Selasa, 26 Mei 2009

nilai

asslmkm wbt..

Hari ni aku nak membebel pasal hakikat kehidupan dan nilai yang baik.

Sejak kecil, aku diajar oleh kedua orang tuaku agar berbuat baik kepada orang lain, menghormati orang lain dan bercakap perkara baik. Aku juga diajar bersopan santun pabila bersama orang lain. Aku diajar bahawa buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Oleh itu, aku sentiasa memastikan diriku berbuat baik.

Dalam pada aku membesar, aku dibuahi fikiran yang, setiap kali berbuat baik, aku pasti dibalas baik. Kerana itu yang aku dapat sepanjang aku membesar di halaman keluarga tercinta.

Tapi hari ini, hakikat dunia bukan begitu. Buat baik adakalanya dibalas baik, dan ada selalunya dibalas jahat. Itu hakikat dunia yang aku tidak tahu selama aku berada di halaman keluarga aku sendiri. Dunia tidak pernah adil dalam memberikan hukuman kepada manusia. Kerana itu adalah dunia mainan manusia sendiri yang cacat hati.

Walaupun aku tahu yang aku tidak sepatutnya membiarkan kezaliman duniawi memegang hati aku, tapi aku tetap kecewa dengan beberapa episod ketidakadilan yang berlaku dalam kehidupan aku. Kata Umar alKhattab 'Jadikanlah dunia di tanganku dan bukan di hatiku'.

Bak pentas lakonan yang sekejap, dunia adalah kebinasaan yang begitu di mana aku tidak perlu 'kesah' pun dengan kekecewaan yang ada. Hati perlu kuat kerana tujuanku akhirat, bukanlah dunia.

2 komentar:

kiki mengatakan...

iyer buhayrah, dunia ni hanya tempat persinggahan saja dan tmpt ujian...bersabar saja...p/s: apa yg dibls jahat tuh..nayonyo..

buhayrah mengatakan...

memey nayo ambo ni wey loh! hakhak...

 
Copyright kejora tujuh warna 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .