Sabtu, 28 Februari 2009

kejora tujuh warna

kejora itu ada tujuh warna
satu warnanya putih


Salah satu daripada impianku dalam hidup ini adalah mencapai kesejahteraan dan kebersamaan dalam agama. Merasa cinta dan tenggelam dalam asyiknya ilmu Ilahi mengenai agamaNya Islam. Itu aku cukup pasti telah ada di hadapan mataku pada diri seseorang yang bernama ayahku.

Aku membesar dan ku di-didiki dengan kedua ibu bapaku yang hatinya terpaut pada Islam dengan sedalam lautan di bumi ini. Aku, di sini begitu.

Tanpa satu pun usaha dariku, salah satu dari tujuh warna itu telah ku capai, warnanya putih. Itu adalah warna pertalian darahku dengan ayahku. Putih. Seolah warna yang enam lagi jauh sungguh dari aku.

Ungu - warna-warni hidup seorang huffaz yang ayat-ayat Quran menjadi penyeri hidupnya sepanjang waktu

merah - Warna kesihatan yang baik sepanjang merasakan batang tubuh milik Allah

Jingga - Kesungguhan menuntut ilmu dan kecintaan kepada ilmu

Kuning - ketepatan pada waktu

Biru - kefasihan berbahasa arab

hijau - ketekunan bekerja

Minggu, 15 Februari 2009

Janji Irbid

Segala susah payah yang saya tempuhi, hujungnya mesti ada ganjaran berupa kejayaan.
Begitu juga belajar di luar negara, sudah pasti bukan senang. Belajar mana-mana pun susah, tapi dalam situasi diri saya sendiri, balasan kerana bersusah payah belajar di luar sedangkan boleh juga belajar di dalam negara, mestilah lumayan.

Ini janji saya pada diri sendiri, saya mesti belajar bersungguh-sungguh. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang bersusah-susah ke luar negara, biar sampai berjaya.

Ya Allah, bantu hambaMu.

Rabu, 04 Februari 2009

rakyat celik

bismiLlah

saya tak suka menulis mengenai sesuatu yang saya tidak tahu, apatah lagi mengutuk atau mengomen.

Tapi hey, saya bukan buta. Rakyat bukan buta. Pemimpin main-main politik kat atas sana, setiap kali berlaku sesuatu, bertukar-tukar ucapan pula. Ucapan pula sekadar ucapan teks yang ditulis seseorang yang tidak mendedahkan aib sendiri, apalagi kebenaran. Sekali lagi, saya bukan buta dengan permainan politik dan strategi mereka. sementah-mentah saya dalam bidang politik, saya juga tahu baik buruk. Saya masih celik lagi.

Keahlian dalam parti bertukar 2-3 kali dalam masa seminggu! Bolehkah saya menyatakan bahawa seseorang ini ada pendirian lagi? hmmmphh!

Pergolakan politik Perak membuatkan saya benci dengan etika pemimpin kini, yang hanya mahu memperjuangkan kemenangan parti, bukan lagi kebajikan rakyat. Rakyat Perak bukan semuanya senang. Mereka perlukan perhatian. Daripada sibuk masuk keluar tv bagi ucapan, baik turun padang menjenguk kampung.

Saya yang kecil ini suka nak beri cadangan supaya gaji pemimpin diturunkan, populariti menteri dikurangkan, supaya tiada lagi orang yang mahukan jawatan kerana harta dan kedudukan, tetapi kerana ikhlas berbakti kepada negara.
 
Copyright kejora tujuh warna 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .