Jumat, 21 Agustus 2009

Ramadhan kareem

assalamualaikum wbt
selamat menyambut bulan ramadhan alMubarak kepada semua!!
Alhamdulillah, doa kita pada ramadhan yang lepas supaya dipertemukan dengan ramadhan tahun ini dimakbulkan..syukur kepadaNya.

Ada tiga hadith, bermaksud begini:

1. Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan, penuh keimanan dan berkira-kira( bersungguh- sungguh), maka diampunkan untuknya, segala dosanya yang terdahulu.


2. Barangsiapa yang membangunkan Ramadhan, penuh keimanan dan berkira-kira( bersungguh- sungguh), maka diampunkan untuknya, segala dosanya yang terdahulu.


3. Barangsiapa yang membangunkan Malam Al-Qadr, penuh keimanan dan berkira-kira( bersungguh- sungguh), maka diampunkan untuknya, segala dosanya yang terdahulu.


Lihat, apakah persamaan dalam tiga hadith ini?


Yakni jika kita mengisi Ramadhan itu, dengan puasa yang penuh kesungguhan, dengan ibadah yang penuh keimanan, maka Allah SWT menjanjikan kita keampunan.


Keampunan Allah itu, lebih besar dari pahala. Hal ini kerana, pahala akan menyusut bila kita lakukan dosa. Namun, keampunan itu memadamkan dosa yang lalu, sekaligus menambah kebaikan kepada kita.


Ingatlah bahawa, kita tidak sesekali beramal kerana pahala. Kita beramal untuk mendapat redha dan keampunan Allah SWT. Kita tidak mengira begini:


Pahala Solat Tarawih = 1000


Maka bila kita sudah solat 29 hari Solat Tarawih, kita kata bahawa pahala kita ada = 29000


Kita rasa kita kaya dengan pahala, dan nanti tidak kisah melakukan dosa. Pahala sudah banyak katanya. Mentaliti begini lah yang menyebabkan kebanyakan orang kita, bila berlalunya Ramadhan, dia kembali melakukan dosa. Kenapa? Sebab katanya, di bulan Ramadhan, pahalanya sudah banyak.


Pahala itu datang daripada Allah SWT, apabila Allah redha dengan kita. Jangan kita sangka, bila kita solat, baca Al-Quran, begitu sahaja sudah kita mendapat pahala yang baik. Fikirlah, apakah sesuatu itu jika kita lakukan dengan sambil lewa, apakah ada ganjaran yang baik untuknya?


Maka beribadahlah dengan ikhlas, penuh keimanan dan kesungguhan. Kita perlu sentiasa berharap. Berharap akan redha dan keampunan Allah. Kita mahu dua perkara itu. Ramadhan inilah masanya untuk kita tubi diri kita dalam melatih diri untuk mencari redha dan keampunan Allah SWT.


Bersungguhlah dalam mencari keampunan Allah SWT ini. Hal ini kerana, pada suatu hari, Jibril AS telah datang bertemu Rasulullah SAW dan berkata:


“Wahai Muhammad, barangsiapa yang melalui Ramadhan, tetapi tidak diampunkan dosanya, maka dia dijauhkan dari Allah. Katakanlah amin”


Dan Rasulullah SAW mengaminkannya. Ya Allah... Ini adalah satu kecelakaan. Siapa yang tidak diampunkan di dalam bulan Ramadhan, maka dia dijauhkan daripada Allah SWT.


Kenapa? Kenapa Allah menjauhkan diri-Nya dari orang-orang yang tidak diampunkan-Nya di dalam bulan Ramadhan?


Hal ini kerana, jika manusia keluar dari Ramadhan tanpa diampunkan, ternyata ketika dia melalui Ramadhan, dia tidak bersungguh-sungguh berusaha mendapatkan keampunan Allah SWT.


Bayangkan, Ramadhan yang setiap detik di dalamnya adalah waktu-waktu pembukaan pintu taubat yang seluas-luasnya, berjalan waktu ini sepanjang sebulan, maka tidak diampunkan juga? Sebab itulah siapa yang keluar dari bulan ini, tidak mendapat keampunan walaupun sudah diberi peluang yang besar ini, maka dia celaka. Sememangnya, orang sebegitu adalah celaka, kerana dia tidak menghargai, tidak bersyukur dengan peluang yang Allah sediakan untuknya.


Tidak hairanlah, orang sebegini, Allah SWT menjauhi-Nya/


Maka, saya mengingatkan diri saya dan pembaca semua,


Isilah Ramadhan ini dengan pengisian yang penuh keimanan dan kesungguhan. Jangan kita persiakan.


Dakaplah Ramadhan ini seerat-eratnya. Layanlah Ramadhan ini sebaik-baiknya. Jangan kamu anggap hari-hari dalam bulan ini adalah hari-hari yang biasa. Jangan kamu persiakan umur kamu yang dipanjangkan untuk bertemu dengan bulan ini. Ambil lah segala apa yang Allah sediakan untuk kita dalam bulan ini.


Semoga Allah menumpahkan keampunan-Nya untuk kita dalam bulan yang mulia ini.


Inilah bulan Allah SWT mendekatkan diri-Nya lebih rapat lagi kepada kita. Membuka peluang seluas-luasnya kepada kita. Menumpahkan kasih-sayang- Nya lebih kepada kita. Hal ini tertonjol apabila, Allah SWT menyelitkan firman-Nya:


“Apabila hamba-Ku bertanya kepadamu(Muhammad) berkenaan Aku, maka Sesungguhnya Aku adalah amat dekat”Surah Al-Baqarah ayat 186.


Ayat ini, terletak di tengah-tengah aturan ayat-ayat berkenaan puasa dan bulan Ramadhan yang bermula dari ayat 183 Surah Al-Baqarah:


“ Wahai orang yang beriman, telah difardhukan kepada kamu puasa sebagaimana yang difardhukan ke atas orang-orang sebelum kamu, moga-moga kamu menjadi orang yang bertaqwa”


Hingga ayat 187 Surah Al-Baqarah:


“Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.”


Ini menunjukkan keberkatan, keutamaan Ramadhan dalam kehidupan kita.


Maka, kita harapkan, Ramadhan kali ini mampu menjadi tempat untuk kita mempertingkatkan diri bagi menghadapi 11 bulan selepasnya.


Marilah kita memeluk Ramadhan kali ini dengan seerat-eratnya.


Ya Allah, kurniakan kami rezeki, untuk menghidupkan Ramadhan kali ini dengan ketaatan, penuh keimanan dan kesungguhan. Ya Allah, kurniakan kami rezeki, untuk menggadakan amal kami dalam mencari redha dan keampunanMu. Ya Allah, bantulah kami, sisihkanlah kami dari maksiat, dan perkara-perkara yag melalaikan kami dari mencari rahmat-Mu dalam bulan yang Kau hadiahkan kepada kami ini. Ya Allah, jadikanlah hari-hari kami selepas ini hari-hari yang terbaik. Bantulah kami ya Allah. Sesungguhnya kami hanya mampu beramal jika Kau izinkan.


Wahai pembaca, katakanlah amin.




Semoga kita sama-sama menjadikan Ramadhan sebagai salah satu dari banyak-banyak batu loncatan untuk kita menggapai tempat yang lebih baik di sisi Allah s.w.t. ameen.

p/s : Sambutan ramadhan di jordan sangat hangat. 1 jam sebelum azan maghrib, (esok baru 1 ramadhan), kedai-kedai banyak yang dah tutup. Apatah lagi restoran, semuanya berkemas kerana mereka memang tidak berniaga pada bulan Ramadhan. Kadang-kadang mereka ambil kesempatan untuk buat renovation. Ah, Ramadhan sangat meriah di sini, saya sangat terharu dan gembira. Di sebelah malamnya pula, selepas solat terawih, ada yang tembak mercun, bunga api. Tanda awal Ramadhan. Orang Jordan memang akan main bunga api yang letup-letup kat langit tu untuk menyambut something special macam kahwin, graduation, dan jugalah ramadhan. Hari raya takde plak.

Terkejut jugaklah bila bunga api ni meletup atas kepala sendiri masa jalan balik dari masjid tadi. Hehe.


Pastu kat tingkap-tingkap rumah plak akan terpasang lampu kelip-kelip, warna-warni, yang berbentuk bulan dan bintang. Special, sebab time ramadhan je akan jumpa benda-benda meriah camni.Ni gambar hiasan jek..



Benda special lain yang ada time ramadhan saje, Qatayif(macam kuih ketayap sikit), air Tamar hindi yang sedap tahap max, tak dilupekan tukang kejut sahur yang akan bergendang keliling kampung. Auhh..my last ramadhan here!

Tidak ada komentar:

 
Copyright kejora tujuh warna 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .