Rabu, 31 Desember 2008

silent is not an option

Silent is not an option at least for us, Muslims.
Jika 50 biji bom telah digugurkan di Palestin, maka 50 sel hati kita juga patut hancur kerana kita dan mereka seolah saudara, setiap apa yang terjadi pada mereka turut emmberi kesan pada diri kita. Kerana itu, membisu bukan satu daripada pilihan yang boleh dilakukan oleh mana-mana muslim sekalipun.

250 orang meninggal dunia, 700 lain cedera dan jumlah kematian mungkin meningkat ke angka 350. Ini adalah serangan paling teruk yang pernah berlaku. Saya tak dapat membayangkan betapa berapa sahaja penduduk Palestin yang tinggal memandangkan sebelum ini, angka penduduk Palestin sememangnya sedikit.

Saya resah memikirkan keadaan di Palestin yang penuh sekatan perubatan dan makanan, bagaimana mereka akan survive? Sedang saya di sini masih lagi merancang-rancang untuk melancong sedang duit penuh di poket. Kesal saya, maka rancangan itu dibatalkan saja. Saya tidak selesa. Sedang saya hanya beberapa jam sahaja, boleh tiba di Ghaza, dan dalam masa yang sama, saya tidak dapat berbuat apa-apa. Hakikat ini amat menyakitkan.

Semangnya Allah telah mentakdirkan mereka yang kekal di bumi Palestin adalah mereka yang tahan berjuang. Lontaran batu mereka umpama lontaran bom bagi zionis. Ini bukan psychology. Ini bukan sihir. Tapi ini kekuasaan Allah. Allah yang memegang hati manusia, mencampakkan rasa takut ke dalam hati para musuh Allah.

perjalanan penuh erti

Baru tadi, saya mendengar sebuah 'talk' oleh Dr SMS, angkasawan Negara. Saya memang macam ni, motivasi dalam dada mudah sangat melambung-lambung. Memang orang lahir bulan Mei ni tinggi motivasinya. Perasan pulak. Tapi saya tak tipu. Malah, jiwa saya terseksa kerana menahan rasa dalam diri yang terasa membuak-buak nak melakukan perkara yang baik itu. Mana tak seksa, motivasi dan keinginan yang ada tak seiringan dengan kemampuan yang ada.

Saya kenal diri sendiri. Hampir 21 tahun jasad dan ruh saya bersatu, Cuma berpisah beberapa jam sehari pada waktu tidur. Jasad dan ruh saling mengenali dan memahami. Saya tahu kemampuan diri saya. Kelemahan dan kelebihan. Dari dulu lagi, kemampuan sering menyekat keinginan. Di saat-saat begini, bukan mudah untuk saya cuba memujuk diri, bersyukurlah dengan apa yang kamu ada, dan gunakanlah sebaik mungkin apa yang kamu ada. Kerana, keinginan yang terlalu tinggi kadangkala membuatkan kita kufur nikmat, ingin memiliki sesuatu yang tidak ditakdirkan untuk kita. Kelebihan yang Allah kurniakan, belum lagi kita 'explore' sehabis baik, kita sudah mencari-cari sifat orang lain yang boleh dimuatkan dalam diri kita. Sampai satu tahap, boleh jadi rasa cemburu, dengki dan akhirnya menyalahkan takdir. AstaghfiruLLah.

Bagi saya, hidup di bumi umpama suatu perjalanan. Perjalanan yang penuh erti. Penuh makna. Penuh hikmah untuk kita cari. Kompleks. Perjalanan ini tak boleh dihuraikan dalam beberapa perkataan. Walau dalam satu lecture panjang yang diberi Dr SMS tadi. Lecture by him is about a perfect human being. He is also a person who struggle for perfection. Everybody is praising him. Jadikan dia sebagai model. Ya, dia memang layak. Tapi tak semua orang boleh jadi perfect sebegitu. Ingat, setiap kejadian dan penciptaan, buruk atau baik , ada hikmahnya. Jadi, tak semua perlu mengikut satu contoh sahaja.

Apa lagi aku nak merepek. Nak meluah perasaan sebenarnya, bukan pandai menulis pun.Nantila bebila sambung balik..

hadiah buat perjuangan mereka




Untuk suatu jihad paling panjang, dengan bilangan mujahid paling sedikit, bilangan musuh berganda-ganda, ini yang kumampu hadiahkan.

Untuk suatu perjuangan mempertahankan Islam dengan masjidil Aqsa sebagai satu daripada tiga masjid dalam Islam, mempertahankan negara dari sebuah kezaliman yang nyata, memerangi musuh Allah yang telah pun disebut dalam kitabuLLah, mereka serahkan jasad mereka demi perjuangan ini. Aku, dengan rendah diri dan hina seorang hamba yang lemah, menghadiahkan hadiah ini.

Ya Allah, sesungguhnya kami meletakkanMu di batang-batang leher musuh2 kami, dan kami berlindung denganMu daripada kejahatn2 mereka Ya ALlah, leburkanlah kumpulan mereka, pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka, goncangkan pendirian mereka dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka. Wahai Tuhan yang gagah perkasa, wahai Tuhan yang penuh raksasa wahai Tuhan yang murka. Ya Allah ya Allah ya Allah.

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, wahai Tuhan yang mengarakkan awan,wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab. Kalahkan mereka kalahkan mereka kalahkan mereka dan menagkan kami ke atas mereka.

Senin, 15 Desember 2008

bidadari tanjung




Bidadari diumpamakan sebagai wanita yang beriman, mulia dan suci. Mulianya wanita itu dengan teguhnya iman yang dipegang, dengan kurangnya cacat yang ada pada dirinya.

Wanita yang mulia tahu, mana satu maksiat, mana satu ibadat. Mengetahui tidak sama maksudnya dengan mengamalkan. Mengetahui tidak sempurna jika amalan tidak dilaksanakan sekaligus. Malah, amalan itu adalah bukti pengetahuan itu. Maka di sinilah kayu ukur teguhnya jiwa seorang bidadari jika dibandingkan dengan bukan bidadari.

Seorang bidadari sentiasa memastikan jaraknya cukup jauh dari bahana maksiat. Pertama, aurat. Lengan itu aurat, leher itu aurat, suara itu aurat. Maka terus sahaja jiwanya yang bencikan maksiat itu memakai ketip pergelangan tangan, memakai stongan, melabuhkan tudungnya seselesa mungkin, memilih kain yang diyakini tebal, merendahkan suara di mana berada agar auratnya bukan sahaja terjaga, malah selamat dari sebarang ketidaksengajaan yang boleh menjurus kepada maksiat. Itulah bidadari, mengetahui dan mengamalkan.

Begitu juga hati. Hati itu berperasaan, perasaan tidak ada bau dan warna. Bidadari selalu menjaga hatinya agar kasih kepada lelaki diserahkan pada yang hak. Bidadari selalu menyediakan jarak yang cukup jauh lagi selamat agar dirinya tidak jatuh hati pada sesiapa yang bukan sepatutnya. Menyedari setiap pintu kasihnya akan jatuh, maka terus mengelak, itu adalah suatu aplikasi terhadap ilmu yang diperolehinya. Hati tidak perlu goyah dengan seseorang yang bukan bernama suami. Hati tidak perlu sakit,rindu atau pecah disebabkan seseorang yang bukan jodohnya. Jalan seorang lelaki untuk ke pintu hati wanita hanyalah melalui ibu bapa. Itulah jalan yang tidak merosakkan perasaan seorang wanita yang nyata diperbuat dari kaca!

Jumat, 12 Desember 2008

Allah tahu siapa kamu

Iman bertambah dan berkurang. Manusia kadang-kadang juga berubah sikapnya, dulu dan sekarang. Ada perubahan yang tampak tatkala hidayah menyapa. Ada perubahan yang asalnya adalah kesan dari diri yang futur.

Bagaimana?

Hidayah Allah umpama cahaya misykah yang berlapis-lapis cahayanya. CAHAYA. Bagaimana mungkin kita dapat lari dari cahaya, secara logiknya. Itulah hidayah, selalu kena pada semua oran tanpa terkecuali. Lalu manusia pabila mendapat hidayah akan terasa anjakan dalam dirinya dan ingin berubah.

Berubah pada suatu jangka masa...dan akhirnya kadang-kadang kembali pada dirinya yang sebelum perubahan itu. Jiwanya sedikit lemah untuk mempertahankan hijrah yang telah dirinya lakukan. Kembali pada diri yang asal. Benarkah itu dirinya yang asal? Kenalkah diri ini pada ruh aku yang bukan aku yang jadikan pun?

Di sinilah tempatnya di mana seorang sahabat memberitahu bahawa, hati ini, Allah yang memilikinya. Berbolak-baliklah ia, namanya pun Qalb, 'yang berbolak-balik'. Tapi asalnya, Allah jua yang tahu. Kebijaksanaan Allah bukan kita untuk fahaminya, malah bukan kita untuk menafsirkan jenis kebijakan itu.

Maka, di sini aku berdoa, ya Allah, tunjuki aku, hatiku yang sebenar itu bagaimana? Diriku yang asal itu bagaimana? Sesungguhnya aku telah berusaha, namun hijrah selalu diiringi rasa terpaksa yang membuatkan aku berhenti. Adakah kerana futurku panjang, atau fasa hidayah menyapa itu yang lama?

Sabtu, 22 November 2008

i dont know

i dont know

Keadaan 'tidak tahu' tentang kebanyakan hukum agama dan buta dalam menilai hukum serta mengamalkannya adalah termasuk juga dalam kategori orang 'jahiliyah'. Dalam bahasa mudahnya, dah nama Islam, mestilah kena tahu hukum-hakam. Bukan ustaz/ustazah sahaja yang patut mengetahui ilmu agama, malah setiap individu yang mengaku Islam patut tahu. Jika tidak tahu, bagaimana harus kita melaksanakan arahan ini, 'udkhulu fissilmi kaffah'..masuklah ke dalam agama kamu secara keseluruhannya. Makan, tidur, bekerja, berpakaian, cara berfikir, cara berkomunikasi, berkawan, semuanya mestilah mengikut acuan Islam. Islamiklah sikit, kan kita ni orang Islam.

Maka sebenarnya orang jahiliyah bukan hanya wujud di zaman dahulu, di mana ibubapa membunuh anak sendiri, tapi kini, sama sahaja. Sungguh ramai umat Islam yang masih tidak melaksanakan tuntutan agama, dan juga tidak mengetahui sebahagian besar dari hukum agama. Usaha dan tanggungjawab menimba ilmu agama tidak terbeban pada bahu orang lain, diri sendiri yang patut mencarinya. Dah nama Islam kan.

Senin, 10 November 2008

rendah diri dengan ilmu

Menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar bidang sains atau lebih tepat lagi bidang perubatan,pergigian,farmasi dan yang seumpama dengannya, kita sering berasa superior terhadap orang lain di atas apa yang telah kita lalui, rasai dan ketahui. Padahal apa yang diketahui hanyalah kurang dari setitis ilmu Allah. Wajarkah begini?

Setiap kali berbicara mengenai ilmu yang baru sahaja diperolehi, sering hati kita berkata, 'hmmm, orang lain mana tahu benda ni. Kami yang susah-susah belajar sahaja yang tahu'. Kami ni payah belajar tau berbanding orang lain,...Kami busy la....and the list goes on...

Pentingnya bagi kita menjaga hati dari terbitnya sifat bangga diri, sentiasa rendah diri dengan ilmu yang ada demi menjaga keberkatan ilmu yang diperoleh. Kenapa perlu keberkatan ilmu? sebab ilmu yang kita ada bukanlah milik kita, tapi sebenarnya pinjaman dari ALlah.

Jadilah seperti resmi padi, semakin berisi semakin menunduk, bukannya seperti lalang.

Rabu, 05 November 2008

clinical year yang ceria

I'm almost everyday happy during clinical year! It is unbelievable for i thought its like busy-tired-study-all-day and etc~ As for me, everyday i learnt new things and none of'em are boring.



This is the jalan that i lalu everyday and about 15 minutes, i'll be there at markaz sihhi(health center) or to be exact, its dental teaching center(DTC).
Actually, my routine starts from after subuh, studying a bit, preparing for today's clinic whether its radio,prostho,paedo,ortho,surgey,perio or cons. Then at 845, rushing out to walk, heading for DTC. Saya suka jalan pagi-pagi a long that way sebab tak ramai orang,sejuk, and boleh baca mathurat/zikir sepanjang jalan tu. Kat rumah? Bila la nak berzikir waktu lapang ape jela saya buat.huu

Being a dental student is verry interesting. Doctors semuanya sangat best as they're young , not too old, about 30-40.But they already have Masters and PhD. Everyday, ada je doctors yang menggembirakan, sama ada lawak,kind,suka borak,...macam-macam ada and none of them that i dont like. Alhamdulillah. This is a blessing.

Hari ni, seurang duktur itu berkata 'leish...ta'al shuf...' kenapa ni...mari tengok orang tengah psg implant tu..katenye setelah melihat kami relax2 kt tepi tu(padahal tengah tunggu duktur kata, ok kamu boleh balik sebab dh habis dawam' Pastu adela seurang kawan kami bgtau duktur, muhadharah(lecture) kul 1230, sekarang kul 12. Duktur kate, apahalnya, sekarang kul 12....30 minit lg. Then saya pun mencelah 'biddi usolli'...aku nak solat. Then duktur kate,...semalam kamu solat tak? ..Solat...buat kamu nak solat hari ni, kamu dh solat semalam...Wahaha...dia buat lawak lagi si duktur gila-gila ni..Then, as membalas lawaknya itu, aku pun...'can i apply that for lectures?'..yeahuu..he said that...noo...haha..we all laughed loudly and happily as i felt like winning.ngaa..then after 5 minutes he said, nur, you can go usolli. Then i said tq duktur. Hmm..

Bagi aku, everyday pun sangat membahagiakan. Just now i extracted lower left six. A phillipines woman. And i saw Master student doing implants.. Lets see some pictures if i have any.


I used these teeth to make complete denture for my 'ammu.

Balik dari clinic, went to farabi for lectures then happily balik ramai-ramai shopping for notes at maktabah fajr then kalau ada masa lebih lepaking at any restaurant. Moqbel would be the best mat'am and chicking is the second.=)

Balik then petang-petang i'll singgah kat rumah jiran yang punya anak comel+bising. They are called budak sobayy' . See them :

Kamis, 23 Oktober 2008

heyday

assalamualaikum wbt

it has been quite long since my last post.its a week ago.

Cerita-ing the whole week i've gone through...hm, lets start with fisrt clinic, which is..

Radiology

The current went out, we went back home. Hey!

Prosthodontics

My patient came at 1030 coz i thought there'll be patient for my partner who share the unit with me, but unfortunately there's not. So then, with Mr KS, which i called im 3mmu, the best patient ever, we did lower jaw registratio. it goes like this : check does the lower and upper block occlude correctly (touch each other), then trim if there's excess until they occlude correct ; mark incisal and canine line ; register his RCP(rest centric position) which is his centric relation, by asking the patient to close/open his mouth while we put thumb and index at sides of his mouth. Seal that relation between upper and lower ; send that block to lab!

And the lab procedures was setting teeth and THAT was horrible, its like overtime working.no money paid except if u done with ikhlas, pahala awaits.

Paediatric Dentistry

comella ape lagi. Jumpa this 11 years old boy who had malocclusion and that cause trauma to his anteriors.

Perlu buat fluoride gel application. For surface caries, treatment is PRR, while teeth 4,5,6 without surface caries, do fissure sealant. Fill in diet sheet and write oral hygiene Instruction for the patient.

Surgery

Secara kasarnya, i didnt do anything , just see....coz i had done almost everything required. Bagi peluang kt org len..

Conservative Dentistry

Did replacing of temporary fillinf, restored with composite. Need more patients pleasee!

Baru-baru ni rasa kosong tetiba, call rmh then ok pulak. Alhamdulillah. Ye la, family tie kena jaga wherever u r.

so now, c ya bloggie!

Senin, 13 Oktober 2008

4th appointment - complete denture

assalamualaikum

Hari ni saya perlu buat jaw registration. Pakaikan record blocks yang dah dibuat bersama technician sebelum ni pada patient, dan sesuaikan beberapa aspek mengikut urutan :

(maxillary)
1) labial fullnes. Sentuh dengan jari pada bahagian flanges (dari luar mulut patient), dan lihat dari luar....wax/acrylic pada bahagian luar terlebih atau kurang. Trim sampai sesuai. Kadang-kadang kita perlu buang terus bahagian labial . Its okay, sebab actually pada lingual/fitting surface between plate and cast ada space yang terbentuk lepas kita letak wax for block out...so space ini akan bertukar jadi acrylic masa last procedure untuk membentuk denture nanti.

2) cek ala-tragus line using fox plane. Tengok sama ada plane tak parallel dengan fox plane. Betulkan dengan mencairkan wax. Masa guna hot plate, pastikan menyentuh semua bahagian wax pada plane, sebab nak bagi wujud plane kat situ.

Kadang-kadang, fox plane rosak. Kita tengok muka patient dah ok, tapi bila guna fox plane jadi tak ok. So leave it. kalau patient ada old denture, amik denture tu dan compare.

Guna fox plane untuk cek - betul-betul hadapan patient, kiri dan kanan.

3) Vertical dimension. Tandakan point pada nose, tandakan juga pada satu pembaris/tongue depressor. Minta patient relax, tandakan pada chin pula(dan pembaris). This is vertical dimension at rest (VDR).

VDR-VDO = Freeway space, about 2-4mm.

So tanda siap-siap 3mm(average), the estimated VDO, then cek lagi pada patient.

Visibility of upper denture juga kena tengok. For old patient, about1-1.5 mm is visible.
19-20 years old, about 3-5 mm is visible.

4) Check lower record block. Height should be at the level of 2/3rd of RMP. Check juga kalau posterior border of record block hit the upper one, so should trim if there's any.

5) Mark incisal line (middle of face, not middle of nose) and canine line ( distal of canine is at angle of mouth, while cusp tip of canine is marked from line connecting middle to ala of nose).

6) Pilih mold (bentuk gigi) and shades yang patient nak dan sesuai untuk dia.

Let the technician to do setting of teeth and mounting.

Next, leh buat appointment baru!!!

Tapi tadi, saya tak habis pun. Biasalah, first time buat denture, macam-macam perlu belajar. Nasihat untuk diri sendiri, pandai-pandai cari assistant. A good assistant is :

- seseorang yang mendengar kata
- cepat melaksanakan tugas mengambil barang dan kerja-kerja membantu(hence, assistant the name)
- tidak membuat sesuatu yang dentist tidak suruh
- tidak cuba mengambil kesempatan terhadap patient (the patient is for the dentist, not assistant)
- tidak berlagak seperti dentist (bagi isntruction pulak dia)
- mempercepat kerja dentist.

so, hati-hati ya!

Rabu, 08 Oktober 2008

first pedo clinic and first extraction

yesterday i had paedodontics clinic.
Mula-mula tak dapat patient, so we decided to ask our arab friend, Madiha to translate the form for paediatric clinic. Jom blaja arab :
كم طولك؟
كم وزنك؟
من معك؟
ليش ما حدا جي معك؟

متى بدا
قوة الألم
تأخذ أدوية بالعادة
أخذت أدوية موءخرا
أشيأ تقوى الألم أو تخفف (تقلل)

كيف كان طباع مرة ماضية بالعيادة؟ كان يبكي أو عادي؟

عندك حشوات؟
كم مرة تفرش أسنانك باليوم؟
اسمك دل
شو مادة مادة أنت تحب أكثر؟
تلبيسة
بالدار

Berapa tinggi kamu?
berapa berat kamu?
Who accompanied you?
(.. ma hada jay ma'ak) Why there's nobody come with you?
When does it started?
Severity
Do you take medication regularly?
Did you take medication recently?
Apa aggravating and relieving factors?

Apa perangai sebelum ni di klinik? Menangis ke, biasa je.

Ada restoration ke?
Berapa kali gosok gigi sehari?
your nickname?
Subjek apa paling suka?
Crown
(Biddar) Di rumah. Jordanian sebut camni. (sama je maksud ngan bil bayt)


Really interesting, blaja bahasa arab 3ammi ni, pasal kita terus praktis lepas tu.
My first paediatrics patient is a 13 years old boy. He doesnt own a tooth brush and we had to teach him how to brush and all that. He is from a poor family, and i feel lucky to get a case like this.
Bukan senang kita nak jumpa dengan kepelbagaian jenis manusia. Tahts why sy suka amik kos medical/dental yang deal dengan manusia. Kita akan lebih dekat dengan chance untuk membantu banyak orang. Kita akan lebih dekat dengan orang susah dan peluang membuat kebaikan itu lebih banyak, di samping perspektif masyarakat yang selalunya akan dengar cakap doktor. Betul tak?

Budak ni, ada cam problem family. He smoke.Heavily. Although baru form 1 kalau kat msia. Well, dia still bagi good co operation, dan wajah dia bagi saya, innocent. Siap risau-risau lagi lama sangat ayah dia tunggu.

Kat luar lepas habis, budak tu kena marah sikit ngan ayah dia. I just stood behind him, hoping that i can do something, and tell the father that we are suppose to be scolded, not the kid bcoz we worked too slowly. (apa nak buat, first time buat fissure sealant kan)

Next time, i really wanna be a kindhearted dentist, dan nak menyelamatkan keadaan-keadaan yang zalim seperti tadi.

Fissure sealant : senang je..1) moisture control 2) acid etch, leave 20 second 3) wash with air and water 4) moisture control again, suction. 5) apply fissure sealant, cure for 20-60 seconds 6) check with articulating paper....if there's bluish spot marked on that teeth, trim it with white stone bur.

lagi bahasa arab : tedrusi kathir 3ashan lamma tekbari, siri duktur. (belajar banyak2 supaya besar nanti leh jadi doktor!)
Pedo clinic sangat bahagia pasal kerja senang, pstu leh main ngan budak2. eeiii...comel banget!

Today, surgery clinic

Saya jadi assistant for history taking. Then saya buat extraction. Oh fuhh..

This case, there's remaining root after broken crown. Remaining root sangat menakutkan sebab takde root mass utnuk grasp, dan fracture akan lebih tinggi possibility. And THAT what's happen just now. scary!

Belaja arab jap:

Jordanian panggil Paracetamol as Revenin.

First is detachment. That Majister Duktur did almost everything as it is my first case. kerja robek-merobek pun bermula. Masa nak cek dah bius ke tak, doc tu just cucuk gingiva with probe yang tajam. Ei, rosak anak orang! hehe...but u know, kita yang terlalu sensitif, padahal patient tak rasa apa, and the healing process will be like 5 minutes mayb. So start detachment, guna tweezer. Masuk dalam sedalam yang mungkin, sampai boleh agak-agak forccep for remaining root bleh masuk and grasp the root. Palatally pun buat gak. Sangat perlu berani dan campak rasa takut patient, pasal kalau takut, tak tercabut ar gigi tu.

Pastu dah grasp, rotate that root. Then move buccally and palatally, masa ni lah saya ter tarik gigi tu.....fractured root! Adess...

And the rest is done by that doc. Ada sampai satu ketika, tweezer tu masuk sampai gingiva tu timbul-timbul pasal tweezer kat dalam. Ngeri!
Lagi satu prob yang menyebabkan susah sangat root nak kuar is ankylosis. Sebab tu lama, tapi akhirnya kluar gak ar.
Support mesti ada guna tangan yang lagi satu, pada alveolar bone. Masa usaha mencabut gigi tu, the bone around the root memang membesar sebab kita dah expand that bone.

Pengalaman lagi satu ialah tengok anxious paediatric patient yang nak cabut gigi. Psychology sangatla penting pasal kids takut dentist okay. Kalau dia takut ngan kita, panggil big boss(kononya)...contohnya rakan dentist yang agak besar badan dia ke...baru budak takut. Lagi, biar dia main-main ngan instruments yang ada. Jangan bagi budak tengok darah, diorang takut!

Next is, kena baca buku laaa! Especially surgery, rasa cam persoalan mamin banyak bertambah-tambah kat kepala bila dah buat praktikal nih...
Jom study!


Senin, 06 Oktober 2008

half a smile - second attempt border molding

hari ni sambung border molding. Dah boleh senyum sket sebab kat rumah dah practice tangan kawal sticky wax. (very the sticky!)

so sebenarnya green stick/sticky wax tak boleh dipegang guna tangan/glove/apa-apa yang kering sebab akan melekat. especially the gloves that you are wearing. Susah nanti kalau terlekat. Air perlu warm, supaya sticky wax tak cepat keras, but at the same time boleh buat masuk dalam mulut patient without burning his gingiva.

So sebenarnya the key is, tenang. Tenang saja dalam mengawal sticky wax.

Kemudian, border mold using your hands, pull the patient's cheek, lips and muscle gently dan biarkan muscle dan segalanya dalam keadaan normal. Ask the patient to relax.

For lingual side (lower) : protrude tongue, move sideways.
RMP (for recording massetric notch) at lower : open and close mouth, also close mouth while preesing the denture at RMP (closing under pressure)

To record coronoid process, (upper) : move mandible sideways
Buccal frenum : move cheek anterior and posterior

lepas dah buat kat semua site ikut Boucher's sequence, panaskan semua green wax yang dah di border mold kan untuk last touch up. Masukkan lagi sekali kat patient's mouth. Pastikan semua sticky wax kat tray tu smooth, dan record aspect penting : massetric notch, frenum etc.

Kalau ada bahagian yang not smooth, mesti salah, so ulang balik by panaskan the wax and masukkkan dlm air then masuk dalam mulut patient.

Fuuh, siap pun border molding.
next is preparing for secondary impression.
Zinc oxide eugenol. Campurkan zinc oxide and eugenol , satu line setiap satu. Gaul cepat2, then letak kat tray. Masukkan tray dalam patient's mouth dan border mold patient's tissue and muscle macam sebelum ni. Kita tak mahu ada zinc oxide kat bahagian green stick. (sebab kita dah buat seal yang betul sebelum ni). Jadi, tekan betul-betul tray supaya lebihan zinc oxide akan keluar dari tray, tidak duduk di bahagian green stick.

(sebelum ni, masa da habis border molding with green stick, tray patut stay kat mulut bila dibiarkan , dan tidak jatuh bila ditekan kat handle)

Thats all, next is jaw registration. (but before that, kena buat..bite block?-- yang tak perlukan patient.. study dulu!)

Senin, 29 September 2008

border molding-will love doing it soon

Border molding is a part of the procedures of making a denture. It is done before taking the secondary impression, which is a critical part because we are going to do this with the least error, and should record everything which is required. Oh my~

A denture.
Gigi palsu. Dalam prosthodontics, kita sedang membuat balik sesuatu yang telah ALlah ciptakan sebelum ini. Simply gigi dan gusinya. Betapa complex penciptaan gigi dan gusi jangan sesekali kita remehkan. Buktinya, sehingga wujud satu cabang dalam bidang Dentistry, which is Prosthodontics yang hanya membicarakan mengenai pembuatan gigi dan gusi baru. Palsu punya. Dan, cabang ini adalah yang paling susah setakat ini. Paling remeh, need skills and long time. At least 10 appointments is needed to a complete a denture.

Primary impression - done
border molding for 2ndry impression - half done

Border Molding
Skill dan kesabaran adalah amat diperlukan. First time buat, memang banyak error. Otak hanya satu, mana nak fikir kedudukan tangan, mana nak fikir patient, mana nak fikir doktor, mana nak fikir assistant, friends etc. Orang yang buat kerja tu sahaja yang tahu . Orang yang hanya tengok memang akan merasakan, 'ish budak ni banyak betul salah. Salah la...buat macam ni la...'.
Boleh je time tu cakap, nah, buat, ganti tempat saya, saya arahkan awak. Boley?
Yes, i appreciate the help from others tapi cuba be patient dan hormati saya.
I'm removing sticky wax from the tray, only shuway bass...tetiba datang sorang ni cakap u dont have to remove it all...(dalam hati, eh, baru sikit aku remove, of course aku tahu xyah remove all). Pastu datang lagi sorang cakap benda yang sama. Aduhai hati, sabarlah....rasa nak menjerit je kat situ, and say leave me alone. Tapi nanti kang sorang-sorang susah gak takde assistant.

Saya plak dah ditegur dua kali oleh patient yang berlainan, 'u dont have to be afraid'. sorang lagi kata,'i have a lot of time, dont be to rushing'. Nah, saya tahu yang wajah saya menggambarkan stress yang amat. Satu, sebab otak saya tengah process, apa yang doc ckp, dan apa yang perlu dibuat etc. Dua, sebab memang stress pun!

Baru ni dapat perli free ngan seseorang. Saya tak tolerate perlian orang, lagi-lagi kalau perli tu salah tempat,salah sasaran. Kalau perli orang memang pemalas, thats verrry okay. Me? I dont accept myself being labelled as pemalas. I read books, i studied. And i dah penat menafikan bila orang cakap i rajin. so, 'label pemalas' memang boleh buang jauh dari aku, walau aku tahu aku bukan cemerlang. Bijak? yang memerli tu tentu bijak cemerlang gemilang, jom ramai-ramai tonton kerja dia bila dapat patient nanti. Buktikan la ye!

Now i have to study beberapa subjek yang berkaitan. (namun langsung tidak terkesan dengan perlian yang tersasar itu)

p/s : hari ini agak teruk sebab kad ATM kena telan, seb baik dapat balik on that time, pastu JD100 lesap ditelan bank yang konon-konon dah tutup lepas tu. What? Hati ni cuba untuk redha demi Aidilfitri yang bakal menjelang, dan kekangan masa yang menuntutku pergi ke dental teaching center (broken tray okay! sheesh)

Sabtu, 27 September 2008

hari ini

hari ini
raya datang lagi
sekeping hati secebis rasa
hati itu tahu
menyemai gembira di tepian pantai rasa
kerna ini
adalah kemenangan
buat muslim yang berjaya
menghadiahkan puasa buat Rabb
Tapi secebis rasa itu
walau sekelumit
namun tetap menggigit penjuru hati
lompongnya aidilfitri ini
tanpa keluarga
hati itu membasuh bekas rasa itu
agar sembuh rindu nan berat
yang kian membebanni jasad hati
keluargaku sinar hatiku
doakan daku di sini
ditemani taqwa dan sabar
tunggu kepulanganku
di aidilfitri akan datang
moga hilang sepi ini
sepi sang perantau

Kamis, 25 September 2008

cons clinic

today i made class v restoration for right lower 4.

Alhamdulillah, assistant, friends, doctors and instructors are all helpful.

Few words i got today :

awak ada masalah untuk bernafas? عندك مشاكل بالتنافس؟
awak merokok ? (biddakhkhan?) بدخن؟
pernah masuk hospital? دخلت مستشفى بالمرة؟
blood transfusion نقل دم

Being a clinical student at oversea, all you need to success are work hard and sharing. Apa sahaja yang awak dapat, beneficial to our studies, kenala share. Jangan simpan dalam hati, aku susah-susah dapat, aku taknak kongsi ngan orang lain. Biar aku lebih dari orang lain. Macamlah orang lain tak pernah bantu kita? Thats a point that we should think of. Sentiasa ingat jasa orang lain dan lupakan jasa sendiri. Mengapa? Sebab memang manusia tend to lebih mengingati apa yang diri sendiri buat berbanding apa yang orang lain buat. Get it? Jadi berkongsilah...ALlah Maha adil, segala kebaikan, akan anda dapat jua balasannya. Mudah anda buat clinical years...siapa tahu, mungkin itu balasan Allah?

Being a student who also work, i mean dental student yang ada patient yang dia perlu treat tanpa error, deal dengan doctors yang busy and mungkin tak cukup, denta hygienist, friends and instruments yang mungkin meragam pada waktu bekerja. Ini semua adalah benda-benda yang perlu kita jaga. Calm, sabar dan bijak itu perlu. Berbudi bahasa dengan kawan, dan assistant yang ada. Bijak ketika menjawab pertanyaan doc. Hormat dental hygienist, and they will give the best to you. kerjasama dengan kita. We need them.

Rabu, 24 September 2008

tooth extraction

Surgery's first clinic.
Dengan mindset yang kata, today just tengok doc buat tooth extraction, and we're not gonna do anything(thats what they said).

Then datanglah surgery clinic dangan perasaan kosong, biasa saja. Lepas kena torture sket ngan Dr M the surgeon, tiba-tiba..namaku dipanggil. Haza malaf lilmaridh. Call him when you've read his case. WHAT? I am not ready. Mentally. and probably physically. But then kawan-kawan dof3a gave support, we'll help you. You're lucky to have patient...go on...i was like..OK!

His case, 3 teeth to be extracted, fractured teeth.(inkasara). And two of them is wisdoms, oh my. Im really not going to extract that, please.

Then, i did my history taking, and waiting for the surgeon to present my case. There's a doctor, mayb master student who helped me with this case.

Two things i'd learnt today :

1) be calm at work. (kena baca buku calm at work by Paul Wilson yang hari tu beli kt bookfair. Belum kije lagi dah kena baca. aiyya. Ingatkn nak simpan sampai kija nanti baru bace.) Seriously, in clinical years, you're actually working already. Sebab dah deal ngan patient. You must be like taknak cederakan patient. Taknak do mistakes kt patient, sebab you expect the same if you yg jadi patient, right? Then we tend to do things perfectly, lambatly and you'll get nervous when there's doctors who'll tell that u do wrong, who'll scold you, and friends that are not very helping..
After all, kita just perlu tenang. Just stay calm although you tengah menghadapi saat genting kena tengking or case yang gila serius or kawan backstabbing. Tapi setakat ni mostly friends are really helpful.

2) Be loyal dan jangan rampas spotlight kawan. Thats what we'll see in clinical years. We are not going to get marks macam online exam where we do exams invidually. In clinical years, segala kerja kita perlukan kerjasama orang lain. Bila doc tanya orang lain, jangan jawab jika doc tak suruh sebab kita akan menyebabkan kawan itu nampak kurang bijak, kurang menyerlah dan segala yang kurang. Tak baik kan? Jangan ambil kesempatan if nampak macam orang lain kurang di satu-satu bahagian, tapi tolong dia. Hormati hak dia, dan jangan pentingkan periuk nasi sendiri sahaja. Selalunya orang Melayu tak pentingkan apa Arab buat, tapi kalau dah nampak terang-terang dia ambil kesempatan, perlulah kita ambil tindakan.

Case tadi agak serius. saya plak nampak cuak sebab not ready. Ada sorang student arab ni offer diri untuk bantu saya. Yes, i appreciate your help. Tapi rupanya dia nak ambil peluang supaya dia dapat ambil case tu, then masuk periuk nasi dia! what? Then dia plak yang isi segala rekod patient, then didnt terangkan kat saya apa dia buat. Hmm...yang terima akibatnya mestilah saya kan. So this is not appropriate. Hormatlah orang, pentingkan hak orang dan perhatikan hak kita. Allah itu Maha Adil, ingat itu selalu.

This case ends up with me taking history, two students did gingival detachment, and two students did teth extraction. One of the tooth, fractured crown. No crown to grasp, only root. Haiyala..
i know, this surgeon tak ikut the format. Kan nama saya yang di rekod as the doctor, tapi 6 students did that at the same time. how? hopefully, marks dapat baik2 aja.

Ok, need to read 'calm at work', and need to be ready for anything i gonna do next. And will never persiakan my chance, will be aware of anybody yang nak ambil kesempatan.

Ok then, may Allah give the best to all of us. Allahumma ballighna Ramadhan.

Senin, 22 September 2008

Blogger Templates

Blogger Templates

first experience

Good day, lucky, haus!

75 yo male, came for a new denture because the previous denture no longer can be used.
He brought also the previous denture..bukan satu, tp dua! how cute! eheh..
Tengok previous denture dia, doc kate memang need a new one. Sebab acrylic dah haus, mayb the patient use sandpaper to make the denture fit his mouth. The sulcus juga dah rendah sangat, cannot gain retention anymore i think. Really need new denture.So there goes..me the dentist.

This patient is super co-operative, mayb bcoz he had experiences before. dah 2 denture dia, memang dah biasa da tu.

The first thing, extraoral examination. Oh my, lambat betulla student 4th y ni buat, almost 1 hour ok untuk Hx + EO + IO examination! Ye la, 1st patient, what can i do? kalau cepat-cepat kang salah. Dengan masalah lupa la, kalimaat arab yang ciput je dalam kepala, dengan students lain ada kat tepi, ada sedikit nervous la juga. Students kt tepi semua helpful. thanx~

OK, ni dia Qamus al-Arabiy for today :

سحب دم / تعطي دم ؟ Terima atau derma darah
Sisem cardio-respiratoryجهاز تنافسي
GI هضمي
renal ج. البول
diabetes melitusسكري
allergic of anythingتحسس من أي شيء ؟

(my ptn ada amik hypertnsve drugs) bawa ubat tu lain kali ya بجي معاك دوأ مرة جي
merokok ke تدخن؟
saya akan examine kamu راح أفحص
gerakkan lidah ke kanan,kiri,atas bawah حرك لسانك ال اليمين شمال فوق و تحت
buka atau tutup mulut افتح / سكر فامك


شفاك مرة جي jumpa lagi lain kali

lepas exmntn, case presentation to doc. okay la. Then doc terangkan banyak juga, hopefully masuk telinga kanan and stay kt otak. Doc terlalu professional utk saye yg tgh 1st experience cmpur otak tgh ligat ingat balik apa yg dah blaja. Terlalu banyak untuk didengar at one time. Tapi insyaAllah ingat la juga.

Try out the trays, dan senangnya la nk dapat yang the best fit him.

Next is taking the lower impression. Use unperforated tray becoz im using compound material. As for alginate, we need perforated tray for retention. I used compound material as the patient is edentulous, and there's no undercut. Need very hot water, prepared by the helpful assistant, rendam compound plate dlm tu sampai lembut boleh main2 buat doh, gulung jadi panjang then letak the smooth surface at outside, of the tray. The assistant did almost all the procedures for me, mungkin sebab saya yang suruh and nampak cam taktau sangat. uhu..cuak sebenarnya.dan taknak buat silap.

The lower impression banyak silap. Ada pessure point, thats why ptn complaint sakit masa impression taking, rupanya tray kena sulcus dia. ouch, sorry ammu. Pastu impression tak sampai RMP. Kena tambah utility wax, then take impression again kat tempat tu.

Next, Upper. just okay. Alhamdulillah. No gag reflex, thanx dear patient.

maw'eed thani usbu3 jayy nafsu sa'ah.

syukran ammu 4 ur co-operation! and thanx to assistant ku yang cekap serta dalya the translator. Dan instructor serta doc baik dan kawan-kawan yang lain.

next task - khatam balik lectures complete denture mase sem1 thn lepas.

Selasa, 09 September 2008

child development

Laura E. berk is Professor of Psychology at Illinois State University, where she has taught child development for nearly two decades.

The field of child development poses many questions about children that u may have wondered yourself:

- Can infants 'make sense' of their complex perceptual at birth? What do they already understand about their surroundings, and what must they learn over time?
- Is it harder or easier for young children to learn a second language than it is for older children and adults?

Check out the answers in this book:
title : Child Development
author : Laura E. berk

Selasa, 17 Juni 2008

suatu pilihan

Jika melakukan kebajikan adalah suatu pilihan,
Maka syurga juga adalah suatu pilihan,
neraka juga adalah suatu pilihan,

Jika aku memilih untuk tidak membuat kebajikan,
adakah sama ertinya aku tidak memilih untuk memasuki syurga?

Jika aku memilih jalan dosa,
maka adakah itu adalah pilihan untuk neraka?

Setiap kebajikan yang dilakukan akan dihisab.
Setiap kejahatan yang dilakukan juga akan dihisab.

Hidup ini adalah suatu pilihan,
yang menuntut diri untuk berfikir menentukan,
Baikkah atau burukkah,
Tanpa melupai taqdir dari Yang Maha Esa.

Sabtu, 14 Juni 2008

nota kepada diri

'nota kepada diri' ialah sebuah buku karangan TGNA yang memuatkan subtopic pelbagai peringatan berkenaan pelbagai perkara dalam kehidupan. Definitely 'notes' / 'nota'.

Air Mata

Terdapat pelbagai jenis air mata yang dialirkan oleh manusia dari 'lacrimal gland' mereka. Jika dilihat secara kasar, air mata itu sama sahaja. Jernih, dan rupanya seperti air.

Tapi hakikatnya hukum air mata yang dialirkan itu tidak sama. Ada air mata yang mendapat pahala, dan ada juga yang tidak berharga langsung di sisi Allah.

Sesetengah manusia mengalirkan manusia dengan tujuan lakonan semata-mata dan mendapat publisiti. Dengan harapan agar lakonannya menjadi, dan memukau penonton lalu mendapat bayaran yang lumayan. Ada juga yang menangis untuk menipu. Air mata ini langsung tidak berharga dan sia-sia sahaja.

Manakala air mata yang mendapat tempat di sisi Tuhan adalah air mata seorang hamba yang mengalir mengenangkan dosa-dosa dirinya, bangun di tengah malam dan memperuntukkan dirinya semata-mata buat ALlah, meminta diampuni dosa-dosanya.

Zakat - diseterika dengan besi panas

Apa yang nak diceritakan di sini ialah berkenaan orang yang tidak mahu menunaikan zakat, lalu muka, lambung(rusuk) dan belakang mereka pun diseterika dengan besi panas dari neraka kerana keengganan mereka.

Mari perhatikan sebuah hadith oleh Ibn Umar RA, riwayat Muslim :

Tidak ada seorang pun yang memiliki emas dan perak (harta) yang tidak menunaikan zakatnya melainkan di akhirat kelak, emas dan perak itu akan ditukarkan kepada lopgam panas di neraka. Logam panas itu akan menyeterika muka, lambung(rusuk) dan belakang mereka.

Mengapa pula dimulakan dengan seterika di muka, lambung dan belakang?
Ini digambarkan dengan keadaan orang yang bakhil, apabila didatangi orang yang mahu meminta pertolongan, mereka akan berpaling. Perbuatan berpaling bermula dengan memalingkan muka, memalingkan bahagian lambung dan kemudian bahagian belakang. Semua bahagian tubuh badan yang bakhil dan kejam ini akhirnya diseterika dengan logam panas sebelum dicampakkan ke kawah api neraka.

Wal 'iyaz biLLah.

Kamis, 10 April 2008

jeritanmanusiaterluka

Perang Chechnya

Perang Chechnya berlaku sebanyak dua kali .

PERANG CHECHNYA 1
Berlaku pada 1994-1996. Peperangan ini berlaku di antara Russia dan Chechnya yyang akhirnya membawa kepada merdekanya sebuah Negara Chechnya daripada kuasa Rusia.

Sejarahnya bermula sejak zaman Negara Soviet Union lagi. Ketika itu, Soviet Union mempunyai daerah-daerah kecil yang penduduknya diberi hak tertentu untuk daerah mereka. Kemudian setelah Soviet Union berpecah, muncullah Negara Rusia yang juga mempunyai beberapa daerah kecil yang dahulu tetapi masih dibawah kuasa yang sama. Rusia ketika ini membawa 70% identity Soviet Union. Melalui Perjanjian Federasi yang dicadangkan Presiden Yeltsin, setiap daerah diberi hak khusus (tetapi tidak sepenuhnya merdeka).SEmua daerah kecil ini menandatangani perjanjian itu kecuali daerah Tartasan dan Chechnya. Mereka menginginkan kemerdekaan total, disebabkan kekukuhan daerah mereka yang memang sudah boleh menjadi sebuah Negara merdeka dari Rusia.

Setelah beberapa tekanan, daerah Tartasan menandatangani perjanjian tersebut dan tinggallah Chechnya yang belum tandatangan. Keengganan Chechnya menyebabkan tercetusnya peperangan antara tentera Rusia dan Chechnya sendiri.

Peperangan ini berlarutan selama 2 tahun. Dalam peperangan ini yang melibatkan tentera Rusia yang jauh berlipat kali ganda berbanding tentera Chechnya, namun bilangan tentera Rusia yang mati adalah lebih banyak.

Kegagalan Rusia mengalahkan Chechnya menyebabkan mereka mengambil keputusan berundur dan menghentikan serangan.

Pada 1996, peperangan berhenti dan membawa kepada bebasnya Chechnya. Presiden Chechnya, Maskhadev menubuhkan The Islamic Republic of Ichkeria)

PERANG CHECHNYA 11
Pada 1999, Rusia memulakan kembali serangan kerana mahukan daerah Chechnya kembali ke Rusia dan peperangan ini berlarutan hingga ke hari ini.

Beberapa tokoh Chechnya

Shamil Basayev (syahid, menteri pertahanan Chechnya dan dianugerah pingat)
Salman Raduyev
Ibnu al-Khattab (juga terlibat dalam perang Afghanistan)

Islam di Chechnya

Di seluruh Rusia termasuk daerah kecilnya, umat Islam berjumlah 21-28 juta iaitu 15-20% penduduk Rusia bersama daerah kecil tadi. Terdapat pelbagai etnik dan agama di Rusia dan Islam adalah etnik minority yang paling prominent atau `besar` di antara etnik2 kecil tersebut.
Umat Islam Rusia tinggal di kawasan antara Laut Hitam dan laut Kaspia, seperti Adyghe-Balkar-Ingush-Dagestann-Chechnya. Kebanyakannya adalah kaum Tartar.

Islam dating bermula di Utara Caucasus kemudian ke Chechnya dan ke Dagestan. Kaum pertama yang memeluk Islam ialah Dagestan dan negeri Islam pertama ialah Volga Bulgaria. (bukanlah Chechnya yang pertama)
Chechnya dalah sebuah kawasan kampong yang banyak berpegang kepada tradisi. Mereka mengamalkan tradisi hormat-menghormati dan unsure pelajaran berkaitan moral.

Ketika Islam datang, ajaran Islam telah dicampur adukkan dengan tradisi mereka dan menyebabkan mereka lebih terpengaruh kepada ajaran sufi yang memang sesuai dengan tradisi mereka. Sebab itulah majority muslim di Chechnya berfahaman sufi atau Tariqat. Terdapat dua golongan, iaitu Naqsyabandiyah dan Qadiriyah.

Ada sumber yang mengatakan bahawa orang Chechnya ini memiliki tahap ilmu yang rendah, dan ilmu Islam juga masih rendah terutama wanita. Sebab itulah wujudnya gerakan Black widow atau janda hitam yang bertindak meletupkan diri sendiri di sekolah-sekolah Rusia demi membalas dendam terhadap ke`janda`an mereka kerana kematian suami akibat peperangan.

Orang Chechnya juga dikatakan adalah orang-orang yang mahir menunggang kuda, pandai berperang dalam hutan dan kawasan gunung-ganang, mahir menembak dan berani. Sebab itulah Rusia memang tak dapat kalahkan lagi Chechnya hingga hari ini.

Selasa, 18 Maret 2008

Mara menuju Uhud

Perang Uhud

Salah satu perang besar yang berlaku dalam sejarah indah namun perit umat Islam terdahulu, Perang Uhud.Berlaku pada tahun ke 3 hijrah, selepas perang badar al-Kubra yang berlaku pada tahun ke 2 hijrah.

Orang Musyrik Mekah menyimpan dendam yang tinggi selepas kekalahan dalam perang Badar, lalu dendam itu dikumpul dan diluahkan dalam Perang Uhud ini. Diceritakan bagaimana berlakunya pelaguan syair2 mengajak orang Musyrik keluar berperang dan untuk menaikkan semangat kabilah-kabilah arab di Mekah. Akhirnya mereka berjaya mengumpulkan sebanyak 3000 orang tentera beserta unta dan kuda. Wanita juga turut serta dalam ekspedisi perang tersebut sebagai pemberi semangat terhadap tentera mereka. Mereka lalu bergerak ke Bukit Uhud.

Rasulullah ketika ini berada di Madinah, lalu sampailah berita mengenai ketibaan tentera Musyrik di Bukit Uhud kepada nabi. Erdapat dua cadangan yang diutarakan :

  1. Bertahan di madinah sahaja, tidak perlu keluar dari Madinah. Wanita hanya perlu menyerang dari dalam rumah mereka sahaja. Rasulullah sendiri yang mendangkan usul ini. Cadangan ini sangatlah disokong para munafikin (orang Islam yang menyembunyikan ketidaktaatan mereka pada Islam sendiri) yang tidak mahu untuk keluar berperang.
  2. Keluar berperang di luar Madinah. Rasulullah menerima cadangan ini. Menunjukkan bahawa Allah menggagalkan cita-cita orang Munafikin.


Kemudian Rasulullah pun mula menyusun strategi perang dengan membahagikan tentera Muslimin kepada tiga pasukan. Rasulullah s.a.w. juga menapis tentera perang. Orang yang terlalu muda tidak dibenarkan berperang. Namun terdapat seorang pemuda bernama Rafi yang terkenal dengan kehebatannya, lalu Rasulullah membenarkannya. Seorang lagi pemuda yang pernah mengalahkan Rafi, namanya Samurah juga ingin turut serta berperang kerana beliau pun kuat juga kan. Jadi Rasulullah membenarkannya. Betapa hebatnya para sahabat, berebut-rebut ingin keluar berperang walaupun pada usia yang sangat muda, malah lebih muda dari kita sekarang. Sesiapa yang sanggup mempertahankan Allah dan RasulNya, maka dia di syurga, begitu sabda Nabi s.a.w.

Seterusnya banyak lagi kisah menarik yang berlaku dalam sejarah silam Islam, dalam Perang Uhud ini yang sepatutnya menjadi teladan kepada kita, sekaligus menaikkan semangat untuk melalui kehidupan sekarang yang tidak kurang juga ujiannya. Sama-sama kita ladeni hati kita dengan lambakan motivasi dari sejarah Islam sendiri~

Jumat, 14 Maret 2008

dari bilik-bilik itu..

Tafsir al-Hujurat-surah ke49

Surah ini adalah surah ke-49 dan merupakan surah madaniyah.
Kisah di sebalik surah ini adalah kisah di mana ada beberapa orang yang ingin berjumpa nabi memanggil-manggil nabi s.a.w. dari pintu belakang bilik isteri2nya. Perangai tersebut adalah tidak sopan. Surah Hujurat ini disebut sebaga sura adab dan akhlak kerana banyak dijelaskan mengenai adab-adab dan akhlak yang perlu ada pada seorang muslim.

La yaghtab ba`dhukum ba`dha
Antara larangan dalam agama ialah jangan menumpat. Begitu juga mencari-cari kesalahan orang lain, maka sebagai muslim perlulah kita menjaga adab dan kesopanan kita. Keaiban orang lain, sembunyikanlah kerana kita juga mengharapkan perkara yang sama bukan?

Ada juga ayat yang menyebutkan bagaimana apabila datang suatu berita yang tidak enak mengenai seseorang, maka janganlah kita terima bulat-bulat, tambahan lagi jika penyampai berita itu tidak boleh dipercayai, maka kita perlu seldiik terlebih dahulu. Ini juga menggambrkan diri kita bukanlah orang yang bodoh dan dungu, mampu ditipu dengan mudahnya.

Banyak lagi pengajaran dan peringatan penyuluh hidup yang boleh kita dapati dari surah Hujurat ini. Jadi sangatlah sesuai untuk dijadikan hafalan dan amalan pada diri setiap kita yang membacanya. Wallahua`lam.

Jangan banyak tanya

Hadith 9 - Riwayat Abu Hurayrah

Perawi hadith ini, Abu Hurayrah ataupun nama sebenarnya Abdurrahman Sakhr. Beliau pernah tiga kali menjadi Ketua Kota Madinah dan antara sahabat nabi yang paling banyak meriwayatkan hadith, justeru menerangkan betapa rapatnya beliau dengan nabi s.a.w.

Ada beberapa poin penting yang boleh diambil dari hadith ke9 dari hadith 40 ini.
  1. Meninggalkan perkara yang dilarang
  2. Membuat perkara yang disuruh
  3. Jangan menimbulkan banyak pertanyaan sehingga membawa kesusahan
1. Meninggalkan perkara yang dilarang

Maksudnya kita haruslah meniggalkan perkara-perkara yang dilarang nabi kita. Larangan nabi adalah larangan Allah jua, kerana nabi sendiri adalah rasul, utusan daripada Allah. Maka wajib bagi kita meninggalkan segala perkara ang dilarang nabi.

Jenis larangan termasuklah dari segi agama, iaitu meninggalkan solat, dari segi peribadi seperti meminum arak, makan makanan yang tidak halal, dari segi harta benda seperti tidak mencuri, dari segi masyarakat seperti jangan menimbulkan permusuhan.

Setiap larangan yang disebut pastilah mempunyai hikmahnya sendiri. Hikmah itu sendiri tidak semestinya kita tahu. hikmah kadang-kadang tersembunyi, kadang-kadang dapat kita ketahui. Jadi wajib ke atas kita untuk menjauhi larangan nabi, sama ada kita nampak keburukan atau kebaikannya ataupun tidak.

2. Dan apa yang aku perintahkan, maka laksanakan ikut kemampuanmu

Segala perintah mestilah dilaksanakan mengikut kemampuan kita. Namun maksud 'mengikut kemampuan' bukanlah bermaksud bersenag-lenang dan mengikut keselesaan dan kemahuan. Perintah mestilah dilaksanakan dengan cara yang sepatutnya sehingga menampakkan kehormatan kita terhadap perintah tersebut dan bersungguh-sungguh menjalankannya.

Lihat tafsir al-Taghabun:16

Dalam agama juga ada beberapa rukhsoh seperti solat duduk, membayar separuh dari zakat kerana tidak mampu, tapi puasa tidak boleh ditunaikan separuh hari sahaja. =)

3. Sesunguhnya telah binasa orang sebelum kamu kerana banyak pertanyaan mereka dan perselisihan dengan nabi

Kaum sebelum ini binasa hanya kerana banyaknya persoalan dan perselisihan mereka.

Semain banyak pertanyaan, semakin banyak jawapan, dan semakin susah pula untuk melaksanakan perintah tersebut.

Terdapat sebuah kisah dalam surah Baqarah, ayat 68-71 yang menceritakan bagaimana kaum bani israel mengajukan perlbagai pertanyaan berkenaan perintah mendapatkan seekor lembu, dan akhirnya mereka terpaksa membeli lembu yang sangat sukar dicari dan sangatlah mahal.

Terdapat beberapa jenis pertanyaan
  • orang yang tidak tahu
  • orang yang mahu menambah kefahaman
  • orang yang bertanya perkara yang tidak difardhukan
Bertanya mengenai perkara yang tidak difardhukan inilah yang dilarang. Contohnya dalam suatu kisah, setelah diturunkan ayat perintah haji, ali-Imran ayat 97, ada seseorang telah bertanya nabi,''adakah perlu menunaikannya setiap tahun?''. Nabi s.a.w. senyap dan tidak menjawab. Maka diulang ertanyaan yang sama. Rasulullah menjawab yang maksudnya lebih kurang begini, ''hampir sahaja aku mengatakan 'ya'. Pergilah dan jangan tanya lagi''. Kerana jika diwajibkan setiap tahun, maka tentulah berat bagii orang tadi dan sudah tentu dia tidak mampu mengerjakannya.

Begitu juga, kita dilarang bertanya perkara yang belum berlaku dalam agama. Zaid bin habit suatu hari telah ditanya mengenai suatu hukum. Dia bertanya sama ada telah berlaku atau tidak, jika tidak, maka tunggulah sehingga berlaku, barulah kita tentukan hukum.

Sebenarnya orang yang benar-benar beramal adalah orang yang tidak memperbanyak masalah yang tiada dalam kitab, lalu menyusahkan dirinya untuk menunaikan ibadah tersebut. Sebaliknya dia berusaha untuk memahami apa yang sudah pun termaktub dalam kitab al-Quran itu sendiri dengan maksud menjunjung tinggi perintah yang telah tertulis. Maksudnya cukuplah dengan perintah yang sedia ada, maka laksanakanlah sedaya mungkin dengan perasaan hormat dan patuh akan perintah tersebut, bukan memperbanyak soal. Kalau kita sendiri tengok dalam persatuan contohnya, jika seorang ketua mengarahkan sesuatu, dan didapati ada seorang anak buahnya banyak tanya mengenai arahan tersebut, orang begini jelas kelihatan sepeti tidak mahu melaksanakan arahan tersebut.





Sabtu, 01 Maret 2008

bismillah

testing...first post.
 
Copyright kejora tujuh warna 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .