Kamis, 02 Juli 2009

kisah pelajaran musim cuti

kisah 1


Pada suatu ketika di zaman nabi Muhammad s.a.w., beberapa sahabat sedang duduk-duduk di masjid sambil berzikir bersama-sama. Maka datanglah Rasulullah s.a.w. dan bertanya,

'Adakah kamu berkumpul begini semata-mata untuk berzikir?'

Jawab mereka dalam ragu-ragu dengan soalan tersebut,

'Ya, wahai Rasulullah'.

Rasulullah berkata kembali,

'Aku bertanya bukan kerana mengesyaki kamu berbuat sesuatu yang salah, tapi kerana ketika ini, Allah sedang bercakap-cakap dengan para malaikat tentang kamu semua yang sedang mengingatiNya .'

Adalah sesuatu yang amat baik jika kita dapat berkumpul beramai-ramai (bukan senang nak kumpulkan ramai orang) dan membuat sesuatu untuk mengingatiNya. Kebanyakan kita lebih mudah dikumpulkan kerana sesuatu yang menarik nafsu seperti menonton dan berhibur. Apa salahnya berkumpul sekali sekala (berjama'ah) dalam berzikir, solat dan bertadarus.


Kisah 2 - Nabi yang wafat bukan di bumi


Nabi Idris a.s. terlalu inginkan syurga yang dijanjikan Allah untuk orang bertaqwa. Baginda sering berdoa agar dapat ditempatkan di syurga yang penuh nikmat itu. Akhirnya doanya diakbulkan dan malaikat membawanya naik ke syurga dengan izin Allah s.w.t. Setelah tamat waktu yang ditetapkan, maka malaikat pun mengajak Nabi Idris pulang ke bumi. Di ketika itu, Nabi Idris yang berasa amatgembira dapat memasuki syurga cuba memikirkan sesuatu agar dia dapat berada lebih lama di syurga. Lalu nabi Idris berkata kepada malaikat,

'Aku perlu masuk kembali kerana tertinggal barang di dalam syurga'

Maka nabi Idris pun masuk ke syurga dan baginda wafat di dalamnya.


Kisah 3 - InsyaAllah


Nabi Sulaiman a.s. telah berkata pada suatu hari bahawa baginda akan bersama dengan 100 orang isteri pada suatu malam untuk melahirkan 100 orang anak, tanpa mengatakan insyaAllah.
Keesokannya baginda mendapati 99 orang isterinya tidak mengandung dan seorang isteri mengandungkan anak yang cacat.
Penting untuk mengatakan insyaAllah kerana kesemua yang berlaku adalah di bawah kuasa Allah.


Kisah 4 - Malaikat menangis


Pada zaman dahulu terdapat seorang budak yang rajin membaca Quran setiap hari. Di kala dia meninggal dunia, kedengaran bunyi tangisan dari biliknya.
Maka ahli keluarganya pun memanggil sesorang untuk mencari dari mana datangnya suara tangisan bayi itu. (tak tau sape orang tu, cmne die found out) Rupanya suara tangisan itu adalah suara malaikat yang menangis kerana rindu akan suara bacaan Quran budak yang meninggal itu.
Sebenarnya setiap amalan yang kita lakukan diperhati oleh makhluk sekeliling, yang nyata atau tidak. Begitu juga kisah pelepah tamar yang menangis di akla Rasulullah s.a.w. tidak lagi duduk di atasnya untuk dijadikan alas.

Wallahua'lam, semoga saya mendapat pengajaran.

(ps : i'm a very bad storyteller)

Tidak ada komentar:

 
Copyright kejora tujuh warna 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .