Tampilkan postingan dengan label semasa. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label semasa. Tampilkan semua postingan

Senin, 30 Agustus 2010

neturei karta (Islam tidak memusuhi yahudi)

Baru sekejap tadi,saya tonton jejak rasul, yang menceritakan mengenai penganut agama yahudi. Mereka bukanlah zionis, malah zionis tidak berasal dari yahudi. Zionis mengajar arrogance dan aggressiveness,tetapi yahudi mengajar belas kasihan dan perikemanusiaan.

Naturei karta - sebuah pertubuhan yahudi orthodox yang menentang zionism, menentang pendudukan zionist di palestin, bahkan tidak menyokong penubuhan negara haram itu.

WHAT IS THE NETUREI KARTA?

Neturei Karta opposed the establishment of and retain all opposition to the existence of the so-called "State of Israel"!


The name was given to a group of Orthodox Jews in Jerusalem who refused (and still refuse) to recognize the existence or authority of the so-called "State of Israel" and made (and still make) a point of publicly demonstrating their position, the position of the Torah and authentic unadulterated Judaism.
click here


Neturei karta bahkan mengadakan demontrasi penentangan terhadap zionism, dan mereka juga pernah dicederakan golongan zionist.

Menurut seorang ulama palestin, zionist menggunakan agama yahudi sebagai topeng kepada aktiviti keganasan mereka.

wallahua3lam.
hancurlah zionist selamanya!

Rabu, 04 Februari 2009

rakyat celik

bismiLlah

saya tak suka menulis mengenai sesuatu yang saya tidak tahu, apatah lagi mengutuk atau mengomen.

Tapi hey, saya bukan buta. Rakyat bukan buta. Pemimpin main-main politik kat atas sana, setiap kali berlaku sesuatu, bertukar-tukar ucapan pula. Ucapan pula sekadar ucapan teks yang ditulis seseorang yang tidak mendedahkan aib sendiri, apalagi kebenaran. Sekali lagi, saya bukan buta dengan permainan politik dan strategi mereka. sementah-mentah saya dalam bidang politik, saya juga tahu baik buruk. Saya masih celik lagi.

Keahlian dalam parti bertukar 2-3 kali dalam masa seminggu! Bolehkah saya menyatakan bahawa seseorang ini ada pendirian lagi? hmmmphh!

Pergolakan politik Perak membuatkan saya benci dengan etika pemimpin kini, yang hanya mahu memperjuangkan kemenangan parti, bukan lagi kebajikan rakyat. Rakyat Perak bukan semuanya senang. Mereka perlukan perhatian. Daripada sibuk masuk keluar tv bagi ucapan, baik turun padang menjenguk kampung.

Saya yang kecil ini suka nak beri cadangan supaya gaji pemimpin diturunkan, populariti menteri dikurangkan, supaya tiada lagi orang yang mahukan jawatan kerana harta dan kedudukan, tetapi kerana ikhlas berbakti kepada negara.
 
Copyright kejora tujuh warna 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .