Sabtu, 09 Juli 2011

BERSIH

ok la perhimpunan bersih 2.0 ni, tujuan dia betul, nakkan pilihanraya yang adil etc.

promosi anti-bersih 100x lebih hebat dari promosi pro-bersih. apahal? huuu..
media dah hilang fungsi. satu aku nak tanya, reporters sekarang puas hati ke dengan kerja diorang? ada tak audit ISO untuk reporters? eheh..wartawan sekarang tak payah susah2 turun padang cari berita, buat je berita sendiri, tunggu je big boss kata apa..betul tak? takkan dalam semua perkara, pembangkang salah? sebab itu yang media paparkan. orang2 ceruk kampung seriously akan percaya media massa tv-tv n surat khabar, lebih2 lagi yang jenis tak peduli, tapi konon2 nak jadi rakyat yang taat. pfff....

dan tahu tak kenapa pembangkang tak pernah menang menguasai negara? sebab apa yang dituduh kerajaan buat, sebenarnya sedikit sebanyak mereka pun buat juga! manusia, manusia juga. sebab aku pernah saksikan dengan mata kepala aku sendiri, orang yang aku percayai, juga mengamalkan apa yang dikatakan tidak adil, tapi kerana mereka dicop 'baik' dan adalah orang glemer lagi berkepimpinan, apa yang mereka buat dianggap 'bijak, 'strategi' dan 'tidak salah', instead of 'salah', 'kronisme', dan 'kotor'.

lantakla korang nak kata, itu zaman dolu2 jangan compare! tapi cubalah hayati sifat2 para ahli sufi, para sahabat. mereka amat teliti dalam kehidupan mereka. takutlah kepada dosa seolah dosa itu gunung yang akan menghempapmu, bukan sekadar seekor lalat.

Tidak ada komentar:

 
Copyright kejora tujuh warna 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .