Kamis, 09 Desember 2010

paeds oh n yakin diri hmm..?

now at paeds, hosp. tepen'. whew, aku xkesah treat bebudak yang throwing tantrums, or medically compromised patients. well, thats my job.
satu, tension kene baca kad tebal sangat dengan tulisan pelbagai ( boleh tak kita maju sket gune laptop, key in patient details dalam laptop je?) . pastu kene tulis procedures and updates dlm kad, without any mistake duuh.
kesimpulannya sebenarnya ialah, kita kena 'klik' ngan boss.

ok pasal yakin diri. aku? susahnya. aku ada baca satu artikel, salah satu masalah kita tidak yakin diri ialah sebab kita saling berbelah bagi. oh thats really ME! aku sering berbelah bagi. kalo examine patients pun slalu tgk 2-3 kali tmpt sama psl berbelah bagi nk bagi diagnosis apa. KURANGKAN BERBELAH BAGI!
aku terasa macam nak buat je apa2 yang aku rasa bagus untuk aku lepas ni, tanpa rasa berbelah bagi, sebab kalau dah bagus, kenapa kau berbelah bagi kan?

obviously, the conclusion is, jom cari balik semangat yang hilang.

Selasa, 09 November 2010

Tenang bersama pesakit mental

Assalamualaikum wbt..
Hari ni aku pergi ke sekolah khas, patients terdiri daripada kanak2 down syndrome, autism, pekak mungkin.
Apalah sangat bezanya dengan pesakit normal, kanak2 tetap takutkan dentist, takut akan jarum injection..so basically the difference is that down syndrome patients don’t respond to you well. If u ask its painful or not, they may not be able to tell. They might just SIMLE and SMILE!
They will come to you smiling very friendly, always smiling even if the dental treatment was painful.But of course sesetengah benda macam air/water spray, ada yang takut. Well, budak normal pun takut water spray gak kdg2!
So ada masanya aku rasa lebih happy treat patients mental disabled ni. Yang pasti, sebab mereka lebih happy with their life.
Duduk atas dental chair,tengok aku then gelak besar. Pastu tunjuk tepat ke muka aku then gelak mengejek macamlah aku ni nampak macam seekor monyet ke hape. HAHAH lol betul.
Pastu ada sorang tu dah umur lbh kurang 25 tahun. Cikgu dia nak pergi tempat lain sekejap , dia kata takut. Jangan pergi, takut. (dia tu lelaki suara garau). HAHHAHAHA…pastu aku tanya, ko umur berapa? Die kata lima. Tanya lagi sekali, lima. Pastu kitorang tergelak la sikit! Pastu dia kata xpela nanti cakap dengan mak. Kena tanya mak dia umur berapa…HAHAHHAHA

Pastu lagi sorang, aku tanya umur berapa gak.sepuluh. umur sepuluh tahun dah ada janggut. Taktahan gelak aku. Hehe.
Lagi sorang aku tanya nama apa. Dia kata nama dia blabla(nama tu agak sedap gak r)..pastu tgk kad dia nama lain plak. Haih, nak bg kt diri sendiri yang glemer2 jek! HAHAH
Pastu sorang ni lagi dah agak dewasa. Lari sana lari sini. Senyum meleret. Sekali pandang nampak completely insane. Believe it or not, dia seorang yang bertanggungjawab! HAH! Jangan kau gelak ok….lari2 pun, itu sebab dia pegang kunci sekolah tu, dia jenguk2 ko sambil senyum meleret kadang jerit sikit2 sebab dia kena tunggu korang habis dulu, dia balik last sekali sebab kena kunci pintu bilik semua. WOW! Dia walaupun mental disabled, boleh dilatih memegang kunci, membantu orang, sungguh SUBHANALLAH! Pasti mereka sangat boleh dipercayai dan jujur serta innocent.

Haih, aku sangat gembira dan tenang hari ini. (walaupun dsa aku bekeng hapak, dia menakutkan patients aku hampes tol!)

Kamis, 04 November 2010

eksploitasi dunia

lagi. mempergunakan dunia.

saja nk cakap, aku, belajar memang sebab nak dapat A. kenapa? dunia memang macam tu. mengukur manusia di atas keputusan exam yang sememangnya tak dapat mengukur kebijaksanaan manusia secara menyeluruh.

cuba bagitahu aku, sape yg dapat mengukur kebijaksanaan manusia secara menyeluruh? of course hanya exam sahaja, cara yang paling praktikal-mudah kerja, candidates pun ada ruang untuk memperbaiki diri dengan belajar, nak mengukur kebijaksanaan pun dah ada standard yg bersistem. memang peperiksaan cara paling praktikal. what, exam oriented? so what, memang keluar ke dunia luar untuk dapat kerja di uni etc pun macam tu. keputusan exam tetap yang teratas. personaliti diri dll adalah sesuatu yang tak bleh nak diukur dan ditulis atas kertas, tak boleh nak diranking kan macam keputusan spm.

apa aku nk cakap sbnrnya eh?

kalau orang nak membebel orang tu dapat tinggi, x menonjolkan kebijaksanaan sebenar etc...so what? kebijaksanaan, pengalaman, karisma, semua tu kena cari sendiri. jangan harap nak dapat kat sekolah (of course!) jangan jadi dungu sangat, biar dapat keputusan rendah dengan kononnya berpendapat keputusan tinggi tak menonjolkan kebijaksanaan sebenar. gunakanlah, eksploitasi sistem duniawi supaya kau nanti dapat menang berbanding orang lain, selain berusaha memperbaiki diri dari segi pengalaman, kemahiran etc.

eksploitasi. gunakan pemerintah yang sensitif dengan pembangkang ini untuk menyebarkan Islam. berdakwah. apa?
aku cuma nak cakap yang sesetengah pendakwah berada di bawah pemerintahan sekarang, menggunakan peluang yang ada untuk berdakwah. mereka juga berjasa pada perkembangan dakwah islam di malaysia. meski mereka tidak bergiat dalam jemaah. bilamana mereka tidak membawa nama pembangkang, butir bicara mereka lebih didengari oleh pemerintah yang jahil agama. bukankah itu sesuatu yang baik? sampai bila orang jahil perlu menjadi jahil? ilmu perlu disebar. itu dakwah.

Rabu, 03 November 2010

hate everything that happened

AaaaAaAAaaaaaaaAAAaa

banyaknye silap aku hari ni, dsa amek kesempatan terhadap keinnocentan aku n kelembapan aku. nyampahnyeeeeee....
pastu banyaknye komplen patient mcm2...hey, dsa memang tersangat garang n meluatkan berbanding doctors hokkay. tulunlah..but after all, dsa yg bersama dentist(aku) hingga ke akhirnya, di saat jatuh bangun, teman makan(sebab sama2 kluar lambat) sooo~~
bluuurprpppp...muntah!
ada senior yang expressionless n langsung tak ramah. org tegur baju cantek die wat muke aa? smbil kerut kening then blah..WHATTTT? hmmm..masalahnye die adalah senior yg rajen cover keje aku so, tahan je la keexpressionless die tu! uuuuuu....adui, but tqvm.

there's something kinda private happened to me today. of course i cant write it here, sungguh memalukan. sesetengah org soo gatal n berani, and i dont know how to make an expression that i dont like u main2 like that.

its just that i feel like i am someone who likes to please someone i haven't know much. it is because i am taught to do good to all people, and not to put bad impression to anybody i haven't know well. so it is normal(should be done)to act not so pleasing to people i already know, and to certain people who i already know is bad, to be bad to them as well....haih peningnya haku kecek inggereh.

macam2 jadi masalah. kenapa lah!? org pijak kapla kan.

apa2 hal aku kena kembali pada apa yg Allah nak, bukan manusia nak.
kuncinya mudah, amalnya tahulah macam mana..
Allah with me.

Minggu, 24 Oktober 2010

ambil kesempatan terhadap dunia

seriusnya tajuk.
cuma nak cerita, hari ni aku basuh kereta then pegi window shopping. walaupun tengah sesak xde duit sangat, hidup mesti terus, hidup mesti gembira, aktiviti normal seperti shopping perlu diteruskan (haha)!

kehidupan sekarang dengan kerja dibawah bos yang agak bossy adalah sesuatu yang meluatkan. di daerah yang bukanlah suatu daerah yang lebih baik dari kampung halaman aku, sudah tentu menurunkan lagi semangat aku.

tapi bilamana kita mempergunakan dunia untuk mencapai matlamat akhirat, kita akan dapat kepuasan. kita bekerja dengan ikhlas, cuba mencapai maksud redhaNya walau kita sebenarnya tak faham dan tak pasti mana jalan niat ikhlas kerana Allah itu dalam kerja kita, tapi jauh dalam sudut hati kita cuba, insyaALlah, tiada usaha yang sia-sia.

aku berharap supaya dalam pada aku berjalan mengharung hidup ini, aku sentiasa bertemu dengan sinarNya, kerana aku sememangnya sentiasa lalai. macam mana ye? kena usaha lagi ke? kena jadi extraordinary ke untuk berjaya? kena get out of the comfort zone ke untuk jadi profesional-ustaz aka protaz? kena...kena...kena...??

banyaknya tanggungjawab daripada masa yang ada dan aku terus tidur lena dan panjang di malam hari.
banyaknya ilmu dunia dan agama yang aku lemah tapi aku terus membelek majalah dan novel.

macam mana ye masa depan aku sebenarnya? takkan nak biarkan kaki yang melangkah yang tentukan nasib kita?

ok, sekarang perut lapar maut. makan untuk hidup lol..jom makan~

Rabu, 20 Oktober 2010

meluatnya tensennye org mengumpat everyday

tensennye org sekeliling aku semuanya jenis kalau nak berborak tu mesti topik2 yg berkisar mengenai kehidupan org lain. hari2 mengumpat, x bosan ke? x takut dosa ke..

eeeeiiii...aku ni baru so kalau boleh nak berbual2 ngan kwn2 sekerja..nak happy, so aku join borak..tp bnyknye org nak borak pasal org lain tak tahan aku..

pastu satu hal lagi boleh tu bergurau cubit2 laki pmpuan. yg pmpuan tu baru kawen, yg laki bujang. pastu kdg2 gurau berabang sayang suara manja. apehal ni ok?! rebut tempat duduk sama2 tampar cubit2 hmmm? pastu nk amik air smayang buka tudung ade laki kt depan. what the tttt...grrrr....diorg ni bukannye moden ke hape. masalah diorg ialah kurang kesedaran agama. simpati sangat. rugi bertimpa-timpa dunia akhirat.

kalau hari2 aku join borak ngan diorg memang membukit dosa aku, hari2 makan daging saudara sendiri.

Selasa, 19 Oktober 2010

mengenali taiping sedikit demi sedikit.

ahhhaha!

tadi singgah petronas sekejap sebelum balik rumah. dh kali ke3 kot.. masa 1st time siap tanya si cashier tu, pam yg blkg num brape sebab lupe nk tgk sblm ke kaunter.ehehhe..buang malu jauh2 pasal malas nk g check balik.wakaka..

pastu hr ni masa g lagi, sengih panjang sikit dia. mungkin dh kenal kot!! ni la yg tanye pam tuh, adeh! siap tanya nape parking jauh bla2...then aku cakapla takut org langgar kalo parking tmpat lain (cop, dia usha keta aku la kan? )..n conclusion aku, terpaksalah kata tu keta baru..hehehhe..suke gak sbnrnye nk kata keta baru ahhaha...belum habis excited keta baru..ye la, x celebrate pun tau..dapat2 keta terus kene rush ke taiping balik. ok babai dah! --> segan rasanya nak dtg lagi, tapi mesra petronas tu mmg akan jadi tmpt prsinggahan aku utk setahun dua nih! uhuuu

pastu kwn kt tmpt kerja puji baju aku cantek.kekkekek..cantik2..aku pun rasa happy n riang ria rasa mcm kanak2 pakai baju ni yg meriah warna warni merah kuning bunga2 macam taman bunga yg sesak. hahaha..kain cotton mcm budak sekolah.

ok la hari ni, boleh meletakkan beberapa inci senyuman di bibirku.

tapi sedihnya tgk patient macam2..isk isk..cerebral palsy, tube feeding, cleft, parents sebaya aku, anak 1st cleft. tapi diorang sume TABAH! aku patut contohi mereka lah ye!

dan, aku punye knowledge macam hampas. DSA yg menunjuk ajar aku - which means, mereka tak yakin dengan aku..so belajarlah lagi kan! takkan xtahu nak buat2 tahu, nampak lg bodoh kot.

ok, so long

salam kerja untuk semua.
semoga dapat cuti rehat panjang, eheheh
 
Copyright kejora tujuh warna 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .