Senin, 15 Desember 2008

bidadari tanjung




Bidadari diumpamakan sebagai wanita yang beriman, mulia dan suci. Mulianya wanita itu dengan teguhnya iman yang dipegang, dengan kurangnya cacat yang ada pada dirinya.

Wanita yang mulia tahu, mana satu maksiat, mana satu ibadat. Mengetahui tidak sama maksudnya dengan mengamalkan. Mengetahui tidak sempurna jika amalan tidak dilaksanakan sekaligus. Malah, amalan itu adalah bukti pengetahuan itu. Maka di sinilah kayu ukur teguhnya jiwa seorang bidadari jika dibandingkan dengan bukan bidadari.

Seorang bidadari sentiasa memastikan jaraknya cukup jauh dari bahana maksiat. Pertama, aurat. Lengan itu aurat, leher itu aurat, suara itu aurat. Maka terus sahaja jiwanya yang bencikan maksiat itu memakai ketip pergelangan tangan, memakai stongan, melabuhkan tudungnya seselesa mungkin, memilih kain yang diyakini tebal, merendahkan suara di mana berada agar auratnya bukan sahaja terjaga, malah selamat dari sebarang ketidaksengajaan yang boleh menjurus kepada maksiat. Itulah bidadari, mengetahui dan mengamalkan.

Begitu juga hati. Hati itu berperasaan, perasaan tidak ada bau dan warna. Bidadari selalu menjaga hatinya agar kasih kepada lelaki diserahkan pada yang hak. Bidadari selalu menyediakan jarak yang cukup jauh lagi selamat agar dirinya tidak jatuh hati pada sesiapa yang bukan sepatutnya. Menyedari setiap pintu kasihnya akan jatuh, maka terus mengelak, itu adalah suatu aplikasi terhadap ilmu yang diperolehinya. Hati tidak perlu goyah dengan seseorang yang bukan bernama suami. Hati tidak perlu sakit,rindu atau pecah disebabkan seseorang yang bukan jodohnya. Jalan seorang lelaki untuk ke pintu hati wanita hanyalah melalui ibu bapa. Itulah jalan yang tidak merosakkan perasaan seorang wanita yang nyata diperbuat dari kaca!

Tidak ada komentar:

 
Copyright kejora tujuh warna 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .