of blood at wajah suci Dr. sorry. And that tells me how hard it is to take out my tooth and how much blood in there. See the pics below, sengaja pakai white coat to see how much blood it is. Drops of blood through my whitecoat.

The procedure done after about 13minutes, alhamdulillah... and i took the chance to see my tooth. i counted, they're about 7 large fractures. I heard them talking while extracting my tooth :

' fi kaman remaining root fractures inside?'
Dr yanal : 'yes, maybe thousands of them'

uhhu...

and i have to use ice pack and attend next appointment for their research about inflammation.

'salamatik ya nur'...yes, thanx Doc.


Senin, 16 Maret 2009

jaw registration, try in

yesterday i had prosthodontics clinic, and i'm the assistant.

My partner did jaw registration..these are few things that are important to be done during jaw registration :

1) check naso labial fold, should be about 90 degree. If not, should trim the wax.
2) labial fullnes, same as above
-check the plane wit fox plane...correspond with ala tragus line, and interpapillary line.
3) height of the record block should be 0-2mm from the lip.
4) check the smile line, its the line where teeth end? maybe..
5) vertical dimension. Vertical dimension on occlusion (VDO) minus vertical dimension on rest (VDR) should be about 0-4mm. The patient shouldn't be stress during this procedure the get the correct measurement.
6) mark incisal line(correspond with lip for esthetic?) and canine line which is a line from corner of eye, thru ala of nose.(middle of canine) If its distal...when patient smile, corner of mouth.
7) prepare the upper recor block: removing wax .
8) check if there's anterior open bite or posterior.
9) ask patient to bite on molar, relax and put tongue on roof of mouth. Register his jaw. Patient shouldnt open mouth. Melt the wax between upper and lower. open the lower denture first then remove upper n lower together from the mouth.
10) put sticky wax between them. make sure corner of the cast at TMJ site dont touch each other, coz if they touch each other, acrylic will not be correctly positioned in cast and everything will be wrong.

Try in

1) check everything, sound, esthetics, if theres pain when wearing it....retention isnt important coz there's no post dam.
2) mark post dam area ( the nonmovable part of soft palate-theleast movable coz soft tissue always move)
few techniques to take post dam area :

- nonmovable part os soft palate
- valva maneuver - blow over closed nose, soft palate will go down while har palate not, so mark the junction between them
- wax that will harden in mouth, but still can apply pressure on soft palate.
- apply burnisher at soft palate, run it until you feel a drop, mark there.

put denture in, post dam area will be marked at the acrylis, trim away the excess, then mark on cast to carve away the shape of pos dam area.

done kot setakat ni, penat.

Minggu, 15 Maret 2009

a dentist, a publisher, a promoter?!

Huh, sejak akhir-akhir ni hidup aku jam. Komputer, otak, dua-dua jam. Masa pun jam juge.

I'm a dentist who works with people's teeth. I take radiographs, do restorations@fillings, extract teeth, scaling, examinations and give advises about teeth.

Dalam pada itu, aku perlu menyiapkan a few requirements, which are partial denture and RCT.

'ana tolibah tibb asnan, ba3mal togom juz2ie bil markaz sihhi. Anta te3raf fi hada biddu ye3mal togom juz2ie? iza fi hada i7ki li mashi. Basytaghal 3al yaum ithnin'

= saya pelajar pergigian, saya buat gigi palsu separa di pusat kesihatan. Awak tahu sesiapa nak buat gigi palsu? Kalau ada bagitau saya ya. Saya kerja hari isnin'

ohho...ada sekali tu nampak pakcik takde gigi depan. Terus gi tanya dia nak buat gigi palsu tak? (adus betapa aku teruja tengok orang takde gigi, bagai rezeki melimpah). Dia dengan malu dan tidak selesa kata yang dia buat dengan doktor sendiri.

Hadus, itula aku, lupa untuk menjadi sensitif. Gigi adalah sensitif ya. Terus dah tak nampak gigi dia yang takde tu bila cakap ngan dia. Menyesal.

Begitulah aku 2-3 hari ini, memburu patient. Mana taknya, kalau tak cukupkan requirement, tak pass! Wal 3iyaz biLlah.

Next is a publisher. Not really a publisher, i did some graphics, i arranged pages which are 70 okay...jammed! Printing, photostating, cutting, arranging again..went to publish them at balad and had to discuss about everything....whoa. Go back, discuss about price, pages, sizes naaa....

My computer jam because of graphic'ing, my otak jam because of..everything la.

today, or i can say tonight, i gotta study about partial denture coz just now Dr Mahmud said you should know theoretical knowledge, and i teach you practical. Okay...

Jumat, 13 Maret 2009

kesusahan

kesusahan, perit dan jerih yang kita alami adalah untuk dilupakan rasanya, dan diingati manfaatnya.

Bagi saya, kesibukan atau tambahan kerja yang perlu saya buat, perlu saya simpan dan tidak bercerita mengenai kesusahan itu, sebab semakin saya mengingati kesusahan itu, semakin lah terasa susah. Contohnya suatu beban atau kerja yang perlu disiapkan dalam tempoh tertentu dalam masa sama saya juga perlu tumpu pada pelajaran.

Saya tidak bercerita pada orang terdekat mengenai kesusahan itu, kerana jika mereka tahu saya sibuk, dan saya sendiri dilayan seperti orang sibuk, dan saya diberi tanggapan sebagai orang sibuk...semakinlah menjadi-jadi kesibukan dan pressure yang saya perlu tanggung.

Begitu psikologi yang saya gunakan, mungkin boleh digunakan orang lain, mungkin sesuai untuk saya seorang sahaja.

Bagi saya, penting untuk kita melatih otak kita untuk melupakan beberapa perkara demi kebaikan sendiri juga :

- kesusahan yang menyusahkan jika mengingatinya
- kebaikan yang kita lakukan
- kutukan dari manusia yang berniat salah
- kisah2 buruk tentang seseorang yang kita dengar kerana boleh jadi kita bersangka buruk kepada seseorang walau sebenarnya kita belum mengenalinya

Selasa, 10 Maret 2009

about patient

yesterday i had pedodontics clinic. Well, my patient is reallly cooperative, she even translates what i said to my partner. GOOD.

Monday is holiday, maulud nabi.

On Sunday, i had radiology clinic. I made two extraoral radiography which is a blessing coz i never do it before, and thats the reason why i got low marks for clinical assesment last semester. Mind you, that my course is continuos from last semester so i can compensate my marks last semester with this semester.

Taking panoramic radiography is just easy! huaha..Firstly, ask the patient to remove necklace, earings, pins or any metal things she's wearing.

dababees : pins/needles
shanades(??) : necklace
shil : tanggalkan

Then, press the button 'return' to let the machine return to its place so we can put the film. Then put the film with the logo 'tube inside' facing outside.

Adjust the height of the machine so its suitable with the height of the patient. Put his/her chin on the chinplace and tighten the one that hold the patient's forehead so that his head dont move. (before that, check that the line of light is at midline of the face and parallel with frankfort plane)

Ask the patient to bite on his/her incisors, put tongue on roof of mouth, then go out to make exposure. One of the button should be 16(???) and then press exposure until the light turns on and turns off, then u can remove your finger. (the machine should move one round, then it will return by itself by moving to the opposite direction. Take the film, go to processing.

Close all lights, and doors. Press red button for fast processing.(only for extraoral Rg) Open the case (there's only one layer that is the film). Open the processor, put the film vertically from your direction, hold it until it goes inside, close the processor. Put new film in the case. And then just wait until the film is ready. While its still processing, dont turn on lights okay.

Yes, happy!

Heh...its the same process for lateral cephalogram but the film and machine is different. And there's one button should be '97' fot Lateral Cephalogram.

Done with extraorals.

There goes this 'mutakhalluf' girl or 'budak tak reti' . (mutakhalluf : budak yang dari ulu-ulu gitu, tak reti sangat!)huhu...jahat gile aku.

Mane taknye geram, we treat her very nicely. She should know that she came here, for free. She's treated for free. She shouldn't be that choosy! She dont want me to take her radiograph coz i looks different, not arab yeah right! Banyak songeh ko kate ade darah la, kitorang wat saket la..wey! Aku kemain semangat nak terangkan kat dia bebaik ini radiograph cemane, die buat hal. No no... aku blah gitu tinggalkan die, yep you deserve that. Kalau nanti aku ade klinik ke...ada patient gini, aku just cakap, 'please, out!'

wohho, banyaknye tulih.

Sabtu, 28 Februari 2009

kejora tujuh warna

kejora itu ada tujuh warna
satu warnanya putih


Salah satu daripada impianku dalam hidup ini adalah mencapai kesejahteraan dan kebersamaan dalam agama. Merasa cinta dan tenggelam dalam asyiknya ilmu Ilahi mengenai agamaNya Islam. Itu aku cukup pasti telah ada di hadapan mataku pada diri seseorang yang bernama ayahku.

Aku membesar dan ku di-didiki dengan kedua ibu bapaku yang hatinya terpaut pada Islam dengan sedalam lautan di bumi ini. Aku, di sini begitu.

Tanpa satu pun usaha dariku, salah satu dari tujuh warna itu telah ku capai, warnanya putih. Itu adalah warna pertalian darahku dengan ayahku. Putih. Seolah warna yang enam lagi jauh sungguh dari aku.

Ungu - warna-warni hidup seorang huffaz yang ayat-ayat Quran menjadi penyeri hidupnya sepanjang waktu

merah - Warna kesihatan yang baik sepanjang merasakan batang tubuh milik Allah

Jingga - Kesungguhan menuntut ilmu dan kecintaan kepada ilmu

Kuning - ketepatan pada waktu

Biru - kefasihan berbahasa arab

hijau - ketekunan bekerja

Minggu, 15 Februari 2009

Janji Irbid

Segala susah payah yang saya tempuhi, hujungnya mesti ada ganjaran berupa kejayaan.
Begitu juga belajar di luar negara, sudah pasti bukan senang. Belajar mana-mana pun susah, tapi dalam situasi diri saya sendiri, balasan kerana bersusah payah belajar di luar sedangkan boleh juga belajar di dalam negara, mestilah lumayan.

Ini janji saya pada diri sendiri, saya mesti belajar bersungguh-sungguh. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang bersusah-susah ke luar negara, biar sampai berjaya.

Ya Allah, bantu hambaMu.

Rabu, 04 Februari 2009

rakyat celik

bismiLlah

saya tak suka menulis mengenai sesuatu yang saya tidak tahu, apatah lagi mengutuk atau mengomen.

Tapi hey, saya bukan buta. Rakyat bukan buta. Pemimpin main-main politik kat atas sana, setiap kali berlaku sesuatu, bertukar-tukar ucapan pula. Ucapan pula sekadar ucapan teks yang ditulis seseorang yang tidak mendedahkan aib sendiri, apalagi kebenaran. Sekali lagi, saya bukan buta dengan permainan politik dan strategi mereka. sementah-mentah saya dalam bidang politik, saya juga tahu baik buruk. Saya masih celik lagi.

Keahlian dalam parti bertukar 2-3 kali dalam masa seminggu! Bolehkah saya menyatakan bahawa seseorang ini ada pendirian lagi? hmmmphh!

Pergolakan politik Perak membuatkan saya benci dengan etika pemimpin kini, yang hanya mahu memperjuangkan kemenangan parti, bukan lagi kebajikan rakyat. Rakyat Perak bukan semuanya senang. Mereka perlukan perhatian. Daripada sibuk masuk keluar tv bagi ucapan, baik turun padang menjenguk kampung.

Saya yang kecil ini suka nak beri cadangan supaya gaji pemimpin diturunkan, populariti menteri dikurangkan, supaya tiada lagi orang yang mahukan jawatan kerana harta dan kedudukan, tetapi kerana ikhlas berbakti kepada negara.

Minggu, 04 Januari 2009

dont expect perfection

Dont.ever.expect.perfection.except for nabiyyuna Muhammad s.a.w.

What? if you see someone look good, nice or pious, you stick in your mind that this person mustn't do anything wrong. And then, if she did wrong, you'll be like condemning that person with all words that you want to, and tuning your good expectation before to the worst you ever had. Hey, is that person perfect that she should not do anything wrong. Is she/he an angel or whatnot?

Bagi saya, semua, SEMUA manusia buat silap. SAYA buat silap. Saya selalu berangan untuk menjadi seorang yang baik, tapi diri saya juga tidak sekali-kali sempurna. What do you think i should do? Membiarkan ketidaksempurnaan itu menguasai diri sekaligus memberi contoh muslim yang lemah? Apakah salah untuk aku membuat baik lantas menjadi contoh baik untuk orang bukan Islam, tapi dalam masa yang sama aku terbuat silap. Adakah kesilapan kecil patut diperbesarkan, lagi-lagi oleh seorang yang sama-sama muslim? I just dont get it! People should think big. Judge things wisely, look around, you're not the only one who is living on earth, and you're not the only one who have thoughts, Muslims are acting, nonmuslims are thinking.

Sometimes, we should think of our own good. Kalau sayangkan diri sendiri, kita akan melakukan segala yang terbaik untuk diri sendiri. Jika orang sekeliling baik, kita juga akan jadi baik. Jika kita mahukan diri jadi baik (selfish) kita juga akan membuatkan orang sekeliling jadi baik. get it? Being selfish in this situation is not selfish at all. We act selfish just dalam fikiran, tapi untuk luaran, sebenarnya kita have effort untuk orang sekeliling.

I just hope that human's expectation wont affect me that much as I dont live on human expectation. I live because of Allah. And i hope to be a rabbani Muslim. Berjiwa rabbani. Mengharapkan redha ALlah di mana-mana.
 
Copyright kejora tujuh warna 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .