Selasa, 18 Maret 2008

Mara menuju Uhud

Perang Uhud

Salah satu perang besar yang berlaku dalam sejarah indah namun perit umat Islam terdahulu, Perang Uhud.Berlaku pada tahun ke 3 hijrah, selepas perang badar al-Kubra yang berlaku pada tahun ke 2 hijrah.

Orang Musyrik Mekah menyimpan dendam yang tinggi selepas kekalahan dalam perang Badar, lalu dendam itu dikumpul dan diluahkan dalam Perang Uhud ini. Diceritakan bagaimana berlakunya pelaguan syair2 mengajak orang Musyrik keluar berperang dan untuk menaikkan semangat kabilah-kabilah arab di Mekah. Akhirnya mereka berjaya mengumpulkan sebanyak 3000 orang tentera beserta unta dan kuda. Wanita juga turut serta dalam ekspedisi perang tersebut sebagai pemberi semangat terhadap tentera mereka. Mereka lalu bergerak ke Bukit Uhud.

Rasulullah ketika ini berada di Madinah, lalu sampailah berita mengenai ketibaan tentera Musyrik di Bukit Uhud kepada nabi. Erdapat dua cadangan yang diutarakan :

  1. Bertahan di madinah sahaja, tidak perlu keluar dari Madinah. Wanita hanya perlu menyerang dari dalam rumah mereka sahaja. Rasulullah sendiri yang mendangkan usul ini. Cadangan ini sangatlah disokong para munafikin (orang Islam yang menyembunyikan ketidaktaatan mereka pada Islam sendiri) yang tidak mahu untuk keluar berperang.
  2. Keluar berperang di luar Madinah. Rasulullah menerima cadangan ini. Menunjukkan bahawa Allah menggagalkan cita-cita orang Munafikin.


Kemudian Rasulullah pun mula menyusun strategi perang dengan membahagikan tentera Muslimin kepada tiga pasukan. Rasulullah s.a.w. juga menapis tentera perang. Orang yang terlalu muda tidak dibenarkan berperang. Namun terdapat seorang pemuda bernama Rafi yang terkenal dengan kehebatannya, lalu Rasulullah membenarkannya. Seorang lagi pemuda yang pernah mengalahkan Rafi, namanya Samurah juga ingin turut serta berperang kerana beliau pun kuat juga kan. Jadi Rasulullah membenarkannya. Betapa hebatnya para sahabat, berebut-rebut ingin keluar berperang walaupun pada usia yang sangat muda, malah lebih muda dari kita sekarang. Sesiapa yang sanggup mempertahankan Allah dan RasulNya, maka dia di syurga, begitu sabda Nabi s.a.w.

Seterusnya banyak lagi kisah menarik yang berlaku dalam sejarah silam Islam, dalam Perang Uhud ini yang sepatutnya menjadi teladan kepada kita, sekaligus menaikkan semangat untuk melalui kehidupan sekarang yang tidak kurang juga ujiannya. Sama-sama kita ladeni hati kita dengan lambakan motivasi dari sejarah Islam sendiri~

Tidak ada komentar:

 
Copyright kejora tujuh warna 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .