Selasa, 07 Juni 2011

aku rasa berdosa memiliki duit!

sesungguhnya sekarang ni aku sedang bermain2 dengan qadak dan qadar Ilahi...aku sedang mengamatinya betul2, betapa berbeza tahap langit buminya nasib seseorang, taqdirnya yang ditentukan Ilahi.

cerita 1

atendan (PPK) di tempat aku kerja, ada masalah duit. umur dia dah 40++ ..taqdirnya sijil dia hilang, menghalang dia dari mendapat kenaikan gaji. apa kesahnya umur 40++, dah berbelas tahun kerja, gaji masih rm8-900?? boleh tak aku rasa terbeban di kepala aku mendengar ini...sedih! nak dijadikan kisah taqdir orang ini bukanlah seorang yang cekap menguruskan kewangannya. sedih, ada motor, kena tarik. ada rumah sewa sahaja, tuan rumah nak duduk kena cari rumah lain. cuba untuk beli rumah dengan skim2 bantuan orang orang miskin...masalah bertimpa2, bantuan untuk buat rumah ada, tapi tanah belum rata, perlukan bantuan untuk itu pulak...dan bantuan tidak lulus pulak...aduhh..pada masa sama, duit gaji habis membayar hutang semata-mata. anak-anak ada, tapi juga mengharap ibu bapa sebab anak2nya lambat belajar..tidak cekap membaca. isteri menghidap barah. Aku terus rasa bersalah dan berdosa memiliki duit untuk kehidupan sendiri yang senang.

cerita 2

umur 20 an, lelaki, sempurna zahir batin, dan memiliki sijil adalah kepuasan baginya, berbanding rakan2 yang setakat habis spm, masih terus melepak atau kerja di pasaraya. ingat aku boleh terima keadaan ini, bilamana kehidupan aku selama ini ialah yang aku tahu, bila umur 20an, mesti di universiti. aku lupa yang di sesetengah daerah, jarang sekali orang dapat masuk u. aku ingatkan impian ke menara gading itu hanya kisah dulu2..rupanya memang wujud hingga hari ini...macam mana aku nak telan kebiasaan orang daerah ini, bilamana aku ditanam mindaku oleh ayahku yang degree pun dah tak laku sekarang...orang sume buat masters...dua kontra yang nyata.


Sesunguhnya aku runsing memikirkan mana jalannya untuk aku membantu. aku berdosa memiliki harta untuk diri sendiri. sememangnya harta adalah untuk dibahagi2kan dan disebarkan...bukan berlingkung di kalangan yang kaya sahaja.

Sedang nasib takdir seseorang itu bukan di bawah telunjuk jari kita. seorang penyair menyatakan bahawa pengatur itu selalu binasa. aturan dibuat oleh Ilahi, yang kita lakukan adalah merancang, bukan mengatur untung nasib orang.

Tidak ada komentar:

 
Copyright kejora tujuh warna 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .