Rabu, 31 Desember 2008

silent is not an option

Silent is not an option at least for us, Muslims.
Jika 50 biji bom telah digugurkan di Palestin, maka 50 sel hati kita juga patut hancur kerana kita dan mereka seolah saudara, setiap apa yang terjadi pada mereka turut emmberi kesan pada diri kita. Kerana itu, membisu bukan satu daripada pilihan yang boleh dilakukan oleh mana-mana muslim sekalipun.

250 orang meninggal dunia, 700 lain cedera dan jumlah kematian mungkin meningkat ke angka 350. Ini adalah serangan paling teruk yang pernah berlaku. Saya tak dapat membayangkan betapa berapa sahaja penduduk Palestin yang tinggal memandangkan sebelum ini, angka penduduk Palestin sememangnya sedikit.

Saya resah memikirkan keadaan di Palestin yang penuh sekatan perubatan dan makanan, bagaimana mereka akan survive? Sedang saya di sini masih lagi merancang-rancang untuk melancong sedang duit penuh di poket. Kesal saya, maka rancangan itu dibatalkan saja. Saya tidak selesa. Sedang saya hanya beberapa jam sahaja, boleh tiba di Ghaza, dan dalam masa yang sama, saya tidak dapat berbuat apa-apa. Hakikat ini amat menyakitkan.

Semangnya Allah telah mentakdirkan mereka yang kekal di bumi Palestin adalah mereka yang tahan berjuang. Lontaran batu mereka umpama lontaran bom bagi zionis. Ini bukan psychology. Ini bukan sihir. Tapi ini kekuasaan Allah. Allah yang memegang hati manusia, mencampakkan rasa takut ke dalam hati para musuh Allah.

Tidak ada komentar:

 
Copyright kejora tujuh warna 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .