Selasa, 17 Juni 2008

suatu pilihan

Jika melakukan kebajikan adalah suatu pilihan,
Maka syurga juga adalah suatu pilihan,
neraka juga adalah suatu pilihan,

Jika aku memilih untuk tidak membuat kebajikan,
adakah sama ertinya aku tidak memilih untuk memasuki syurga?

Jika aku memilih jalan dosa,
maka adakah itu adalah pilihan untuk neraka?

Setiap kebajikan yang dilakukan akan dihisab.
Setiap kejahatan yang dilakukan juga akan dihisab.

Hidup ini adalah suatu pilihan,
yang menuntut diri untuk berfikir menentukan,
Baikkah atau burukkah,
Tanpa melupai taqdir dari Yang Maha Esa.

Sabtu, 14 Juni 2008

nota kepada diri

'nota kepada diri' ialah sebuah buku karangan TGNA yang memuatkan subtopic pelbagai peringatan berkenaan pelbagai perkara dalam kehidupan. Definitely 'notes' / 'nota'.

Air Mata

Terdapat pelbagai jenis air mata yang dialirkan oleh manusia dari 'lacrimal gland' mereka. Jika dilihat secara kasar, air mata itu sama sahaja. Jernih, dan rupanya seperti air.

Tapi hakikatnya hukum air mata yang dialirkan itu tidak sama. Ada air mata yang mendapat pahala, dan ada juga yang tidak berharga langsung di sisi Allah.

Sesetengah manusia mengalirkan manusia dengan tujuan lakonan semata-mata dan mendapat publisiti. Dengan harapan agar lakonannya menjadi, dan memukau penonton lalu mendapat bayaran yang lumayan. Ada juga yang menangis untuk menipu. Air mata ini langsung tidak berharga dan sia-sia sahaja.

Manakala air mata yang mendapat tempat di sisi Tuhan adalah air mata seorang hamba yang mengalir mengenangkan dosa-dosa dirinya, bangun di tengah malam dan memperuntukkan dirinya semata-mata buat ALlah, meminta diampuni dosa-dosanya.

Zakat - diseterika dengan besi panas

Apa yang nak diceritakan di sini ialah berkenaan orang yang tidak mahu menunaikan zakat, lalu muka, lambung(rusuk) dan belakang mereka pun diseterika dengan besi panas dari neraka kerana keengganan mereka.

Mari perhatikan sebuah hadith oleh Ibn Umar RA, riwayat Muslim :

Tidak ada seorang pun yang memiliki emas dan perak (harta) yang tidak menunaikan zakatnya melainkan di akhirat kelak, emas dan perak itu akan ditukarkan kepada lopgam panas di neraka. Logam panas itu akan menyeterika muka, lambung(rusuk) dan belakang mereka.

Mengapa pula dimulakan dengan seterika di muka, lambung dan belakang?
Ini digambarkan dengan keadaan orang yang bakhil, apabila didatangi orang yang mahu meminta pertolongan, mereka akan berpaling. Perbuatan berpaling bermula dengan memalingkan muka, memalingkan bahagian lambung dan kemudian bahagian belakang. Semua bahagian tubuh badan yang bakhil dan kejam ini akhirnya diseterika dengan logam panas sebelum dicampakkan ke kawah api neraka.

Wal 'iyaz biLLah.
 
Copyright kejora tujuh warna 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .