Jumat, 14 Maret 2008

Jangan banyak tanya

Hadith 9 - Riwayat Abu Hurayrah

Perawi hadith ini, Abu Hurayrah ataupun nama sebenarnya Abdurrahman Sakhr. Beliau pernah tiga kali menjadi Ketua Kota Madinah dan antara sahabat nabi yang paling banyak meriwayatkan hadith, justeru menerangkan betapa rapatnya beliau dengan nabi s.a.w.

Ada beberapa poin penting yang boleh diambil dari hadith ke9 dari hadith 40 ini.
  1. Meninggalkan perkara yang dilarang
  2. Membuat perkara yang disuruh
  3. Jangan menimbulkan banyak pertanyaan sehingga membawa kesusahan
1. Meninggalkan perkara yang dilarang

Maksudnya kita haruslah meniggalkan perkara-perkara yang dilarang nabi kita. Larangan nabi adalah larangan Allah jua, kerana nabi sendiri adalah rasul, utusan daripada Allah. Maka wajib bagi kita meninggalkan segala perkara ang dilarang nabi.

Jenis larangan termasuklah dari segi agama, iaitu meninggalkan solat, dari segi peribadi seperti meminum arak, makan makanan yang tidak halal, dari segi harta benda seperti tidak mencuri, dari segi masyarakat seperti jangan menimbulkan permusuhan.

Setiap larangan yang disebut pastilah mempunyai hikmahnya sendiri. Hikmah itu sendiri tidak semestinya kita tahu. hikmah kadang-kadang tersembunyi, kadang-kadang dapat kita ketahui. Jadi wajib ke atas kita untuk menjauhi larangan nabi, sama ada kita nampak keburukan atau kebaikannya ataupun tidak.

2. Dan apa yang aku perintahkan, maka laksanakan ikut kemampuanmu

Segala perintah mestilah dilaksanakan mengikut kemampuan kita. Namun maksud 'mengikut kemampuan' bukanlah bermaksud bersenag-lenang dan mengikut keselesaan dan kemahuan. Perintah mestilah dilaksanakan dengan cara yang sepatutnya sehingga menampakkan kehormatan kita terhadap perintah tersebut dan bersungguh-sungguh menjalankannya.

Lihat tafsir al-Taghabun:16

Dalam agama juga ada beberapa rukhsoh seperti solat duduk, membayar separuh dari zakat kerana tidak mampu, tapi puasa tidak boleh ditunaikan separuh hari sahaja. =)

3. Sesunguhnya telah binasa orang sebelum kamu kerana banyak pertanyaan mereka dan perselisihan dengan nabi

Kaum sebelum ini binasa hanya kerana banyaknya persoalan dan perselisihan mereka.

Semain banyak pertanyaan, semakin banyak jawapan, dan semakin susah pula untuk melaksanakan perintah tersebut.

Terdapat sebuah kisah dalam surah Baqarah, ayat 68-71 yang menceritakan bagaimana kaum bani israel mengajukan perlbagai pertanyaan berkenaan perintah mendapatkan seekor lembu, dan akhirnya mereka terpaksa membeli lembu yang sangat sukar dicari dan sangatlah mahal.

Terdapat beberapa jenis pertanyaan
  • orang yang tidak tahu
  • orang yang mahu menambah kefahaman
  • orang yang bertanya perkara yang tidak difardhukan
Bertanya mengenai perkara yang tidak difardhukan inilah yang dilarang. Contohnya dalam suatu kisah, setelah diturunkan ayat perintah haji, ali-Imran ayat 97, ada seseorang telah bertanya nabi,''adakah perlu menunaikannya setiap tahun?''. Nabi s.a.w. senyap dan tidak menjawab. Maka diulang ertanyaan yang sama. Rasulullah menjawab yang maksudnya lebih kurang begini, ''hampir sahaja aku mengatakan 'ya'. Pergilah dan jangan tanya lagi''. Kerana jika diwajibkan setiap tahun, maka tentulah berat bagii orang tadi dan sudah tentu dia tidak mampu mengerjakannya.

Begitu juga, kita dilarang bertanya perkara yang belum berlaku dalam agama. Zaid bin habit suatu hari telah ditanya mengenai suatu hukum. Dia bertanya sama ada telah berlaku atau tidak, jika tidak, maka tunggulah sehingga berlaku, barulah kita tentukan hukum.

Sebenarnya orang yang benar-benar beramal adalah orang yang tidak memperbanyak masalah yang tiada dalam kitab, lalu menyusahkan dirinya untuk menunaikan ibadah tersebut. Sebaliknya dia berusaha untuk memahami apa yang sudah pun termaktub dalam kitab al-Quran itu sendiri dengan maksud menjunjung tinggi perintah yang telah tertulis. Maksudnya cukuplah dengan perintah yang sedia ada, maka laksanakanlah sedaya mungkin dengan perasaan hormat dan patuh akan perintah tersebut, bukan memperbanyak soal. Kalau kita sendiri tengok dalam persatuan contohnya, jika seorang ketua mengarahkan sesuatu, dan didapati ada seorang anak buahnya banyak tanya mengenai arahan tersebut, orang begini jelas kelihatan sepeti tidak mahu melaksanakan arahan tersebut.





Tidak ada komentar:

 
Copyright kejora tujuh warna 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .