Selasa, 21 Juni 2011

perangai staff, goal, and life

jomla membebel..jomla jomla..
hehe..
assalamualaikum wbt.

writing really needs mood. skrg ada macam2 aku tengah fikir, dan sukanya aku nak merakamkan fikiran aku tu dalam bentuk tulisan. weee..

1stly, today and yesterday, boss is not around. barula aku nampak perangai sebenar staff ni..yang EL(emergency leave) la..yang datang lambat la...yang tak datang langsung pun ada! hish...kalau tak menyabitkan kerja aku, takdela aku kesah sangat..tapi masalahnya aku yang kena cover keja merepek diorang! haish, ini suda lebey...aku doktor gak kot...and will be your boss one day. i understand that u're as old as my mother, but that doesnt mean u are my mother and i should bow my head to you. ada banyak lagi orang yang tua2 and senior but still, diorang tahu mana bidang tugas diorng and mereka menjalankan tugas wokey... sebenarnya semalam sepatutnya ada staff nurse pada petang hari untuk cover patient kanak2, tapi lesap takde pun. aku yang ada appointments lain plak kena cover patient kanak2 yang datang. berapi juga lah aku semalam. then hari ni plak ada sorang EL. pastu sorang lagi staff nurse tak kuar2 bilik untuk tgk patient kanak2, katanya bizziss. whatever. masalahnya apehal plak ada 4 staff nurse d klinik yang kecik ini, tapi selalu gak aku kena buat jugak patient kanak2? cissss

kesimpulannya : whether with bos absence or presence, kerja mesti tetap jalan. its about integrity, honesty, responsibilities, loyalty, cooperation. its about gaji BUTA juga tau tak. walaupun boss takde, patients tetap ada. kerja ada, kalau kau hilang, maksudnya kerja kau orang lain buat.ingat orang lain suka ke eh? tunggu la one day i'll report, jangan ingat i tak berani wokeys.

kita datang bekerja. kalau datang chipsmore sekejap hilang, atau malas2, atau curi tulang main mesej, mane nak dapat berkat dari gaji/rezeki tu? kita makan n beli barang. Kau nak hidup dalam rahmat atau azab?

2ndly : aku tercari-cari apa ultimate goal aku sehari-hari. aku datang bekerja dan balik. seorang. kalau dulu aku belajar, goal aku ialah grad. sekarang gol aku ialah???....apa ye..kalau 1) duit - so that nanti aku dapat beli aset2..supaya nanti bila sampai waktu tua, aku tidak perlu hidup melarat dan menyusahkan orang lain, jadi aku ada simpanan tanpa hutang pada sesiapa. maybe untuk hidup senang juga.(ada orang nak hidup susah ke?) 2) ilmu - so that aku dapat jadi orang yang sentiasa sibuk menambah ilmu, memantapkan ilmu di dada, mencurahkan ilmu, menjadi ilmuan yang mendidik anak bangsa. berbakti kepada negara. jadi tua nanti aku maybe sibuk menyiapkan buku2 untuk digunakan oleh pelajar2...atau untuk terbitan mengikut pengkhususan aku...? hmm... 3) keredhaanNya - beribadat, hafaz Quran, supaya nanti di waktu aku meniti usia dewasa, sangat sikit ruang untuk aku terpesong, membina persekiaran yang sangat kuat supaya aku tidak tergelincir dari landasan. memantapkan iman dan ilmu di dada, supaya nanti aku dapat membimbing keluarga menjadi keluarga seimbang dunia akhirat.

dalam ketiga-tiga pilihan di atas, mana yang perlu aku jadikan gol aku? mana perlu aku beri tumpuan? sebenarnya dalam situasi aku sekarang, boleh aje aku tak letak gol...hiduplah senang-lenang, cukup bulan masuk gaji. gaji pun banyak ape...macam2 boleh joli...duit still ada lebih. kereta ada. title Dr. lagi kt depan. apa aku nak kejar lagi?

Tapi, aku bukan hidup untuk hari ini saja. one day aku akan jadi makcik umur 40-50 tahun yang dah xde selera nak berjoli kan? yang maybe kawan2 dah semakin hilang. yang...apa agaknya akan jadi aktiviti aku masa tu ye? (selain mengadap patients). so...untuk menetapkan apa aku akan jadi time tu, aku perlu menetapkan gol aku dari sekarang...di mana goal aku adalah KETGA-TIGA BENDA DI ATAS. MONEY-ILMU-KEREDHAANNYA. betul tak ?? aku perlu semua ni..dan semua gol ni adalah benda2 yang aku boleh berusaha untuk mendapatkannya(di mana ada lagi satu gol yang aku tak berapa boleh berusaha mendapatkannya which is a lifepartnesebab tu aku tak senaraikan di atas)

wah, sedapnya aku membebel kat atas. so sekarang kadang2 aku surfing pasal how to make money, how to make a loan - to buy a house, forum2 sebegitu. malam2, kalau ada mood aku baca sikit2 buku abdullah aidh alqarni(niat nak khatam xtau brapa tahun lagi), abdullah nasih ulwan, dan aku juga bawa buku-buku teks dentistry such as boucher, torabinejad and carranza to clinic - pagi2 bila ada mood aku akan baca sikit2.

hmm...apa lagi yang boleh aku buat? sesngguhnya aku ada semangat darah orang muda sekarang ni, jadi aku taknak terbazir begitu sahaja. seriously, treating patients ada limit jugak, bila ada sampai satu tahap, ramai sangat patients ngada2, kita takleh bagi treatment dengan baik. kita termarah patients, i'm so sorry. tapi aku manusia wey..yang tak perfect plak tu.

banyabanyakbanyak membebel. stop right now!

Tidak ada komentar:

 
Copyright kejora tujuh warna 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .