Kamis, 10 April 2008

jeritanmanusiaterluka

Perang Chechnya

Perang Chechnya berlaku sebanyak dua kali .

PERANG CHECHNYA 1
Berlaku pada 1994-1996. Peperangan ini berlaku di antara Russia dan Chechnya yyang akhirnya membawa kepada merdekanya sebuah Negara Chechnya daripada kuasa Rusia.

Sejarahnya bermula sejak zaman Negara Soviet Union lagi. Ketika itu, Soviet Union mempunyai daerah-daerah kecil yang penduduknya diberi hak tertentu untuk daerah mereka. Kemudian setelah Soviet Union berpecah, muncullah Negara Rusia yang juga mempunyai beberapa daerah kecil yang dahulu tetapi masih dibawah kuasa yang sama. Rusia ketika ini membawa 70% identity Soviet Union. Melalui Perjanjian Federasi yang dicadangkan Presiden Yeltsin, setiap daerah diberi hak khusus (tetapi tidak sepenuhnya merdeka).SEmua daerah kecil ini menandatangani perjanjian itu kecuali daerah Tartasan dan Chechnya. Mereka menginginkan kemerdekaan total, disebabkan kekukuhan daerah mereka yang memang sudah boleh menjadi sebuah Negara merdeka dari Rusia.

Setelah beberapa tekanan, daerah Tartasan menandatangani perjanjian tersebut dan tinggallah Chechnya yang belum tandatangan. Keengganan Chechnya menyebabkan tercetusnya peperangan antara tentera Rusia dan Chechnya sendiri.

Peperangan ini berlarutan selama 2 tahun. Dalam peperangan ini yang melibatkan tentera Rusia yang jauh berlipat kali ganda berbanding tentera Chechnya, namun bilangan tentera Rusia yang mati adalah lebih banyak.

Kegagalan Rusia mengalahkan Chechnya menyebabkan mereka mengambil keputusan berundur dan menghentikan serangan.

Pada 1996, peperangan berhenti dan membawa kepada bebasnya Chechnya. Presiden Chechnya, Maskhadev menubuhkan The Islamic Republic of Ichkeria)

PERANG CHECHNYA 11
Pada 1999, Rusia memulakan kembali serangan kerana mahukan daerah Chechnya kembali ke Rusia dan peperangan ini berlarutan hingga ke hari ini.

Beberapa tokoh Chechnya

Shamil Basayev (syahid, menteri pertahanan Chechnya dan dianugerah pingat)
Salman Raduyev
Ibnu al-Khattab (juga terlibat dalam perang Afghanistan)

Islam di Chechnya

Di seluruh Rusia termasuk daerah kecilnya, umat Islam berjumlah 21-28 juta iaitu 15-20% penduduk Rusia bersama daerah kecil tadi. Terdapat pelbagai etnik dan agama di Rusia dan Islam adalah etnik minority yang paling prominent atau `besar` di antara etnik2 kecil tersebut.
Umat Islam Rusia tinggal di kawasan antara Laut Hitam dan laut Kaspia, seperti Adyghe-Balkar-Ingush-Dagestann-Chechnya. Kebanyakannya adalah kaum Tartar.

Islam dating bermula di Utara Caucasus kemudian ke Chechnya dan ke Dagestan. Kaum pertama yang memeluk Islam ialah Dagestan dan negeri Islam pertama ialah Volga Bulgaria. (bukanlah Chechnya yang pertama)
Chechnya dalah sebuah kawasan kampong yang banyak berpegang kepada tradisi. Mereka mengamalkan tradisi hormat-menghormati dan unsure pelajaran berkaitan moral.

Ketika Islam datang, ajaran Islam telah dicampur adukkan dengan tradisi mereka dan menyebabkan mereka lebih terpengaruh kepada ajaran sufi yang memang sesuai dengan tradisi mereka. Sebab itulah majority muslim di Chechnya berfahaman sufi atau Tariqat. Terdapat dua golongan, iaitu Naqsyabandiyah dan Qadiriyah.

Ada sumber yang mengatakan bahawa orang Chechnya ini memiliki tahap ilmu yang rendah, dan ilmu Islam juga masih rendah terutama wanita. Sebab itulah wujudnya gerakan Black widow atau janda hitam yang bertindak meletupkan diri sendiri di sekolah-sekolah Rusia demi membalas dendam terhadap ke`janda`an mereka kerana kematian suami akibat peperangan.

Orang Chechnya juga dikatakan adalah orang-orang yang mahir menunggang kuda, pandai berperang dalam hutan dan kawasan gunung-ganang, mahir menembak dan berani. Sebab itulah Rusia memang tak dapat kalahkan lagi Chechnya hingga hari ini.
 
Copyright kejora tujuh warna 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .