Selasa, 31 Mei 2011

mimpi dan angan - angan

aku baru baca buku 'la tahzan' by aidh alqarni. antaranya disebutkan bahawa, jangan bersedih kerana teriknya mentari akan digantikan dengan teduh malam, mendung akan pergi, yang sakit akan sihat kembali, yang dipenjara akan terbebas. Kita hanya perlu tunggu barang sejenak, secebis sabar. Jika semuanya tidak menjadi, ketahuilah bahawa itulah taqdir Allah, berimanlah dengan qada' dan qadarnya. Berbahagialah dengan taqdirNya.

Seorang penyair menyatakan bahawa orang yang bahagia adalah orang yang memiliki harapan.

Cuba bayangkan kalau kita langsung tiada harapan, pastilah kita orang paling sedih sekali! Aku sebenarnya kadang2 putus harap juga...bilamana usaha bertahun2 tak menjadi, selalu gagal, of kos akan putus asa dan kecewa. tak mau berharap lagi. tapi ye lah..kalo kita at least berharap, sedikit kebahagiaan itu akan menjadi milik kita, daripada tiada langsung.huuu

Hoyaa...baru hari tu aku mentuisyenkan sorang anak assistant aku..heheh...darjah satu. comellnyaa...ok la..at least ada benda lain yang aku buat...untuk mengembangkan otak aku dalam bidang agama sikit.. pastu ada lagi sorang assistan nak hantar ank dia plak..haha..lama2 aku buka tuisyen la eh!

dan dengan tiba2 datanglah angan2 untuk buka sekolah/tadika, sebab aku rasa bidang macam tu sangatlah mulia, mendidik anak bangsa. ramainya budak yang bermasalah sekarang, masyarakat jadi mundur! pemikiran jumud walau gaya moden! terkongkong dengan budaya artis yang tidak berpelajaran dan tiada matlamat jelas dalam hidup.

aku rasa aku seorang yang berhati-hati dan teliti berbanding orang lain. aku fikir banyak. jadi aku rasa, aku seorang yang tidak sesuai untuk menjadi orang besar2 yang glemer gitu ..hahaha...jadi angan2 aku tidaklah setinggi mana. aku tiada impian untuk menjadi pakar atau jadi dentist fames sampai satu malaysia kenal, kluar tv etc..aku tiada impian begitu.

impian aku hanyalah untuk membina sebuah keluarga yang baik,berbkti kpd suami (uhuk2), mendidik anak sebaik mungkin, dan menjadi dewasa serta meniti usia tua dengan bahagia bersama keluarga sambil mengurus sebuah tadika/sekolah rendah dan sebuah klinik kecil milik aku. HAHAHAH......angan2 aku nih!!!!

aku tak pernah rasa berharap untuk berkeluarga dan memiliki kemewahan dan darjat dan bersenang lenang membazir duit di kuala lumpur bandar kotaraya nih. sebenarnya aku lebih mahu untuk hidup di kampung semanggol dan mengusahakan sawah padi yang hijau setiap hari dengan sedikit bekalan untuk makan dan minum, serta tak peduli pasal hebatnya orang kl bergaya dan kononnya maju. aku lebih mahu hidup terpencil tapi dengan bekalan iman yang semakin bertambah setiap hari. ini angan2 jek..tapi sebenarnya sekrang banyak kampung yang nak ikut budaya bandar tapi ikut tang bergaya jek. tang ilmu tak mau ikut plak..so aku kuburkan saja angan2 ku tu.

macam2~~

2 komentar:

lya hany mengatakan...

helo cik buhayrah ! amboi bestnya angan2 kamu..semoga segalanya tercapai ~ cheq suka tang mengusahakan sawah padi itu ~

balik mesia nnti cheq nak p join tuisyen hg la bleh dak? nak belaja agama jg..nak belaja fiqh perubatan bole? :)

buhayrah mengatakan...

eh lya! kite ajaq ape nk tau? ajaq jawi laaa!!! hahaha budak darjah 1 jek..

 
Copyright kejora tujuh warna 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .