Selasa, 18 Maret 2008

Mara menuju Uhud

Perang Uhud

Salah satu perang besar yang berlaku dalam sejarah indah namun perit umat Islam terdahulu, Perang Uhud.Berlaku pada tahun ke 3 hijrah, selepas perang badar al-Kubra yang berlaku pada tahun ke 2 hijrah.

Orang Musyrik Mekah menyimpan dendam yang tinggi selepas kekalahan dalam perang Badar, lalu dendam itu dikumpul dan diluahkan dalam Perang Uhud ini. Diceritakan bagaimana berlakunya pelaguan syair2 mengajak orang Musyrik keluar berperang dan untuk menaikkan semangat kabilah-kabilah arab di Mekah. Akhirnya mereka berjaya mengumpulkan sebanyak 3000 orang tentera beserta unta dan kuda. Wanita juga turut serta dalam ekspedisi perang tersebut sebagai pemberi semangat terhadap tentera mereka. Mereka lalu bergerak ke Bukit Uhud.

Rasulullah ketika ini berada di Madinah, lalu sampailah berita mengenai ketibaan tentera Musyrik di Bukit Uhud kepada nabi. Erdapat dua cadangan yang diutarakan :

  1. Bertahan di madinah sahaja, tidak perlu keluar dari Madinah. Wanita hanya perlu menyerang dari dalam rumah mereka sahaja. Rasulullah sendiri yang mendangkan usul ini. Cadangan ini sangatlah disokong para munafikin (orang Islam yang menyembunyikan ketidaktaatan mereka pada Islam sendiri) yang tidak mahu untuk keluar berperang.
  2. Keluar berperang di luar Madinah. Rasulullah menerima cadangan ini. Menunjukkan bahawa Allah menggagalkan cita-cita orang Munafikin.


Kemudian Rasulullah pun mula menyusun strategi perang dengan membahagikan tentera Muslimin kepada tiga pasukan. Rasulullah s.a.w. juga menapis tentera perang. Orang yang terlalu muda tidak dibenarkan berperang. Namun terdapat seorang pemuda bernama Rafi yang terkenal dengan kehebatannya, lalu Rasulullah membenarkannya. Seorang lagi pemuda yang pernah mengalahkan Rafi, namanya Samurah juga ingin turut serta berperang kerana beliau pun kuat juga kan. Jadi Rasulullah membenarkannya. Betapa hebatnya para sahabat, berebut-rebut ingin keluar berperang walaupun pada usia yang sangat muda, malah lebih muda dari kita sekarang. Sesiapa yang sanggup mempertahankan Allah dan RasulNya, maka dia di syurga, begitu sabda Nabi s.a.w.

Seterusnya banyak lagi kisah menarik yang berlaku dalam sejarah silam Islam, dalam Perang Uhud ini yang sepatutnya menjadi teladan kepada kita, sekaligus menaikkan semangat untuk melalui kehidupan sekarang yang tidak kurang juga ujiannya. Sama-sama kita ladeni hati kita dengan lambakan motivasi dari sejarah Islam sendiri~

Jumat, 14 Maret 2008

dari bilik-bilik itu..

Tafsir al-Hujurat-surah ke49

Surah ini adalah surah ke-49 dan merupakan surah madaniyah.
Kisah di sebalik surah ini adalah kisah di mana ada beberapa orang yang ingin berjumpa nabi memanggil-manggil nabi s.a.w. dari pintu belakang bilik isteri2nya. Perangai tersebut adalah tidak sopan. Surah Hujurat ini disebut sebaga sura adab dan akhlak kerana banyak dijelaskan mengenai adab-adab dan akhlak yang perlu ada pada seorang muslim.

La yaghtab ba`dhukum ba`dha
Antara larangan dalam agama ialah jangan menumpat. Begitu juga mencari-cari kesalahan orang lain, maka sebagai muslim perlulah kita menjaga adab dan kesopanan kita. Keaiban orang lain, sembunyikanlah kerana kita juga mengharapkan perkara yang sama bukan?

Ada juga ayat yang menyebutkan bagaimana apabila datang suatu berita yang tidak enak mengenai seseorang, maka janganlah kita terima bulat-bulat, tambahan lagi jika penyampai berita itu tidak boleh dipercayai, maka kita perlu seldiik terlebih dahulu. Ini juga menggambrkan diri kita bukanlah orang yang bodoh dan dungu, mampu ditipu dengan mudahnya.

Banyak lagi pengajaran dan peringatan penyuluh hidup yang boleh kita dapati dari surah Hujurat ini. Jadi sangatlah sesuai untuk dijadikan hafalan dan amalan pada diri setiap kita yang membacanya. Wallahua`lam.

Jangan banyak tanya

Hadith 9 - Riwayat Abu Hurayrah

Perawi hadith ini, Abu Hurayrah ataupun nama sebenarnya Abdurrahman Sakhr. Beliau pernah tiga kali menjadi Ketua Kota Madinah dan antara sahabat nabi yang paling banyak meriwayatkan hadith, justeru menerangkan betapa rapatnya beliau dengan nabi s.a.w.

Ada beberapa poin penting yang boleh diambil dari hadith ke9 dari hadith 40 ini.
  1. Meninggalkan perkara yang dilarang
  2. Membuat perkara yang disuruh
  3. Jangan menimbulkan banyak pertanyaan sehingga membawa kesusahan
1. Meninggalkan perkara yang dilarang

Maksudnya kita haruslah meniggalkan perkara-perkara yang dilarang nabi kita. Larangan nabi adalah larangan Allah jua, kerana nabi sendiri adalah rasul, utusan daripada Allah. Maka wajib bagi kita meninggalkan segala perkara ang dilarang nabi.

Jenis larangan termasuklah dari segi agama, iaitu meninggalkan solat, dari segi peribadi seperti meminum arak, makan makanan yang tidak halal, dari segi harta benda seperti tidak mencuri, dari segi masyarakat seperti jangan menimbulkan permusuhan.

Setiap larangan yang disebut pastilah mempunyai hikmahnya sendiri. Hikmah itu sendiri tidak semestinya kita tahu. hikmah kadang-kadang tersembunyi, kadang-kadang dapat kita ketahui. Jadi wajib ke atas kita untuk menjauhi larangan nabi, sama ada kita nampak keburukan atau kebaikannya ataupun tidak.

2. Dan apa yang aku perintahkan, maka laksanakan ikut kemampuanmu

Segala perintah mestilah dilaksanakan mengikut kemampuan kita. Namun maksud 'mengikut kemampuan' bukanlah bermaksud bersenag-lenang dan mengikut keselesaan dan kemahuan. Perintah mestilah dilaksanakan dengan cara yang sepatutnya sehingga menampakkan kehormatan kita terhadap perintah tersebut dan bersungguh-sungguh menjalankannya.

Lihat tafsir al-Taghabun:16

Dalam agama juga ada beberapa rukhsoh seperti solat duduk, membayar separuh dari zakat kerana tidak mampu, tapi puasa tidak boleh ditunaikan separuh hari sahaja. =)

3. Sesunguhnya telah binasa orang sebelum kamu kerana banyak pertanyaan mereka dan perselisihan dengan nabi

Kaum sebelum ini binasa hanya kerana banyaknya persoalan dan perselisihan mereka.

Semain banyak pertanyaan, semakin banyak jawapan, dan semakin susah pula untuk melaksanakan perintah tersebut.

Terdapat sebuah kisah dalam surah Baqarah, ayat 68-71 yang menceritakan bagaimana kaum bani israel mengajukan perlbagai pertanyaan berkenaan perintah mendapatkan seekor lembu, dan akhirnya mereka terpaksa membeli lembu yang sangat sukar dicari dan sangatlah mahal.

Terdapat beberapa jenis pertanyaan
  • orang yang tidak tahu
  • orang yang mahu menambah kefahaman
  • orang yang bertanya perkara yang tidak difardhukan
Bertanya mengenai perkara yang tidak difardhukan inilah yang dilarang. Contohnya dalam suatu kisah, setelah diturunkan ayat perintah haji, ali-Imran ayat 97, ada seseorang telah bertanya nabi,''adakah perlu menunaikannya setiap tahun?''. Nabi s.a.w. senyap dan tidak menjawab. Maka diulang ertanyaan yang sama. Rasulullah menjawab yang maksudnya lebih kurang begini, ''hampir sahaja aku mengatakan 'ya'. Pergilah dan jangan tanya lagi''. Kerana jika diwajibkan setiap tahun, maka tentulah berat bagii orang tadi dan sudah tentu dia tidak mampu mengerjakannya.

Begitu juga, kita dilarang bertanya perkara yang belum berlaku dalam agama. Zaid bin habit suatu hari telah ditanya mengenai suatu hukum. Dia bertanya sama ada telah berlaku atau tidak, jika tidak, maka tunggulah sehingga berlaku, barulah kita tentukan hukum.

Sebenarnya orang yang benar-benar beramal adalah orang yang tidak memperbanyak masalah yang tiada dalam kitab, lalu menyusahkan dirinya untuk menunaikan ibadah tersebut. Sebaliknya dia berusaha untuk memahami apa yang sudah pun termaktub dalam kitab al-Quran itu sendiri dengan maksud menjunjung tinggi perintah yang telah tertulis. Maksudnya cukuplah dengan perintah yang sedia ada, maka laksanakanlah sedaya mungkin dengan perasaan hormat dan patuh akan perintah tersebut, bukan memperbanyak soal. Kalau kita sendiri tengok dalam persatuan contohnya, jika seorang ketua mengarahkan sesuatu, dan didapati ada seorang anak buahnya banyak tanya mengenai arahan tersebut, orang begini jelas kelihatan sepeti tidak mahu melaksanakan arahan tersebut.





Sabtu, 01 Maret 2008

bismillah

testing...first post.
 
Copyright kejora tujuh warna 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .