Sabtu, 22 November 2008

i dont know

i dont know

Keadaan 'tidak tahu' tentang kebanyakan hukum agama dan buta dalam menilai hukum serta mengamalkannya adalah termasuk juga dalam kategori orang 'jahiliyah'. Dalam bahasa mudahnya, dah nama Islam, mestilah kena tahu hukum-hakam. Bukan ustaz/ustazah sahaja yang patut mengetahui ilmu agama, malah setiap individu yang mengaku Islam patut tahu. Jika tidak tahu, bagaimana harus kita melaksanakan arahan ini, 'udkhulu fissilmi kaffah'..masuklah ke dalam agama kamu secara keseluruhannya. Makan, tidur, bekerja, berpakaian, cara berfikir, cara berkomunikasi, berkawan, semuanya mestilah mengikut acuan Islam. Islamiklah sikit, kan kita ni orang Islam.

Maka sebenarnya orang jahiliyah bukan hanya wujud di zaman dahulu, di mana ibubapa membunuh anak sendiri, tapi kini, sama sahaja. Sungguh ramai umat Islam yang masih tidak melaksanakan tuntutan agama, dan juga tidak mengetahui sebahagian besar dari hukum agama. Usaha dan tanggungjawab menimba ilmu agama tidak terbeban pada bahu orang lain, diri sendiri yang patut mencarinya. Dah nama Islam kan.

Tidak ada komentar:

 
Copyright kejora tujuh warna 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .