Kamis, 16 Juli 2009

anti cerita hantu

assalamualaikum wbt.

Kalau nak kata saya ni penakut, silakan, saya tak kesah.

Makhluk halus, hantu dan sebagainya termasuk dalam perkara-perkara ghaib, yang hanya Allah yang tahu, dan kita tidak dikehendaki untuk mengetahuinya. Dah tidak disuruh mengetahui, tentu ada hikmahnya pabila kita menjadi orang yang taat dan tidak degil. Orang yang cuba-cuba menggali atau lebih tepat lagi memandai-mandai menceritakan kisah kehidupan makhluk halus contohnya bagi saya, sangat degil!

Makhluk halus punya alam mereka sendiri yang kita tidak nampak, alam mereka berbeza dengan kita. Ada hikmahnya dijadikan alam kita berbeza, kita tidak nampak mereka. Bersyukurlah dengan keadaan ini kerana kita memang aman dalam alam yang berbeza ini. Kita sama sekali tidak tahu apa yang mereka buat dalam alam mereka, jadi mengapa perlu mengada-adakan cerita tentang kisah mereka di alam mereka, yang tentunya tipu betul!

Cerita-cerita yang berlatar belakangkan 'cerita seram', 'cerita hantu' semuanya menggambarkan betapa remdahnya tahap pemahaman mereka terhadap alam yang berbeza, makhluk halus ini. Kita berbeza alam, dan raikanlah perbezaan ini, janganlah menggambarkan makhluk halus sebagai sesuatu yang menakutkan, sesuatu yang sering mengganggu kehidupan manusia, kerana itu tidak benar. Hanya orang yang lemah iman, kurang amal dan lemah pergantungan kepada Allah sahaja yang boleh diganggu oleh makhluk halus, hatta oleh sesiapa sahaja pun dek kelemahannya itu, betul kan?

Jadi tingkatkanlah pemahaman anda wahai pembuat cerita sekalian...jangan mengucar-kacirkan lagi pemahaman manusia seluruh dunia. Dan janganlah menjadi seperti orang Barat bukan Islam yang nyata kurang pemahaman tentang alam ghaib, dan ini jelas melalui cerita-cerita 'hantu' yang mereka tayangkan. Jelas akan kecelaruan pemahaman, betapa banyaknya kisah hantu yang berbeza-beza kisah 'kembalinya' mereka ke....mana? mereka sendiri tidak tahu bahawa adanya alam barzakh. Masih tercari-cari agaknya.

Jadi, tolonglah hentikan cerita hantu, gantikan dengan cerita yang lebih jelas mesejnya okay. Makhluk halus ni, semakin kita dekat, dia pun semakin dekat.

1 komentar:

kiki mengatakan...

anti gak cerita hantu...xde faedah langsung

 
Copyright kejora tujuh warna 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .