Kamis, 13 Agustus 2009

badiuzzaman syed nursi dan risalah nur

Terlalu banyak yang saya dengar mengenai seorang tokoh dari Turki ini, jadi saya search and copy paste di sini.
From www.munawwarah.blogdrive.com/archive/126.html

Pembongkaran Pemikiran Said Nursi Badiuzzaman

Rasail al-Nur merupakan koleksi Risalah-risalah Cahaya oleh Mujaddid Bediuzzaman Said Nursi. Rasail al-Nur ditulis ketika Nursi di dalam buangan, di hutan belantara, di dalam penjara dan di celah-celah bukit bukau di Turki. Sebahagian besar Rasail al-Nur di tulis ketika Bediuzzaman Said Nursi dalam buangan di Barla. Penulisan Rasail al-Nur sangat unik kerana ia ditulis secara rahsia. Sewaktu kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah dan semasa pemerintahan Mustafa Kamal Atarturk.


Senarai buku dan Fakta Ringkas tentang Rasail al-Nur


1. Bahagian Pertama ini merupakan Rasail al-Nur dalam bentuk jilid. Terdapat dalam Bahasa Indonesia, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.

Bahasa Indonesia
1. Sinar yang Mengungkap Cahaya
2. Menjawab yang Tak Terjawab
3. Menikmati Takdir Langit
4. Said Nursi Pemikir dan Sufi Besar Abad 20

Bahasa Malaysia
1. Tawhid dan Tasbih
2. Mukjizat'ul Qur'an
3. Mukjizat'ul Qur'an - 2
4. Ana dan Zarah
5. B.S.NURSI (Sejarah Perjuangan & Pemikiran)
6. Risalah Pesakit
7. Misteri Gempa Bumi

from www.albazrah.blogspot.com

Risale-i Nur merupakan sebuah rantaian risalah yang ditulis oleh Bediuzzaman Said Nursi dan murid-muridnya selama lebih 50 tahun. Risale-i Nur ditujukan kepada manusia kontemporari yang sering diserang tunjang imannya.

Cabaran yang manusia kini hadapi sungguh luar biasa. Kalau ulama' dahulu seperti al-Ghazzali, Imam Rabbani al-Sirhindi, Sheikh Abdul Qadir al-Jilani dan ribuan ulama lagi tulisan-tulisan serta mau'izah mereka adalah untuk memperkukuhkan iman umat, mencantikkan dan mengindahkan lagi. Memperbaiki kekurangan dan sebagainya.

Tetapi cabaran yang Ustaz Nursi hadapi pada waktu penulisan Risale-i Nur adalah tunjang iman itu bukan setakat dicantas tetapi cuba dicabut dan dimusnahkan. Justeru di dalam Risale-i Nur kalau kita semua baca, hidangannya menyentuh aqal, hati dan juga terus menyentuh ruh.

Ketika hampir runtuhnya Khilafah Uthmaniyyah (Ottoman Empire), musuh-musuh Islam menyerang dari semua arah. Luar dan dalam. Luar; mereka menyerang dan menjajah. Mereka melagakan sesama Islam. Dalam; mereka memasukkan pelbagai keraguan kepada umat Islam tentang prinsip-prinsip dalam Islam. Umat Islam mulai ragu soal azab kubur dan kebangkitan semula di mahsyar, umat Islam menjadikan soal ibadat seperti solat, puasa, zakat, haji dan menutup aurat sebagai masalah peribadi, tak perlu diperbincangkan.

Manusia menjadi tamak dan halobakan dunia. Pembangunan demi pembangunan. Komodenan demi kemodenan. Aqal, hati dan ruh semakin jauh dan jauh dari ikatan agama. Agama ertinya jumud, taksub dan ketinggalan zaman. Kemajuan sains dan teknologi dikejar dan dikejar. Manusia tidak lagi perlukan tuhan. Manusia boleh berdiri sendiri dengan sains.

Di saat kegelisan dan kecamukan iman yang dahsyat ini, Ustaz Nursi menulis Risale-i Nur dibantu murid-muridnya (Tulab Nur), secara bersembunyi dan disebarkan juga secara sembunyi.

Risale-i Nur mengandungi sains dan tauhid, kehidupan dan tauhid, akhlak dan tauhid, falsafah dan tauhid, dan pelbagai ilmu moden yang bertunjangkan tauhid. Setiap perkara kecil dan besar, kehidupan dan perasaan, ilmu dan kesenian, suatu pun tidak pernah lari dari berakar tunjangkan nama-nama dan sifat-sifat Allah.

Semua perkara apabila diperhatikan dengan kaca mata tauhid, akan terus melihat hakikat Iman dan semakin teguh keyakinan kepada ALlah.

Tidak ada komentar:

 
Copyright kejora tujuh warna 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .