Selasa, 16 Agustus 2011

'and then i was guided' mode

buku kecil ni masih lagi memberi aku input2 yang tak pernah aku tahu sebelum ni.

Antaranya, perkara yang menyebabkan tercetusnya fahaman syiah..

Sebelum tu, aku nak menekankan kat sini, sebagai umat Islam, kita perlu bersatu padu, bilamana hal cabang kita layan macam hal penting asas semua, hancurlah kita. sampai boleh bermusuhan! biula kita selalu letak aim 'redha Allah' kat tmpat paling atas, kita takkan tergelincir dari landasan sepatutnya. fikir la balik, Allah redha ke, umat Islam bermusuhan kerana berbeza pendapat mengenai sahat nabi semata2???

ok, dalam buku ni, penulis mengatakan yang S berpendapat para sahabat sekali-kali tidak setaraf dengan ahlilbayt. ahli keluarga nabi ni special, mereka berbeza dengan sahabat, sekali-kali tidak sama. berbeza dengan sunni yang tidak begitu meletakkan perbezaan yang besar di antara sahabat dan ahlil bayt.

Antara yang menyebabkan mereka tidak suka sahabat ialah - tragedi khamis, yang diriwayatkan dalam sebuah hadith Imam Muslim. Kisahnya ialah di mana ketika Nabi saw terlantar sakit, dikelilingi sahabat-abu bakr, umar..nabi suruh ambil kertas kerana nabi nak tulis sesuatu, tapi para sahabat bertengkar, sehingga nabi menghalau mereka keluar. S mengatakan sebenarnya nabi nak tulis wasiat supaya ali menjadi penggantinya, tapi umar dah tahu dulu. jadi mereka buat2 bertengkar sehingga nabi tak jadi tulis wasiat tu. ( ulasan lain : janganah bersangka buruk terhadap sahabat nabi. mana kita tahu hati orang)

Sebenarnya aku rasa jelik nak tulis lagi antara sebab2 tercetusnya fahaman S ni, sebab betapa mereka memberi perhatian kepada sikap sahabat sehingga mengabaikan apa yang Islam anjurkan sepatutnya - bersatu!

hmm...tapi xpelah, for the sake of knowledge. kena tahu gak kenapa mereka ni S kan ... so lagi kesahnya mereka ini, bukti2 mereka rasa ahlilbayt suci tidak setanding sahabat ialah bilamana ketika perjanjian hudaibiyah, para sahabat membantah nabi saw, tidak mengikut printah nabi supaya menyembelih kambing dan bercukur..hanya mengikutinya setelah nabi buat sendiri. selain tu, dalam perang khandak, para sahabat mengingkari arahan nabi saw.

aku personally tak rasa perlu beri tumpuan separuh mati kepada itu semua. yang aku pentingkan ialah nabi. mana aku nak tahu kebenaran hakik sejarah mngenai kisahnya para sahabat, zaman pemerintahan umawiyah,abbasiyah, etc... kisahnya muawiyah etc...

Tidak ada komentar:

 
Copyright kejora tujuh warna 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .