Rabu, 03 Februari 2010

psikologi ibu bapa

bismillah.

Kenapa ye, ada banyak je buku mengenai psikologi anak-anak, tapi takde satu pun buku mengenai psikologi ibu bapa, atau sekurang-kurangnya saya ni pernah mendengarnya sekalipun. Kenapa? Sebab yang menulis buku-buku ni adalah orang berpengalaman, dan mereka sudah pun menjadi ibu bapa dan sudah 'expert' menjadi seorang anak dalam keadaan umur yang telah pun berusia. Buat apa menulis mengenai diri sendiri, jadi mereka pun menulislah mengenai anak-anak, betul tak?

Well sebagai anak, saya ingin menjadi seorang yang seimbang, menjaga hak kedua-duanya, iaitu anak dan ibubapa. Dalam sebuah buku yang saya baca, ibubapa bila anak mereka kecil, mereka ada sepenuh kuasa membuat pilihan bagi anak mereka yang tidak tahu apa-apa itu. Jadi setelah anak besar, bukan mudah untuk melepaskan anak mereka itu membuat keputusan sendiri. 'I'm losing my daughter!', itu rasa mereka.

Apabila saya yang telah agak dewasa ini sekali sekala pulang tinggal bersama ibubapa, saya dapat merasakan sikap-sikap sebegini pada ibubapa. Ibubapa terasa kehilangan anak mereka! Sememangnya tiada harta yang lebih mahal bagi seorang ibu/bapa selain anak mereka sendiri.

Menjadi seorang 'tua', baju fesyen terkini bukan lagi suatu nikmat, makanan sedap-sedap bukan lagi kegemaran, kerja dan persekitaran sudah tiada erti kerana di penghujung usia sebegini, hiburan mereka adalah anak-anak. Jadi pabila mereka kehilangan 'kuasa' terhadap anak sendiri, aku dapat rasakah apa yang mereka rasakah. Betapa aku terpoyo di sini.

Saya cuma meletakkan diri saya di kedudukan seorang yang berumur 60 tahun contohnya. Aku telah merasai hampir keseluruhan nikmat di dunia ini, belajar, bekerja, berkahwin, beripar duai, bermasyarakat, bagi suri rumah, aku telahpun habis mengurus anak kecil dan persekolahan mereka sehingga anak-anak telah pun boleh menguruskan diri sendiri. Jadi di saat penghujung usia sebegini,di waktu wajahku telah pun berkedut, organ dalaman sudah terlalu lama digunakan dan tidak sihat lagi, aku terasa agak kosong ditambah pula dengan anak-anak yang tidak menghiraukan diriku. Mereka cuma perlukan teman, tapi di saat itu anak-anak telah pun punya hidup sendiri! Jika diri ibubapa tidak punya cukup pergantungan kepada Allah, tidak mengisi hatinya dengan kecukupan dengan Allah, maka kekosongan itu sudah tentunya lebih-lebih lagi terasa! * teringat kisah di mana seorang wanita tua hampir bunuh diri kerana terlalu sunyi selepas suaminya meninggal dunia*

Apa ya yang boleh dikaitkan dengan agama? Apa panduan agama sebenarnya dalam hal ini yang aku lihat agak tidak seimbang. Ibubapa memerlukan anak-anak di saat anak-anak sudah boleh berdiri sendiri. (what an ungrateful anak!)

Seorang ibu melahirkan anak dengan segala kesakitan, berkorban keselesaan diri demi melahirkan seorang lagi hamba Allah di muka bumi. Dari beberapa kisah kematian bayi selepas kelahiran, aku merasakan yang seorang ibu sepatutnya mengikhlaskan diri mengandung dan bersalin, kerana Allah. 'Aku mengandung dan melahirkan seorang hamba Allah supaya lebih banyak Muslim akan ada di muka bumi ini menjadi khalifah, mengembangkan Islam memakmurkan bumi Allah seperti suruhanNya'. Seorang ibu tidak boleh merasakan pemilikan mutlak terhadap anaknya walau dirinya yang mengandung melahirkan anak dengan kesakitan yang hampir mati itu. Bila kita merasakan anak adalah milik kita, kita tidak mahu anak itu hilang, apa lagi mati. Kita merasakan anak itu akan melakukan apa yang kita suruh, mereka akan menjadi seperti kita, mereka akan membesar mengikut apa yang kita rancangkan, padahal semua itu tidak semestinya akan terjadi, kerana anak bukan milik kita yang mutlak.

Apa yang ada di antara anak dan ibubapa hanyalah kasih sayang,tanggungjawab dan aturan yang ditentukan Islam. Apa yang mengikat kita adalah itu semua. Jika semua ini tiada, maka tiadalah hubungan anak-ibubapa lagi.

Boleh ke? yeah..

Tidak ada komentar:

 
Copyright kejora tujuh warna 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .