Minggu, 29 Maret 2009

daie perlu tahu semua

seorang daie perlu menjadi seorang yang knowledgable, bukan hanya dalam isu agama, tapi juga dengan isu semasa dan kemasyarakatan, kerana tugas daie menyampaikan pada masyarakat. Ilmu agama adalah umpama bahagian teori dalam peringkat pembelajaran, dan ilmu kemasyarakatan adalah peringkat praktikalnya. Teori dan praktikal saling memerlukan, untuk menghasilkan seorang daie yang sempurna, atau setidak-tidaknya hampir kepada sempurna.

Sudah lama saya merasakan bahawa saya perlu mengetahui kebiasaan orang-orang yang tidak faham akan agama, atau, kebiasaan kebanyakan jenis orang. Saya sekadar bercampur dengan mereka, dengan menjaga batas yang sepatutnya, sekadar ingin mengetahui cara mereka, mendalami dan memahami. Ini adalah ilmu, bukan hobi atau kesukaan saya untuk menjadi sebegitu.

Saya bertambah yakin dengan keperluan mengetahui banyak perkara ini setelah membaca artikel mengenai perkara ini dalam entry berkaitan buku cerita dalam facebook ustaz hasrizal.

Dalam pada itu, banyak juga yang berburuk sangka dengan saya. Apa yang boleh saya buat, itu hati mereka, biarkan saja, bukan penting pun, kerana saya mahukan redha Allah, bukan redha mereka.

Kita sepatutnya apabila melihat orang berbuat buruk, cuba memahami keadaan orang tersebut, dan cuba menegur jika keadaan sesuai, bukan meniggalkan keburukan itu dengan kebencian meluap di hati terhadap si pelaku, dalam masa yang sama menyimpan perasaan buruk tanpa rasa simpati ke atas kesilapan seseorang itu. Orang mukmin melihat pelaku dosa dengan rasa simpati, bulan rasa benci pada manusia itu.

Tidak ada komentar:

 
Copyright kejora tujuh warna 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .