Selasa, 31 Mei 2011

mimpi dan angan - angan

aku baru baca buku 'la tahzan' by aidh alqarni. antaranya disebutkan bahawa, jangan bersedih kerana teriknya mentari akan digantikan dengan teduh malam, mendung akan pergi, yang sakit akan sihat kembali, yang dipenjara akan terbebas. Kita hanya perlu tunggu barang sejenak, secebis sabar. Jika semuanya tidak menjadi, ketahuilah bahawa itulah taqdir Allah, berimanlah dengan qada' dan qadarnya. Berbahagialah dengan taqdirNya.

Seorang penyair menyatakan bahawa orang yang bahagia adalah orang yang memiliki harapan.

Cuba bayangkan kalau kita langsung tiada harapan, pastilah kita orang paling sedih sekali! Aku sebenarnya kadang2 putus harap juga...bilamana usaha bertahun2 tak menjadi, selalu gagal, of kos akan putus asa dan kecewa. tak mau berharap lagi. tapi ye lah..kalo kita at least berharap, sedikit kebahagiaan itu akan menjadi milik kita, daripada tiada langsung.huuu

Hoyaa...baru hari tu aku mentuisyenkan sorang anak assistant aku..heheh...darjah satu. comellnyaa...ok la..at least ada benda lain yang aku buat...untuk mengembangkan otak aku dalam bidang agama sikit.. pastu ada lagi sorang assistan nak hantar ank dia plak..haha..lama2 aku buka tuisyen la eh!

dan dengan tiba2 datanglah angan2 untuk buka sekolah/tadika, sebab aku rasa bidang macam tu sangatlah mulia, mendidik anak bangsa. ramainya budak yang bermasalah sekarang, masyarakat jadi mundur! pemikiran jumud walau gaya moden! terkongkong dengan budaya artis yang tidak berpelajaran dan tiada matlamat jelas dalam hidup.

aku rasa aku seorang yang berhati-hati dan teliti berbanding orang lain. aku fikir banyak. jadi aku rasa, aku seorang yang tidak sesuai untuk menjadi orang besar2 yang glemer gitu ..hahaha...jadi angan2 aku tidaklah setinggi mana. aku tiada impian untuk menjadi pakar atau jadi dentist fames sampai satu malaysia kenal, kluar tv etc..aku tiada impian begitu.

impian aku hanyalah untuk membina sebuah keluarga yang baik,berbkti kpd suami (uhuk2), mendidik anak sebaik mungkin, dan menjadi dewasa serta meniti usia tua dengan bahagia bersama keluarga sambil mengurus sebuah tadika/sekolah rendah dan sebuah klinik kecil milik aku. HAHAHAH......angan2 aku nih!!!!

aku tak pernah rasa berharap untuk berkeluarga dan memiliki kemewahan dan darjat dan bersenang lenang membazir duit di kuala lumpur bandar kotaraya nih. sebenarnya aku lebih mahu untuk hidup di kampung semanggol dan mengusahakan sawah padi yang hijau setiap hari dengan sedikit bekalan untuk makan dan minum, serta tak peduli pasal hebatnya orang kl bergaya dan kononnya maju. aku lebih mahu hidup terpencil tapi dengan bekalan iman yang semakin bertambah setiap hari. ini angan2 jek..tapi sebenarnya sekrang banyak kampung yang nak ikut budaya bandar tapi ikut tang bergaya jek. tang ilmu tak mau ikut plak..so aku kuburkan saja angan2 ku tu.

macam2~~

Jumat, 13 Mei 2011

cinta

Cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta..


Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri…
meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..
kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..

kadang2 memang ada perasaan mcm ni. tapi aku tak dapat nak bezakan, adakah ini nafsu semata2 atau sebetulnya naluri fitrah aku. jadi jika aku tercinta seseorang dan membenarkan diri dicintai, dan berada dalam ruang lingkup itu, aku yakin yang aku akan dibius dan jadi buta! sememangnya aku percaya yang tiada cinta yang dibenarkan melainkan kepada suamimu sendiri. jadi sebenarnya aku sedang menyimpan baik2 cinta aku ini untuk seorang bernama suami yang masih tidak hadir2 itu! aku pernah ada 'rasa' kepada beberapa orang, yang mana aku menidakkan saja perasaan itu, kerana pasifnya aku dalam memahami apakah rasa itu, dan takutnya aku untuk jatuh ke dalam perangkap bius cinta. aku tidak mahu dibutakan. aku mahu menjadi diri sendiri, dan aku mahu bersama orang yang mahu aku menjadi diri sendiri. tapi itu tidak mudah,aku juga perlu berubah. terlalu banyak persoalan, dan jawapannya terlalu abstrak. mudahnya hidup jika semua manusia adalah robot, tiada hati dan perasaan. tapi Allah jadikan manusia itu berperasaan, berpasang2. tiada sebaik kata dapat menghuraikan cinta, melainkan dirimu merasai sendiri.

a conversation with an atheis

aku ada sorang kawan. mak ayah dia kristian, dia plak, tidak ada agama. once i heard from someone else, she's an atheis. she's indian. i dont think any of my clinic colleague will read this, and nobody will know who's this girl, so i think i can write about her. =)

well, masa aku mula2 kerja, maybe dia nampak aku agak islamic berbanding orang2 lain, so dia memang open dengan aku. 1st month aku kenal dia, dia dah boleh cerita pasal murtad etc. dia pernah cakap yang dia xmau anak sebab dia xtau nak bgtau kt anak dia, apa meaning of life. purpose of life. dia tak tahu. dia memang membaca mengenai Islam, tapi memang sangat sedih sebab hampir kesemua yang dia baca, sumbernya adalah dari golongan yang tidak suka kepada Islam. kes Lina Joy, dia tak puas hati kenapa orang tak boleh murtad. padahal agama lain boleh keluar dari agama mereka, kenapa Islam tak boleh. well...itulah Islam! hurmm...dia agak tersentuh dengan amalan2 orang islam , jews dll yang ada amalan macam berdoa sebelum makan etc.

apa aku nak cakap pasal budak ni, aku cakap r, tak semua media massa boleh percaya. US kawal media sampai kita semua percaya Islam itu terrorist. pastu dia cakap majalah2 Islam semua sangat brainwashing, kutuk Israel. aku, hey, memang r Israel tu jahat, kebanyakan negara pun xde hubungan rasmi dengan israel, israel negara haram. dan dia tidak percaya itu, dia kata orang palestin pun bunuh orang israel. what thee......?? dia tries to be fair, dia kata tidak boleh extreme kepada satu pihak.aku: kenapa nak be fair to something yang memang jelas tidak betul? kadang2 instinct pun boleh kata sape betul sape salah. tapi hati kena bersih la, untuk dapatkan instinct yang betul..ye dak?

hmm...aku rasa hati aku terencat lagi, pasal xcakap habis ngan dia...dia cakap banyak sangat! selalunya orang cakap banyak sangat ni, isinya tak seberapa.hehe..=p
 
Copyright kejora tujuh warna 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .