Selasa, 26 Mei 2009

nilai

asslmkm wbt..

Hari ni aku nak membebel pasal hakikat kehidupan dan nilai yang baik.

Sejak kecil, aku diajar oleh kedua orang tuaku agar berbuat baik kepada orang lain, menghormati orang lain dan bercakap perkara baik. Aku juga diajar bersopan santun pabila bersama orang lain. Aku diajar bahawa buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Oleh itu, aku sentiasa memastikan diriku berbuat baik.

Dalam pada aku membesar, aku dibuahi fikiran yang, setiap kali berbuat baik, aku pasti dibalas baik. Kerana itu yang aku dapat sepanjang aku membesar di halaman keluarga tercinta.

Tapi hari ini, hakikat dunia bukan begitu. Buat baik adakalanya dibalas baik, dan ada selalunya dibalas jahat. Itu hakikat dunia yang aku tidak tahu selama aku berada di halaman keluarga aku sendiri. Dunia tidak pernah adil dalam memberikan hukuman kepada manusia. Kerana itu adalah dunia mainan manusia sendiri yang cacat hati.

Walaupun aku tahu yang aku tidak sepatutnya membiarkan kezaliman duniawi memegang hati aku, tapi aku tetap kecewa dengan beberapa episod ketidakadilan yang berlaku dalam kehidupan aku. Kata Umar alKhattab 'Jadikanlah dunia di tanganku dan bukan di hatiku'.

Bak pentas lakonan yang sekejap, dunia adalah kebinasaan yang begitu di mana aku tidak perlu 'kesah' pun dengan kekecewaan yang ada. Hati perlu kuat kerana tujuanku akhirat, bukanlah dunia.

Kamis, 14 Mei 2009

hal terkini-kini

The final exam schedule is already in my hand, 2 weeks ago. That time i wasn't aware of how crazy the exam schedule is. I have 10 papers within 2 weeks of exam, and another 3 practical exam which is in this week. EVERY paper is important and difficult, so preparation must be good and perfect.

(switch bahasa ;p)Habis sahaja minggu klinik n kelas, aku buat jadual, dan sangat tak sempat untuk aku habiskan semua, SEMUA sillibus dari sem ni, sem lepas dan sem lepas lagi. Hello, 3 sem punya material nak cover dalam 1 minggu, dan untuk 10 subjek. Maaakk.. Sejak tu aku jadi terlalu tension sebab material yang dibaca susah dan banyak..isk.

Tapi kadang-kadang aku malas gk, tido2 tapi dengan rasa bersalah sebab tak ikut jadual yang aku buat. Whuich means, aku tungggakkan subjek tu ke esok, lalu bertimbun-timbunlah macam gunung bahan pen-study-anku.

Cepatlah, aku nak tidur tanpa rasa bersalah, tak study dan relax-relax sepuas hati tanpa rasa berat kepala dan paksa-paksa diri nak menghabiskan studies.

aaa..setiap kali tido rasa bersalah...dah la lama tido! ;P penatla buat exam guna tangan tapi satu badan penat! Kalau tak buat pape pun, study juga penat sebab duduk atas kerusi lama.

Woi cik sedangexam, ibadah selalulah tingkatkan. ALlah selalulah diingati. Ibu bapa selalulah didoakan. Redha ALlah, berkat dan ukhuwwah dengan sahabat itu penting. Exam bukan segalanya dalam dunia, tapi marks kena dapat tinggi ok!

Jumat, 01 Mei 2009

i like it

yesterday was a very blessed day of mine.

=))))

I did RCT for the first time and i got 9/10 which is very good for me, and dengar Dr Nsreen puji aku bila aku dah berlalu lepas tunjuk dia post-obturation radiograph. Wah, gembiranya! Ke -low-compliance- an of the patient terus aku dah tak kesah sangat sebab gembira. wowee. By the way, my patient selalu sangat gesa aku suruh habiskan cepat dan komplen apsal lama. Hello! this is dental teaching centre remember?!

Perkara menggembirakan kedua ialah patient aku last week datang semula this week and tegur aku. Aku rasa seronok tanya dia gigi yang aku tampal ok ke tak ..dan dia pun cam gembira. Lagi patient yang aku buat scaling kat gigi dia hari rabu pun aku terserempak gak n tegur aku. Betapa aku terasa rahmat dan berkat bila kita bekerja dengan hati yang ikhlas, tanpa gaji seperti sekarang ini. Aku terasa takut plak nanti masa-masa akan datang bila kita bekerja dengan gaji, mata akan terkabur dek wang, tak mustahil kalau kita tengok patient macam kita tengok duit. Ye tak? Tolonglah minta jauh.

Hari tu pun patient cons aku bagi bunga. Dia seorang perempuan, ok. Ya Allah, kasihi mereka, dan kasihi aku. AMpuni aku dan mereka, moga kehidupan kita semua diberkati dan jauh dari dosa, amin.
 
Copyright kejora tujuh warna 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .