Kamis, 16 April 2009

dua keperluan

Berada dalam situasi yang memerlukan pertolongan sahabat-sahabat, persaingan, dan keperluan menaikkan markah diri sendiri sangat menyesakkan.

Setiap pelajar perlu menghabiskan kira-kira 20 requirement untuk sem ini.

Bagi aku, penting untuk aku menjaga kedua-duanya iaitu antara ithar (lebihkan orang lain) dan menjaga keperluan diri sendiri. Aku menjaga keperluan diri aku kerana aku memegang kepada prinsip siapa berusaha, dia dapat, siapa cepat dia dapat...burung yang keluar awal pagi akan mendapat makanan..begitu prinsip aku. Adalah sangat tidak adil dan merobek keikhlasanku jika aku berpenat lelah mendapatkan sesuatu, dan akhirnya aku menyerahkannya kepada orang lain..benar bukan? Kalau pun aku memberikan sesuatu yang aku susah payah dapatkannya kepada orang lain dengan niat ithar, aku tetap tidak ikhlas.

Dalam masa yang sama, aku ingin ithar kepada orang lain..Manusia selalunya lupa atau tidak sedar bahawa orang lain sedang ithar akan dirinya...iaitu melebihkan dirinya..kerana orang yang ithar adalah orang yang tidak menyebut-nyebut kebaikannya, lantas di sini timbulnya keperluan untuk aku benar-benar ithar akan orang lain kerana perbuatan ithar sahbat-sahabatku mungkin tidak aku sedari..

Begitu juga, perbuatan itharku, tidak mahu aku hebahkan pada mereka...cukuplah aku dan Allah yang tahu jika pun aku pernah berbuat atau berniat demikian.

Hati-hati manusia ada sejuta warna. Kita juga perlu ada sejuta penawar untuk deal dengan hati yang pelbagai itu agar kepelbagaian ini dapat diatasi, atau ditackle dengan baik, pergaduhan dan perselisihan dapat dielakkan.Hopefully.

Sabtu, 11 April 2009

hati yang jernih

Aku punya impian untuk memiliki sekeping hati yang jernih. Bersih dan suci.

Tapi, aku manusia punya kelemahan dan dosa. Setiap hari aku berjalan dengan khilaf dan silap di sekeliling penghidupanku, jadi bagaimana untukku peroleh hati yang jernih?

Ya, Allah, aku mohon padamu, kurniakan aku hati yang bersih, memikirkan kebaikan dan mengingatimu. Bersangka baik, memaafkan kesalahan, redha dan sabar. Kurniakan aku jiwa yang tenang. Menerima dan berusaha memperbaiki.

Aku tahu bahawa bercakap mengenai keburukan orang adalah dosa. Aku tahu bahawa perkataan yang buruk harus dijauhi, hiburan sepatutnya berpada-pada...aku tahu tapi masih, perkara yang sebegini berada di sekeliling penghidupanku. Aku lalai dalam aku menjalani jauhnya dan lekanya perjalanan kehidupanku, yang kini berlingkar di sekitar klinik dan lecture hall. Adakah itu suatu alasan yang boleh aku sandarkan kesalahanku? Tidak...

Ya Allah, ampuni aku dan tunjuki aku. Ingatkan aku.

Kamis, 02 April 2009

rupa rupa-rupanya pura-pura

tiada makna di sebalik rupa atau wajah.

Wajah yang menarik sering diguna-guna untuk tujuan kebaikan diri sendiri, atau kepuasan sebenarnya. Dan pada masa yang sama juga banyak orang terpukau dengan wajah yang menarik. Seolah wajah adalah suatu aset tarikan dan juga suatu sebab mengapa terjadinya diskriminasi?

Yes, ada terjadi orang berwajah menarik hanya memberi keistimewaan kepada orang yang juga berwajah menarik?! Betapa rendah pemikiran, uff..

Namun keadaan ini bukanlah suatu yang dipaksa-paksa, dilatih dan diajar, ini adalah fitrah manusia yang sukakan kecantikan. Sesuatu yang cantik menarik, pasti lebih disukai dan mudah menarik perhatian manusia.

Keadaan ini kadang-kadang memberi kesan buruk kerana wajah bukanlah cerminan peribadi, wajah yang cantik, tetapi tidak menggambarkan peribadi yang seiringan seolah berpura-pura atau berbohong kepada orang memandang. Tapi, adakah itu salahnya?? TIDAK!

Di sini letaknya frasa 'kecantikan duniawi' yang perlu kita lupakan dan sematkan di minda bahawa apa-apa berbentuk duniawi adalah binasa sifatnya. Pakukan di minda bahawa kecantikan dunia adalah pinjaman dari ALlah, dan pujilah si peminjam keranaNya-lah yang berkuasa ke atas kecantikan tersebut.

Iman dan tauhid perlu menjadi asas dalam setiap penilaian kita terhadap penciptaan segala yang berada di dunia ini. Bertaqwalah, jagalah pandanganmu agar pandanganmu mentafsirkan kekuasaan Allah, bukan kehebatan manusia kerana manusia hanya hamba yang sama semuanya seperti kita lagaknya, walau sebenarnya tak berlagak pun, aku menyeleweng? hah. stop right now.
 
Copyright kejora tujuh warna 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .