Minggu, 27 Maret 2011

do you want to be ME?

seriously, who in the world, ever want to be me?
HAHA..seems like nobody wants to be me.=')

i'm trying hard, to be someone better. than now. but its always more comfortable to be just....ME..

at least, aku nak hati aku ni kuat sikit. think about big things only..
sekarang ni aku ada prob dengan seseorang, aku terfikir2 sampai pening kepala aku.
why should i actually ever think about it?

kalau pagi tadi lagi la pening , tido je aku. so tghari aku ajak kawan g kedai, beli keperluan sikit...at least aku keluar, aku tak fikir sangat. then balik, tertidur plak! keluar lagi, g tasik plak..alhamdulillah...dah ok sikit.. sekarang aku rasa mulut aku dah boleh senyum dan otak aku dah boleh fikir pasal benda lain, alhamdulillah.

langit dikoyakkan untuk menumpahkan airnya,
hujan di hatiku juga masih lagi basah.

Tepeng made my heart cried a lot, lately.

Gotta move on, and forget things.

'jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita'

Sabtu, 12 Maret 2011

sayang kerana Allah!

Hari ni hari sabtu. Aku dah habis banyak duit bulan ni, termasuklah sebab servis kereta. Jadi petang ni aku decided untuk duduk berhibernasi di rumah, secara langsung mengurangkan penggunaan duit. Aku bercadang untuk membaca anatomy, update n refresh knowledge. Aku duduk kat meja aku dan terpandang sesuatu. BIngkai gambar pemberian adik usrahku. Sweetnya. ‘kami sayang kak Ayman kerana Allah’. Sesungguhnya getaran sayang tu sangat terasa hingga ke jantung, naik ke mata merembeskan air mata! Walau aku tidaklah serapat mana dengan mereka, jarang update berita. Tapi kalimat kerana Allah itu, aku terasa, hangatnya saying itu, niat ikhlas yang agung keranaNya!

Pantas, terus aku teringat benih2 ilmu yang kudapat sepanjang usrah kita. Terus kubuka buku usrahku yang sangat berharga, muka hadapan ada kertas yang bertulis ayat surah as-saff:8 yang bermaksud:

‘mereka ingin memadamkan cahaya(agama) Allah dengan mulut(ucapan) mereka dan Allah tetap akan menyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir benci’

Sungguh, ayat2Nya adalah mukjizat, sekadar membaca maksud sahaja, jantung kita bagai ditembak. Bahkan sekeras2 hati Umar al-Khattab boleh lembut dan beliau terus memeluk Islam pabila terbaca ayat ini 20:14.

Dalam kertas tu juga tertulis, bagaimana bila tuduhan palsu dikenakan terhadap penyokong dakwah, kita berasa seperti itu telah mengabui mata orang ramai, menyebabkan orang ramai lari dari dakwah. Orang ramai berputus asa dengan jemaah Islam. Tetapi sebenarnya, tuduhan palsu bukanlah suatu perkara yang asing pada zaman nabi, bila tuduhan palsu berlaku, terbukalah tembelang manusia zalim di dunia ini, taghut diketahui dunia, lalu Allah akan gantikan dengan kemenangan seperti tertubuhnya negara Islam di madinah.

Aku lalu terlihat lagi, sekeping punchcard bertemu tak jemu. Aku sungguh rindu untuk menatap borang2 yang dulunya membosankan aku! Aku nak sign dan tulis laporan, sungguh aku rindu! Kemudian bentangkan laporan, perkembangan etc. sungguh berwarna warni program pada masa itu, walau di kala sibuk belajar. Sekarang masa ada, tapi orang plak takde! Hargailah segala yang anda ada di waktu sekarang, mungkin tak dapat lagi pada lain masa!dan aku terus kangeeen!

Tajuk pertama dalam buku usrahku..’peribadi pemimpin’. Memimpin, suatu taklif, bukan tasyrif, ingat tu! –of course kot. Heheh…same goes tu being a doctor, right! Ramai dentists rasa poyo dan besar jadi doctor, assistant dibuatnya kuli.Hello sangat! Hak seorang pemimpin(apa yang perlu dia dapat) ialah kesetiaan, ketaatan dan teguran.
Tajuk kedua, mengikut hawa nafsu. Hawa nafsu adalah musuh paling dekat, dan ibu kepada dosa2 kecil. Astaghfirullah. Sabda nabi,’dua perkara paling ditakuti ialah hawa nafsu dan panjang angan2’. Hawa nafsu juga menyebabkan kita sukar menerima kebenaran. Ataghfirullah, jauhkan aku dari mengikut hawa nafsu.

Kemudian aku berpindah ke tajuk ‘ukhuwwah’ aku tulis di situ, ukhuwwah adalah hadiah kepada orang2 beriman. Sesungguhnya, aku rindu sahabat2 aku yang mengingatkan aku kepadaNya!
 
Copyright kejora tujuh warna 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .