Selasa, 27 Oktober 2009

derita sebelum bahagia

yang demikian itu ialah kerana mereka ditimpa kehausan, kepayahan dan kelaparan pada jalan ALlah, dan tidak pula menginjak suatu tempat yang membangkitkan amarah orang-orang kafir, dan tidak menimpakan sesuatu bencana kepada musuh, melainkan dituliskanlah bagi mereka dengan yang demikian itu suatu amal soleh. Sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik.


Al-Taubah : 120

Kejayaan dan kebahagiaan yang diperoleh selepas jauhnya perjalanan derita dilalui adalah lebih manis dan berharga berbanding kejayaan yang diperoleh tanpa derita. Apabila berbicara mengenai kepahitan hidup, kesusahan yang akhirnya berjaya dilepasi dan mencapai kejayaan selayaknya, saya tidak boleh mengelak dari berfikir mengenai sesorang yang sangat saya kagumi.

Menjadi orang yang dikenali dan mempunyai kedudukan yang baik dalam bidangnya sendiri, saya rasa itu adalah kepuasan dan kejayaan yang sebenarnya dalam apa jua bidang yang seseorang ceburi.

Beliau adalah seorang ustaz dan telah pun mendapat nama sebagai antara orang yang pakar dalam bidang agama. Menerbitkan buku dan muncul dalam kebanyakan rancangan tv, itu adalah kejayaan yang sangat besar bagi kebanyakan orang yang sama umur dengannya.

Memegang title 'ustaz' semestinya bukan semudah disangka kerana kebanyakan orang mempunyai expectation mereka yang tersenditi terhadap golongan ustaz. Ustaz sendiri sepatutnya menjadi orang yang sepatutnya, selayaknya ebagai orang yang faqih dalam bidang agama.

Sebagaimana beliau yang saya kenal, istiqamah dalam amalan adalah perkara paling penting dilakukan oleh seseorang yang memegang title ustaz, untuk manusia mana sekalipun yang bergelar muslim juga, tapi tanggungannya lebih berat kepada para ustaz semestinya jika para ustaz ini menyeru orang lain berbuat baik, bukan?
Beliau adalah seseorang yang paling unik kerana disiplinnya yang tinggi dalam apa jua sekalipun.

Menyedari title ustaz bukan title sebarangan, beliau sentiasa berusaha menjadi orang yang lengkap serba serbi. Ya, pendakwah perlu tahu semuanya! Bidang sains, teknologi, bahasa dan kewangan, semuanya perlu tahu! Di sini saya lihat betapa bersungguhnya beliau mengkaji bidang yang tidak pernah beliau dalami pun! Saya malu untuk mengaku diri ini bidang sains sedangkan saya tidak pun mahir bidang sains, apatah lagi bidang agama! Dalam masa sama, masih lagi berbangga kononnya bidang sains adalah bidang yang moden.

Menyedari peri pentingnya seorang pendakwah dalam masyarakat, pendakwah tidak boleh melupakan tunjang asas sebuah masyarakat iaitu keluarga. Jika masyarakat boleh diperbaiki, mengapa tidak keluarga sedang keluargalah yang paling dekat dengannya. Di sini saya lihat betapa tarbiyah yang beliau serapkan dalam kehidupan kami sekeluarga. Saya tidak akan menjadi orang yang beragama baik sepertimana sekarang jika tidak dengan izinNya, jika beliau tidak mentarbiyah kami sedari kecil lagi.

Saya sendiri mendapat tarbiyah dari luar. Tapi apa yang membezakannya ialah keikhlasan hati. Dalam mana kita mentarbiyah seseorang, kita tidak boleh membuatkan mad'u melakukan sesuatu kerana kita. Sepatutnya diberi ruang supaya mad'u merasakan bahawa dia beramal kerana dia yang mahukan, kerana dia yang mahukan redhaNya, bukan kerana orang lain. Dalam masa yang sama, tarbiyah tidak boleh dilakukan dengan manja-manja, perlulah bersungguh-sungguh dan keras. Begitu yang saya dapat sepanjang saya dibesarkan.

Di sebalik kejayaannya yang gemilang dalam bidangnya sendiri, kami sekeluarga sering dikhabarkan kisah-kisah deritanya sepanjang perjalanan kehidupannya. Benarlah, kejayaan sukar untuk diperoleh tanpa derita. Deritanya bukan sedikit tapi banyak. Penderitaan itulah yang membuatnya lebih gigih mengharung hidup dan bersungguh-sungguh sehingga menjadi seseorang seperti yang ada sekarang. Sungguh, ba adalah tokoh yang paling saya kagumi.

Tidak ada komentar:

 
Copyright kejora tujuh warna 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .