Jumat, 14 Agustus 2009

Nursi





From www.albazrah.blogspot.com/search/label/Rasail al-Nur

Sejak kecil beliau merupakan seorang yang sangat berani. Beliau tidak sanggup berkompromi dengan kezaliman. Walaupun masih kecil, kehormatan diri beliau sentiasa dijaga. Beliau tidak mahu menerima pemberian ataupun hadiah.

Nursi telah berjaya menamatkan pengajian hanya dalam tempoh tiga bulan. Sedangkan mengikut ukuran biasa semua silibus yang ditetapkan itu perlu dihabiskan dalam tempoh 15 hingga ke 20 tahun.

Bediuzzaman Said Nursi tidak mampu menulis dengan baik. Beliau nisful ummi. Sebab itu beliau memerlukan Tulab Nur ketika menulis Rasail al-Nur. Penulisan Rasail al-Nur berjalan secara under ground. Ketika itu merupakan zaman gelap dalam peradaban Islam.

Regim Atarturk telah bertanggungjawab memusnahkan syiar Islam. Segala pakaian Islam seperti tudung dan serban telah diharamkan. Undang2 Islam telah digantikan dengan undang2 Swiss. Azan pula telah ditukar ke Bahaasa Turki. Buku2 Islam dimusnahkan. Semua sekolah agama telah ditutup. Dibakar.

Pertandingan ratu cantik telah dihalalkan. Syiar Islam yang agung, Khilafah Islamiyyah iaitu kerajaan Uthmaniyyah telah dimusnahkan pada 1924. Dan banyak lagi peristiwa tragis yang menimpa ummat. Tapi semua ini banyak hikmahnya. Said Nursi hidup di zaman ini. Tangisan dan kepedihan yang ditanggung bukanlah bebanan atau kesempitan hidup yang dihadapinya, tetapi luka, bebanan dan kepedihan ummah seluruhnya.

Said Nursi sedar, kekerasan yang dibawa oleh Ataturk tidak patut dilawan dengan kekerasan, sebaliknya kebenaran dan cahaya terang benderang al-Qur'an yang akan menewaskan kezaliman. Said Nursi benar dalam perhitungannya.

Hasil tafakkur, mengakui kehinaan dan kefaqiran diri di hadapan keagungan Allah...telah menjadi jalan terhasilnya kumpulan Risalah2 Cahaya. Satu persatu Risalah cahaya datang mencantas kebobrokan ideologi tanpa Tuhan. Rasail al-Nur datang membawa harap, mengembalikan iman, malah membawa manusia untuk mengecapi kemanisan Iman. Risalah2 Cahaya telah membentangkan hujah al-Qur'an yang memenuhi segala ruang minda, hati, roh, sir dan sebagainya.

Di antara tajuk2 yang dibincangkan dalam Risalah berasingan, tentang persoalan kubur, nasihat dan panduan untuk orang muda, risalah untuk wanita, risalah untuk mengenali tipudaya dan bisikan syaitan, risalah sunnah, risalah mukjizat Nabi, Risalah Ikhlas, tentang persaudaraan, tentang warga emas, juga untuk para banduan, untuk para pengamal tariqah, untuk pengamal perubatan...risalah tentang alam sekitar, risalah isra' mikraj, risalah untuk free thinker dan ateis, doa2, munajat2, harapan2 kepada Tuhan....dan banyak lagi.

Tidak ada komentar:

 
Copyright kejora tujuh warna 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .