Kamis, 19 Maret 2009

merai dan dirai

rendah diri adalah sesuatu yang diperlukan untuk kita melalui dan menerajui hidup di dunia yang penuh dengan kepelbagaian dan perbezaan.

Mengapa perlu merai dan dirai? apa kaitan dengan rendah diri?

Saya melihat contoh dari beberapa pelajar jurusan agama Islam yang begitu merendah diri, walau mereka telah pun menjadi antara orang yang faqih atau sekurang-kurangnya lebih faqih dari mana-mana pelajar dari bidang lain.

'sesiapa yang Allah mahukan kebaikan pada dirinya, akan dijadikannya faqih dalam agama'-alhadith.

walau begini janji Allah, jarang saya melihat mereka berbangga. Bagi saya, mengelak dari berbangga adalah salah satu dari cara menjaga kesucian, keberkatan ilmu.

Kebanyakan mereka yang saya kenal meraikan pelajar-pelajar di bidang lain terutama sekali perubatan, di kala bidang pergigian masih belum dibuka bagi pelajar Malaysia.. Jarang mereka bercerita kesusahan menghafaz kitab, mazhab, dan lain-lain yang saya sendiri tidak tahu. Di sebelah pihak pula, pelajar bidang lain ghairah bercerita keseronokan, kesibukan dan kepayahan seolah-olah inilah bidang paling dahsyat di dunia dan seolah semua orang perlu mengambil tahu hal ini.

Telah dikatakan, well-known bahawa bidang sebegitu telah diberi terlebih perhatian sejak sekian lama, seolah double standard bagi saya. Memang, perlu untuk diberi perhatian, tapi bukan terlebih. Raikanlah pelajar bidang lain, jika mahu diri dirai dengan cara yang ikhlas.

Bertanya khabar bidang lain, dan rasai susah jika susah, rasai senang jika senang. Tempatkan diri di tempat mereka, jangan asyik memikir keadaan diri seolah kitalah yang paling hebat.

Tidak ada komentar:

 
Copyright kejora tujuh warna 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .