Senin, 13 Desember 2010

peristiwa memali, 19th nov 1985

aku tak pernah tahu pulak pergaduhan parti politik di malaysia pernah mencapai suatu tahap yang amat dahsyat. pernah dikorban beberapa nyawa hanya atas sebab politik. sadis!

Peristiwa Memali 1985
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 18 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara/Operasi Hapus'.

Peristiwa ini terjadi ketika Datuk Seri Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di China.

Peristiwa berlaku di Kampung Memali yang terletak di mukim Siong, Baling, Kedah berhampiran dengan sempadan Kedah-Thailand. Penduduknya keturunan Melayu. Sebahagian lagi mempunyai kaitan dengan Siam/Patani. Aktiviti ekonomi mereka ialah menoreh getah dan bersawah padi.

Baling merupakan sebuah daerah yang dikaitkan dengan pertemuan antara Tunku Abdul Rahman dengan Chin Peng dari Parti Komunis Malaya pada tahun 1955. Baling dikejutkan lagi pada tahun 1974 berikutan insiden kebuluran pada era Anwar Ibrahim menjadi pemimpin pelajar. Seterusnya Baling dikejutkan dengan Peristiwa Memali.

Kamis, 09 Desember 2010

paeds oh n yakin diri hmm..?

now at paeds, hosp. tepen'. whew, aku xkesah treat bebudak yang throwing tantrums, or medically compromised patients. well, thats my job.
satu, tension kene baca kad tebal sangat dengan tulisan pelbagai ( boleh tak kita maju sket gune laptop, key in patient details dalam laptop je?) . pastu kene tulis procedures and updates dlm kad, without any mistake duuh.
kesimpulannya sebenarnya ialah, kita kena 'klik' ngan boss.

ok pasal yakin diri. aku? susahnya. aku ada baca satu artikel, salah satu masalah kita tidak yakin diri ialah sebab kita saling berbelah bagi. oh thats really ME! aku sering berbelah bagi. kalo examine patients pun slalu tgk 2-3 kali tmpt sama psl berbelah bagi nk bagi diagnosis apa. KURANGKAN BERBELAH BAGI!
aku terasa macam nak buat je apa2 yang aku rasa bagus untuk aku lepas ni, tanpa rasa berbelah bagi, sebab kalau dah bagus, kenapa kau berbelah bagi kan?

obviously, the conclusion is, jom cari balik semangat yang hilang.
 
Copyright kejora tujuh warna 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .