Sabtu, 11 April 2009

hati yang jernih

Aku punya impian untuk memiliki sekeping hati yang jernih. Bersih dan suci.

Tapi, aku manusia punya kelemahan dan dosa. Setiap hari aku berjalan dengan khilaf dan silap di sekeliling penghidupanku, jadi bagaimana untukku peroleh hati yang jernih?

Ya, Allah, aku mohon padamu, kurniakan aku hati yang bersih, memikirkan kebaikan dan mengingatimu. Bersangka baik, memaafkan kesalahan, redha dan sabar. Kurniakan aku jiwa yang tenang. Menerima dan berusaha memperbaiki.

Aku tahu bahawa bercakap mengenai keburukan orang adalah dosa. Aku tahu bahawa perkataan yang buruk harus dijauhi, hiburan sepatutnya berpada-pada...aku tahu tapi masih, perkara yang sebegini berada di sekeliling penghidupanku. Aku lalai dalam aku menjalani jauhnya dan lekanya perjalanan kehidupanku, yang kini berlingkar di sekitar klinik dan lecture hall. Adakah itu suatu alasan yang boleh aku sandarkan kesalahanku? Tidak...

Ya Allah, ampuni aku dan tunjuki aku. Ingatkan aku.

Tidak ada komentar:

 
Copyright kejora tujuh warna 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .