Jumat, 14 Agustus 2009

mengangkat martabat suri rumah

bismiLlah

Suri rumah atau dalam bahasa inggerisnya, 'house keeper' tidak pernah mendapat tempat yang baik ataupun sekurang-kurangnya mendapat nama di kalangan orang-orang yang berjaya. Hakikatnya, benarkah begitu?

Adakah kejayaan seseorang diukur berdasarkan tingginya jawatan disandang, atau hebatnya gaya seseorang? Ataupun kejayaan diukur berdasarkan hasil yang dia telah dapat? Bagi kebanyakan orang yang masih tertinggal intelek dalam mindanya, pasti 'hasil' yang menjadi ukuran kejayaan seseorang, apatah lagi jika hasil tersebut sememangnya mendapat redha ALlah, kerana itulah ukuran kejayaan yang sebenarnya bagi kita-kita yang mengaku muslim.

Mudah sahaja sifirnya bagi topik suri rumah kita kali ini, hasilnya anak-anak yang berjaya dan berakhlak mulia itulah ukuran kejayaan seorang suri rumah. Benar?

Adalah sesuatu yang sangat penting bagi tumbesaran seorang kanak-kanak sejak bayi sehingga ke sekolah menengah sekurang-kurangnya untuk mempunyai seseorang yang mengawasi dan menjaga kebajikannya sepanjang waktu. Jiwa kanak-kanak memerlukan perhatian dan tunjuk ajar. Perhatian sememangnya diperlukan dari seseorang yang mempunyai pertalian darah yang mempunyai rasa kasih dan sayang, bukannya orang gaji yang perhatiannya diberikan kerana untuk mendapat gaji semata.

Selain perhatian, seorang kanak-kanak yang sedang membesar juga memerlukan bimbingan untuk memilih, membuat keputusan. Soalan yang mudah-mudah, memilih sama ada untuk ke sekolah atau tidak, sama ada untuk solat atau tidak. Keputusan yang kecil-kecil ini bila terarah, maka keputusan yang besar-besar di waktu dewasa nanti akan lebih mudah dan jalan yang diambil insyaALlah lebih lurus.

Kanak-kanak yang lahir dan membesar di bawah jagaan suri rumah yang berjaya seperti ini akan seterusnya menjadi antara orang yang berguna untuk Islam khususnya dan untuk negara. Begini pentingnya peranan seorang suri rumah kerana masa depan anak-anak bergantung kepada mereka. Anak-anak ini jugalah yang akan menggantikan tempat para pemimpin sekarang dan menjadi pemuda pemudi negara yang menghuni negara dan dunia ini. Seolah-olah masa depan dunia seluruhnya terletak di bahu para suri rumah!

Tidak perlu terburu-buru meletak tanggungjawab suri rumah kepada sesiapa. Sekarang ini pun sudah ada lelaki yang menjadi suri rumah. Sesungguhnya tanggungjawab sebegini sangat berat.

Jika dilaksanakan dengan sebaik mungkin, hasilnya sangat manis dan tulus, kerana baktinya besar, tapi bakti yang besar sebegini senyap-senyap sahaja. Tiada gelaran 'datuk' atau 'puan sri' pun. Sekadar ucapan terima kasih si anak, sekadar melihat anak berjaya sudah terasa terbalas jasanya.

Saya tak mampu nak mengungkap dengan kata-kata betapa saya mengagumi seorang suri rumah bernama ibu saya . Seadilnya, saya anugerahkan dengan segala macam bentuk penganugerahan yang ada di dunia ini untuknya, berilah Tan Sri, berilah Tun sekalipun tidak sama. Jasanya terlalu tulus untuk diberi penganugerahan duniawi yang berunsur material dan kesombongan.

Saya sedar, dalam dunia sekarang ini, jarang ada wanita ingin menjadi suri rumah dek degree yang ada, dek macam-macam lagi. Sememangnya untuk menjadi seorang suri rumah yang berjaya juga memerlukan degree! Apa susah, sekarang kan dah ada lelaki yang jadi suri rumah. Bukan suri rumah sepebuh masa tapi bergilir-gilir. amacam? =p



Puan Sri, Datin , Ir , Dr Wan Zainab Wan Adam =)

Sebenarnya diri saya sendiri pernah terasa ingin menjadi suri rumah, menyusun gerak kerja di rumah dengan jayanya sepertimana ibu saya, tapi diri saya tidak cukup kuat untuk melakukan pengorbanan, mengorbankan sebuah degree yang.akan.saya.ada. (insyaALlah). Kata ibu saya yang berhenti di kala hampir-hampir menamatkan Master itu, dia tidak menyesal, apabila melihat anak-anak berjaya. Sebetulnya saya menilai kembali pengorbanan ibu saya apabila saya mendapat keputusan yang baik-baik, atau sekurang-kurangnya belajarlah bersungguh-sungguh, kerana sebuah Master telah dikorbankan untuk saya berjaya. Over kah perumpamaan ini? Tak kot?!

Last but not least, terima kasih Ma!

5 komentar:

kiki mengatakan...

lelaki dan wanita kedua2nya perlu jadi surirumah supaya hidup berkeluarga lebih bahagia =)

buhayrah mengatakan...

yep, sebab sama-sama pegang t'jawab kerja.

kiki mengatakan...

Ku ingin menitiskan air mata kerana jasa ma memamg TIADA TOLOK BANDINGNYA...tak dapt nak balas...hanya dapat menggembirakan dgn memberi hadiah kejayaan serta menjadi anaknya yg solehah..insya Allah..begitu juga kpd Ba

nora mengatakan...

next entry untuk ba =)

Ree mengatakan...

sob..sob..sedeynyer..
ku jua ingin berjaya!
doakan ku dapat 11 A spm..
:)

 
Copyright kejora tujuh warna 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .