Minggu, 24 Oktober 2010

ambil kesempatan terhadap dunia

seriusnya tajuk.
cuma nak cerita, hari ni aku basuh kereta then pegi window shopping. walaupun tengah sesak xde duit sangat, hidup mesti terus, hidup mesti gembira, aktiviti normal seperti shopping perlu diteruskan (haha)!

kehidupan sekarang dengan kerja dibawah bos yang agak bossy adalah sesuatu yang meluatkan. di daerah yang bukanlah suatu daerah yang lebih baik dari kampung halaman aku, sudah tentu menurunkan lagi semangat aku.

tapi bilamana kita mempergunakan dunia untuk mencapai matlamat akhirat, kita akan dapat kepuasan. kita bekerja dengan ikhlas, cuba mencapai maksud redhaNya walau kita sebenarnya tak faham dan tak pasti mana jalan niat ikhlas kerana Allah itu dalam kerja kita, tapi jauh dalam sudut hati kita cuba, insyaALlah, tiada usaha yang sia-sia.

aku berharap supaya dalam pada aku berjalan mengharung hidup ini, aku sentiasa bertemu dengan sinarNya, kerana aku sememangnya sentiasa lalai. macam mana ye? kena usaha lagi ke? kena jadi extraordinary ke untuk berjaya? kena get out of the comfort zone ke untuk jadi profesional-ustaz aka protaz? kena...kena...kena...??

banyaknya tanggungjawab daripada masa yang ada dan aku terus tidur lena dan panjang di malam hari.
banyaknya ilmu dunia dan agama yang aku lemah tapi aku terus membelek majalah dan novel.

macam mana ye masa depan aku sebenarnya? takkan nak biarkan kaki yang melangkah yang tentukan nasib kita?

ok, sekarang perut lapar maut. makan untuk hidup lol..jom makan~

Tidak ada komentar:

 
Copyright kejora tujuh warna 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .