Minggu, 26 Juni 2011

ini ibu-ibu punya cerita!

aku ada seorang ibu, dan for the time being, i'm staying with a 'mom 'also.

Persamaan kedua2 ibu di atas adalah - sangatlah the carefullll. kalau bas pukul 330, pukul 3 mesti sampai dah. pukul 230 keluar rumah. TT aku yang bujang ini sangatlah...aaaa....pasal kalau aku sorang, bas pukul 330, pukul 3 kot baru rasa nak kluar.huu..(takla...maksud aku, xdela sampai bajet 1 jam, yang mana perjalanan ke stesen adalah stgh jam sahaja) kadang2, selalu je mak aku, kalau aku bgtau bas pukul 330, dia kata nak kluar pukul 2 ke? (aku dalam hati..oh nooo mom!)

betapa ibu2 tidak mahu kerja last minute, buat kerja ala kadar, setting masa sipi2...its a no-no for mummies! mungkin mereka sudah biasa menguruskan segerombolan anak-anak yang pastinya perlukan ketelitian yang semantapnya. bukankah begitu?

lagi satu ialah perisau! sebagai anak, aku tau ibu sememangnya berhak risau akan anak-anak, walau itu adalah sikap yang menyebabkan aku rasa terkongkong sebegitu sekali.

satu aku mahu beritahu diri sendiri, agaknya masa ibu aku muda-muda dulu ada tak dia berperasaan mcm ni? apa yang menyebabkan dia berperasaan/bersikap perisau? apa sebenarnya? mudah saja, sebabnya ialah adanya anak-anak yang dia sayangi. sebagai anak, kita patut cuba memahami ibu kita, cuba menyelami perasaan mereka, yang mana kita ini adalah anak mereka. apalah maknanya jika ada ibu tetapi mereka tidak risau akan kita?

apa yang perlu aku buat ialah tackle kerisauan mereka dengan keyakinan, pengesahan dan bina kepercayaan mereka kepada kita. aku tahu memang susah, tapi kalau usaha itu ikhlas dan benar, insyaALlah Allah tidak menyia2kan usaha hambaNya.

lastly, banyak2lah mendengar ayat-ayat suciNya. Dia dapat memberi ketenangan hakiki yang tiada sesiapa pun dapat menggantikan dengan apa jua sekalipun.

Selasa, 21 Juni 2011

perangai staff, goal, and life

jomla membebel..jomla jomla..
hehe..
assalamualaikum wbt.

writing really needs mood. skrg ada macam2 aku tengah fikir, dan sukanya aku nak merakamkan fikiran aku tu dalam bentuk tulisan. weee..

1stly, today and yesterday, boss is not around. barula aku nampak perangai sebenar staff ni..yang EL(emergency leave) la..yang datang lambat la...yang tak datang langsung pun ada! hish...kalau tak menyabitkan kerja aku, takdela aku kesah sangat..tapi masalahnya aku yang kena cover keja merepek diorang! haish, ini suda lebey...aku doktor gak kot...and will be your boss one day. i understand that u're as old as my mother, but that doesnt mean u are my mother and i should bow my head to you. ada banyak lagi orang yang tua2 and senior but still, diorang tahu mana bidang tugas diorng and mereka menjalankan tugas wokey... sebenarnya semalam sepatutnya ada staff nurse pada petang hari untuk cover patient kanak2, tapi lesap takde pun. aku yang ada appointments lain plak kena cover patient kanak2 yang datang. berapi juga lah aku semalam. then hari ni plak ada sorang EL. pastu sorang lagi staff nurse tak kuar2 bilik untuk tgk patient kanak2, katanya bizziss. whatever. masalahnya apehal plak ada 4 staff nurse d klinik yang kecik ini, tapi selalu gak aku kena buat jugak patient kanak2? cissss

kesimpulannya : whether with bos absence or presence, kerja mesti tetap jalan. its about integrity, honesty, responsibilities, loyalty, cooperation. its about gaji BUTA juga tau tak. walaupun boss takde, patients tetap ada. kerja ada, kalau kau hilang, maksudnya kerja kau orang lain buat.ingat orang lain suka ke eh? tunggu la one day i'll report, jangan ingat i tak berani wokeys.

kita datang bekerja. kalau datang chipsmore sekejap hilang, atau malas2, atau curi tulang main mesej, mane nak dapat berkat dari gaji/rezeki tu? kita makan n beli barang. Kau nak hidup dalam rahmat atau azab?

2ndly : aku tercari-cari apa ultimate goal aku sehari-hari. aku datang bekerja dan balik. seorang. kalau dulu aku belajar, goal aku ialah grad. sekarang gol aku ialah???....apa ye..kalau 1) duit - so that nanti aku dapat beli aset2..supaya nanti bila sampai waktu tua, aku tidak perlu hidup melarat dan menyusahkan orang lain, jadi aku ada simpanan tanpa hutang pada sesiapa. maybe untuk hidup senang juga.(ada orang nak hidup susah ke?) 2) ilmu - so that aku dapat jadi orang yang sentiasa sibuk menambah ilmu, memantapkan ilmu di dada, mencurahkan ilmu, menjadi ilmuan yang mendidik anak bangsa. berbakti kepada negara. jadi tua nanti aku maybe sibuk menyiapkan buku2 untuk digunakan oleh pelajar2...atau untuk terbitan mengikut pengkhususan aku...? hmm... 3) keredhaanNya - beribadat, hafaz Quran, supaya nanti di waktu aku meniti usia dewasa, sangat sikit ruang untuk aku terpesong, membina persekiaran yang sangat kuat supaya aku tidak tergelincir dari landasan. memantapkan iman dan ilmu di dada, supaya nanti aku dapat membimbing keluarga menjadi keluarga seimbang dunia akhirat.

dalam ketiga-tiga pilihan di atas, mana yang perlu aku jadikan gol aku? mana perlu aku beri tumpuan? sebenarnya dalam situasi aku sekarang, boleh aje aku tak letak gol...hiduplah senang-lenang, cukup bulan masuk gaji. gaji pun banyak ape...macam2 boleh joli...duit still ada lebih. kereta ada. title Dr. lagi kt depan. apa aku nak kejar lagi?

Tapi, aku bukan hidup untuk hari ini saja. one day aku akan jadi makcik umur 40-50 tahun yang dah xde selera nak berjoli kan? yang maybe kawan2 dah semakin hilang. yang...apa agaknya akan jadi aktiviti aku masa tu ye? (selain mengadap patients). so...untuk menetapkan apa aku akan jadi time tu, aku perlu menetapkan gol aku dari sekarang...di mana goal aku adalah KETGA-TIGA BENDA DI ATAS. MONEY-ILMU-KEREDHAANNYA. betul tak ?? aku perlu semua ni..dan semua gol ni adalah benda2 yang aku boleh berusaha untuk mendapatkannya(di mana ada lagi satu gol yang aku tak berapa boleh berusaha mendapatkannya which is a lifepartnesebab tu aku tak senaraikan di atas)

wah, sedapnya aku membebel kat atas. so sekarang kadang2 aku surfing pasal how to make money, how to make a loan - to buy a house, forum2 sebegitu. malam2, kalau ada mood aku baca sikit2 buku abdullah aidh alqarni(niat nak khatam xtau brapa tahun lagi), abdullah nasih ulwan, dan aku juga bawa buku-buku teks dentistry such as boucher, torabinejad and carranza to clinic - pagi2 bila ada mood aku akan baca sikit2.

hmm...apa lagi yang boleh aku buat? sesngguhnya aku ada semangat darah orang muda sekarang ni, jadi aku taknak terbazir begitu sahaja. seriously, treating patients ada limit jugak, bila ada sampai satu tahap, ramai sangat patients ngada2, kita takleh bagi treatment dengan baik. kita termarah patients, i'm so sorry. tapi aku manusia wey..yang tak perfect plak tu.

banyabanyakbanyak membebel. stop right now!

Selasa, 07 Juni 2011

aku rasa berdosa memiliki duit!

sesungguhnya sekarang ni aku sedang bermain2 dengan qadak dan qadar Ilahi...aku sedang mengamatinya betul2, betapa berbeza tahap langit buminya nasib seseorang, taqdirnya yang ditentukan Ilahi.

cerita 1

atendan (PPK) di tempat aku kerja, ada masalah duit. umur dia dah 40++ ..taqdirnya sijil dia hilang, menghalang dia dari mendapat kenaikan gaji. apa kesahnya umur 40++, dah berbelas tahun kerja, gaji masih rm8-900?? boleh tak aku rasa terbeban di kepala aku mendengar ini...sedih! nak dijadikan kisah taqdir orang ini bukanlah seorang yang cekap menguruskan kewangannya. sedih, ada motor, kena tarik. ada rumah sewa sahaja, tuan rumah nak duduk kena cari rumah lain. cuba untuk beli rumah dengan skim2 bantuan orang orang miskin...masalah bertimpa2, bantuan untuk buat rumah ada, tapi tanah belum rata, perlukan bantuan untuk itu pulak...dan bantuan tidak lulus pulak...aduhh..pada masa sama, duit gaji habis membayar hutang semata-mata. anak-anak ada, tapi juga mengharap ibu bapa sebab anak2nya lambat belajar..tidak cekap membaca. isteri menghidap barah. Aku terus rasa bersalah dan berdosa memiliki duit untuk kehidupan sendiri yang senang.

cerita 2

umur 20 an, lelaki, sempurna zahir batin, dan memiliki sijil adalah kepuasan baginya, berbanding rakan2 yang setakat habis spm, masih terus melepak atau kerja di pasaraya. ingat aku boleh terima keadaan ini, bilamana kehidupan aku selama ini ialah yang aku tahu, bila umur 20an, mesti di universiti. aku lupa yang di sesetengah daerah, jarang sekali orang dapat masuk u. aku ingatkan impian ke menara gading itu hanya kisah dulu2..rupanya memang wujud hingga hari ini...macam mana aku nak telan kebiasaan orang daerah ini, bilamana aku ditanam mindaku oleh ayahku yang degree pun dah tak laku sekarang...orang sume buat masters...dua kontra yang nyata.


Sesunguhnya aku runsing memikirkan mana jalannya untuk aku membantu. aku berdosa memiliki harta untuk diri sendiri. sememangnya harta adalah untuk dibahagi2kan dan disebarkan...bukan berlingkung di kalangan yang kaya sahaja.

Sedang nasib takdir seseorang itu bukan di bawah telunjuk jari kita. seorang penyair menyatakan bahawa pengatur itu selalu binasa. aturan dibuat oleh Ilahi, yang kita lakukan adalah merancang, bukan mengatur untung nasib orang.
 
Copyright kejora tujuh warna 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .