Rabu, 31 Desember 2008

perjalanan penuh erti

Baru tadi, saya mendengar sebuah 'talk' oleh Dr SMS, angkasawan Negara. Saya memang macam ni, motivasi dalam dada mudah sangat melambung-lambung. Memang orang lahir bulan Mei ni tinggi motivasinya. Perasan pulak. Tapi saya tak tipu. Malah, jiwa saya terseksa kerana menahan rasa dalam diri yang terasa membuak-buak nak melakukan perkara yang baik itu. Mana tak seksa, motivasi dan keinginan yang ada tak seiringan dengan kemampuan yang ada.

Saya kenal diri sendiri. Hampir 21 tahun jasad dan ruh saya bersatu, Cuma berpisah beberapa jam sehari pada waktu tidur. Jasad dan ruh saling mengenali dan memahami. Saya tahu kemampuan diri saya. Kelemahan dan kelebihan. Dari dulu lagi, kemampuan sering menyekat keinginan. Di saat-saat begini, bukan mudah untuk saya cuba memujuk diri, bersyukurlah dengan apa yang kamu ada, dan gunakanlah sebaik mungkin apa yang kamu ada. Kerana, keinginan yang terlalu tinggi kadangkala membuatkan kita kufur nikmat, ingin memiliki sesuatu yang tidak ditakdirkan untuk kita. Kelebihan yang Allah kurniakan, belum lagi kita 'explore' sehabis baik, kita sudah mencari-cari sifat orang lain yang boleh dimuatkan dalam diri kita. Sampai satu tahap, boleh jadi rasa cemburu, dengki dan akhirnya menyalahkan takdir. AstaghfiruLLah.

Bagi saya, hidup di bumi umpama suatu perjalanan. Perjalanan yang penuh erti. Penuh makna. Penuh hikmah untuk kita cari. Kompleks. Perjalanan ini tak boleh dihuraikan dalam beberapa perkataan. Walau dalam satu lecture panjang yang diberi Dr SMS tadi. Lecture by him is about a perfect human being. He is also a person who struggle for perfection. Everybody is praising him. Jadikan dia sebagai model. Ya, dia memang layak. Tapi tak semua orang boleh jadi perfect sebegitu. Ingat, setiap kejadian dan penciptaan, buruk atau baik , ada hikmahnya. Jadi, tak semua perlu mengikut satu contoh sahaja.

Apa lagi aku nak merepek. Nak meluah perasaan sebenarnya, bukan pandai menulis pun.Nantila bebila sambung balik..

Tidak ada komentar:

 
Copyright kejora tujuh warna 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .