Senin, 14 Desember 2009

kena marah lagi

Entry aku sblm ni 'dibantai Dr ..' pernah cite pasal Dr yang marah aku sebab bawa masuk lebih patient.
Well, 2 minggu lepas tu aku kerja macam biasa dan dia tak de marah2..siap berlawak sikit, so aku rasa dia ok. cool, tak ingat dah dia pernah marah aku.ok fine, alhamdulillah.

Lepas tu hari ni, tetibe ptn partial aku tuh datang tanpe appointment geramnyee..dan die ni jugakla yg dtg time aku kene marah tu..die nak denture tu cepat2 dan Dr jugak nak aku habiskan complete cepat2...ingat aku robot ke nak siapkan sejuta benda dalam 1 saat? ok, thinking that i am a student under him so aku rujuk ptn tu ke Dr dgn harapan Dr akan solve the problem, dan aku pon xmau bertindak sendiri. hello Dr pon agak sukar menguruskan perkara lebih dari satu. Dia suruh kerja jugak kat ptn tu konon suruh amik 5 minit (padahal sebelum ni memang dah decide yg this week busy gile banyak JRR stage student).. ok whatever Dr aku ikut ko! Pastu tetibe datang cakap pelan2 kat aku, dlm BI 'ko sepatutnya urus masa dengan baik. salah ko tak uruskan masa dengan baik. salah ko100x aku sedang mengira salah ko' HAHAHAHAHA macamana agaknya nak kurangkan salah aku kalau semua kesilapan yang berlaku di sekeliling aku terlihat sebagai salah aku? hello Dr, semakin tidak adil ko terhadap student, semakin terlihat kelemahan ko sebagai pensyarah. Dan sekarang ni, kali kedua aku kene marah dengan agak tidak adil, aku dah sukar untuk memaafkan ketidakadilan ini. Minggu sebelum ni aku dah redha dan melihatnya dari sudut positif dengan menyalahkan diri sendiri. Dan skrg, bias itu semakin jelas dan aku tidak perlu untuk menidakkan ketidakadilan yang berlaku ini lagi Dr!

Lagi satu, tlglah jangan bias dengan student kerana wajah atau apa2, itu hanya pinjaman yang Allah berikan buat hambaNya yang tiada apa2. Apa haknya seseorang membezakan wajah sedang wajahnya itu juga hanya pinjaman? tak malu ke eh?

Ya Allah, sesungguhnya segala yang berlaku ini di bawah lingkungan takdirMu. Aku merancang, Kau merancang dan Kau adalah sebaik2 perancang. Aku silap kerana tidak bertawakkal kepadaMu setelah berusaha. Aku gembira dengan ujian ini kerana aku kini tahu kewujudan 'zalim' 'bias' dan semoga aku mampu menghadapi situasi2 getir seperti ini atau lebih teruk lagi di masa hadapan yang tentunya lebih perit, semoga, tanpa airmata.

p/s : aku tidak murah untuk menjadi student yang bergelak ketawa dengan Dr muda dan aku tidak murah untuk menjadi student yang bertabarruj menarik perhatian dan melembutkan pandangn Dr lelaki. Aku datang untuk belajar dengan serius dengan Dr dan aku paling benci sesetengah lelaki yang lemah dengan perempuan cantik dan tumbang dengan kemanjaan student. Biar aku ajar mereka supaya membezakan yang hak dan batil!

Tidak ada komentar:

 
Copyright kejora tujuh warna 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .