Minggu, 23 Agustus 2009

kita-kita yang dimamah masa

Kita-kita ini adalah antara manusia di dunia ini yang termasuk dalam bilangan Muslim sedunia. Adakah kita ini saja-saja menjadi Muslim untuk menambah bilangan semata-mata atau sememangnya kita ini Muslim sepenuhnya.

'udkhulu fi silmi kaffah'- alQuran
maksudnya : masuklah ke dalam Islam sepenuhnya.

Menjadi Muslim adalah menjadi Muslim seluruhnya dari saat bangun tidur hinggalah tidur kembali. Baru-baru ini ada beberapa program reunion yang seperti biasa, mencampurkan lelaki dan perempuan. Bukan setakat satu program, satu tempat,itu bukan masalah. Tapi semeja tanpa segan silu. Inilah yang dikatakan kita-kita yang dimamah masa. Suatu waktu dahulu, pintu masjid yang hanya satu diarahkan oleh Rasulullah s.a.w. supaya ditambah lagi satu supaya tiada percampuran berlaku ketika jemaah keluar dari masjid. Jadi wujudlah 'bab an-Nisa'.

Begini terperincinya pergaulan dijaga, percampuran dielakkan hatta di masjid yang rata-ratanya memang orang datang untuk beribadah, bukan bermaksiat. Alih-alih kini, tanpa disuruh tanpa dipaksa, kita duduk semeja, lelaki dan perempuan dengan tujuan untuk makan. Jika Rasulullah lihat kita begini sekarang bagaimana agaknya? Umatnya yang didoakannya akhirnya begini jadinya? Segala luka parah Rasulullah menyebarkan Islam berbatu jauhnya dengan hanya menunggang unta, hasilnya ini? Jatuh dalam lubang, dilempar najis, dipulaukan, akhirnya....?

Selawat sudah dibaca, solat tidak tinggal, tapi ruhnya tiada. Kita kata cinta pada nabi, tapi mana ekspresinya?

Seolah terbayang dalam minda saya ketika disebut mengenai hadis (tak pasti sanadnya) yang mafhumnya lebih kurang begini :

' perempuan kalau berjalan di jalanan, seolah terlekat di dinding-dinding ' - dek mengelakkan percampuran.

Betapa susah para ulama salaf dan khalaf memperjelas bagaimana, muamalah yang sepatutnya antara lelaki dan perempuan, kefahaman kita masih di takat itu sahaja. Tiada usahakah, kita ini untuk memahaminya?

Orang yang berjaya adalah orang yang mengingati sejarah (nabi).
Orang yang berjaya adalah orang yang kurang bercakap perkara lagha.

Amat cetek intelek seseorang yang merasakan percampuran antara lelaki dan perempuan adalah suatu kemajuan, lambang gaya dan kononnya terbuka dalam era moden kini. Sedarkah bahawa anda-anda yang ikhtilat ini adalah antara orang-orang yang cetek ilmu? Sesuatu yang memalukan jika semakin tinggi ilmu kita, namun akhlak kita di paras sekolah rendah sahaja.

Agak memalukan jika seseorang itu berbangga dengan sesuatu yang tidak sepatutnya dibanggakan. Berikhtilat adalah dilarang, maka pada pandangan seorang Muslim, perkara tersebut adalah buruk.

Apakah kita mengaku Muslim tapi tidak pernah berpandangan seperti seorang Muslim? Seorang Muslim pandangannya adalah berpandukan pandangan agamanya. Kalau buruk pada pandangan agama, maka buruklah pada pandangannya. Jika tinggi martabatnya seorang miskin yang bertaqwa berbanding seorang Dato' yang 'asi, maka itulah pandangan yang sepatutnya ada pada kita.

Membina jatidiri Muslim tidak semudah yang disangka kerana prosesnya bermula sejak kiat kecil lagi. Namun kesungguhan seseorang untuk menjadi seseorang yang lebih tidak pernah dipandang enteng dalam agama. Kebaikan sekecil zarah sekalipun dikira. Sekalipun dosa hamba itu sebesar gunung, keampunan Tuhan lebih besar dari itu. Tiada langsung alasan untuk mengelak melakukan kebaikan, bukan?

Ayuh, menjadi Muslim seluruhnya. Menjadi orang baik-baik, bak kata Kaksu.

Tidak ada komentar:

 
Copyright kejora tujuh warna 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .