Rabu, 03 April 2013

muhasabah @ pengiraan semula

mengnang kembali tahun2 yang lalu, telah banyak perubahan kecil yang berlaku pada aku, seiring dengan perubahan tempat, suasana, teman dan umur barangkali...
apa yang aku harapkan hanyalah secebis pengalaman yang mendewasakan, agar aku dapat menjejak tangga menjadi muslimah yang lebih bertaqwa. harapan aku, untuk mati dalam iman, rahmat dan mendapat syurgaNya ameen.

so...simple things je sbnrnya tp sbb untuk muhasabah, so aku kork satu2 kot

emm...

dulu, masa skolah menengah, apa aku buat hari2 ye? aku rasa masa skolah dulu macam suci gila..bangun sblm subuh, sblm azan dh siap atas sejadah, solat jemaah, baca mathurat,,,pakai tudung labuh, tak cakap ngan laki, belajar..balik makan, solat zuhur jemaah, baca quran then ptg belajar lagi...asar baca manzil, solat jemaah...mghrib solat jemaah, baca quran, solat sunat, dengar tazkirah..mlm study lg...sblm tidur dgr tazkirah pendek , baca mulk ngan sejadah then baru tidur...

alhamdulillah, aku pernah rasa kalau mati time tu pun takpe sebab aku mudah beribadat masa tu.(huhhu)

pastu aku ditakdirkan sambung belaja kt ngr jordan ni...alhamdulillah, persekitaran pun islamik..tp sebab dah tak ada peraturan sgt so...berjihad jugak aku kalo nak bangun sblm subuh dan mathurat...solat jemaah slalunye mghrib isya je..nasib baik kwn2 semua jenis nak solat jemaah, so senang la nk pupuk suasana yg baik...baca mathurat sama2...pegi kelas tafaquh sama2 pada hujung minggu...haihhhhhh rindduuuuunyeeeeeeeeee ARRRRRRRRRRRRRRR...

rindu itu menggamit aku untuk pulang ke jordan. meredah sejuknya angin urduniy untuk sampai ke sebuah rumah yang sejuk juga untuk mendengar kata2 peringatan, belajar feqah dsbg...bertemu merapatkan silaturrahmi...mudah untuk mendapat pahala.

cumanya disebabkan kebebasan di situ, aku dah mula tinggal sikit2 mathurat dan quran..tak sekerap masa dok asrama dulu...nasib baik persekitaran kawan2 islamic, so adelah jugak program buat hafalan...jadi aku refresh jugak hafazan...masa bersama quran tu diperbanyak dbantu persekitaran teman2 dan persatuan.

kini, aku tercampak lagi bekerja di bawah bumbung badan kerajaan, bercampur dengan 1001 jenis manusia dari pelbagai latar belakang, yg majoritinya bukan dari aliran agama..baru aku sedar selama ini di sekolah dan jordan, aku adalah kelompok yg boleh dikatakan minoriti di kalangan majoriti rakyat malaysia. kebanyakan mereka yg berlatarbelakangkan agama akan memilih tempat kerja yg juga punya biah islamiy, yg mngkn bukan tempat aku skrg ini.

apa yg boleh aku katakan ialah, apa yg aku pernah biasa buat suatu waktu dulu di skolah, di jordan, adalah sesuatu yang majoriti org taktahu. masa jamuan hariraya ada karaoke? that is a no no to me!! allergic sungguh! lelaki bertepuk tampar ngan prmpuan? auuch, walaupun aku bukanlah ustazah, tapi bagi aku itu adalah suatu pemandangan yg sgt buruk....how long will i face this.. i just hate to be minority... i am an ordinary girl who needs good environment to keep being a good muslimah...banyak dah benda yg aku tinggal since back from jordan... really a dull life to keep going with...
lg satu majoriti perempuan adalah gatal suka menggoda, dan tidak tutup aurat. tidak pandai menjaga maruah. muslimah kena tahu jaga akhlak kan. aku bukannye baik tp benda2 basic as muslimah tahulah kan. maruah!
 
Copyright kejora tujuh warna 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .