Tampilkan postingan dengan label Nota kepada Diri. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Nota kepada Diri. Tampilkan semua postingan

Senin, 21 November 2011

getting back to Him

sesungguhnya Engkau tahu
bahawa hati-hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintamu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayamu yang tiada pernah padam
ya Rabbi bimbinglah kami

lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakkal padamu
hidupkan dengan makrifatmu
matikan dalam syahid di jalanmu
engkaulah pelindung dan pembela

Rabu, 21 September 2011

bab khitan - dh hbs fasal 3 tarbiyatul awlad

wow..
dah lebih kurang setahun kerja, aku baru habis fasal 3 kan? yang sebelum2 ni aku baca pun sbnrnya 90% dah tak ingat..
well, td baca pasal khitan.
basically,

hukum : wajib ke atas lelaki, sunat ke atas perempuan

waktu : sebelum baligh. boleh juga ketika lahir, supaya once dia baligh, dia terus dapat menunaikan kewajipan sebagai muslim dalam keadaan berkhitan.

kebaikan : elakkan kanser, bau busuk dll.

hikmatnya berkhitan, bila ibu bapa melaksanakan khitan kepada anak2, anak2 akan dilatih dalam suasana Islam sejak kecil. sejak kecil dia sedar kewajipan2 sebagai muslim itu bagaimana...sudah dilatih tanggungjawab sebagai muslim, jadi anak itu sudah dilatih sebagai muslim semenjak dia dikhitankan lagi.

Sabtu, 12 Maret 2011

sayang kerana Allah!

Hari ni hari sabtu. Aku dah habis banyak duit bulan ni, termasuklah sebab servis kereta. Jadi petang ni aku decided untuk duduk berhibernasi di rumah, secara langsung mengurangkan penggunaan duit. Aku bercadang untuk membaca anatomy, update n refresh knowledge. Aku duduk kat meja aku dan terpandang sesuatu. BIngkai gambar pemberian adik usrahku. Sweetnya. ‘kami sayang kak Ayman kerana Allah’. Sesungguhnya getaran sayang tu sangat terasa hingga ke jantung, naik ke mata merembeskan air mata! Walau aku tidaklah serapat mana dengan mereka, jarang update berita. Tapi kalimat kerana Allah itu, aku terasa, hangatnya saying itu, niat ikhlas yang agung keranaNya!

Pantas, terus aku teringat benih2 ilmu yang kudapat sepanjang usrah kita. Terus kubuka buku usrahku yang sangat berharga, muka hadapan ada kertas yang bertulis ayat surah as-saff:8 yang bermaksud:

‘mereka ingin memadamkan cahaya(agama) Allah dengan mulut(ucapan) mereka dan Allah tetap akan menyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir benci’

Sungguh, ayat2Nya adalah mukjizat, sekadar membaca maksud sahaja, jantung kita bagai ditembak. Bahkan sekeras2 hati Umar al-Khattab boleh lembut dan beliau terus memeluk Islam pabila terbaca ayat ini 20:14.

Dalam kertas tu juga tertulis, bagaimana bila tuduhan palsu dikenakan terhadap penyokong dakwah, kita berasa seperti itu telah mengabui mata orang ramai, menyebabkan orang ramai lari dari dakwah. Orang ramai berputus asa dengan jemaah Islam. Tetapi sebenarnya, tuduhan palsu bukanlah suatu perkara yang asing pada zaman nabi, bila tuduhan palsu berlaku, terbukalah tembelang manusia zalim di dunia ini, taghut diketahui dunia, lalu Allah akan gantikan dengan kemenangan seperti tertubuhnya negara Islam di madinah.

Aku lalu terlihat lagi, sekeping punchcard bertemu tak jemu. Aku sungguh rindu untuk menatap borang2 yang dulunya membosankan aku! Aku nak sign dan tulis laporan, sungguh aku rindu! Kemudian bentangkan laporan, perkembangan etc. sungguh berwarna warni program pada masa itu, walau di kala sibuk belajar. Sekarang masa ada, tapi orang plak takde! Hargailah segala yang anda ada di waktu sekarang, mungkin tak dapat lagi pada lain masa!dan aku terus kangeeen!

Tajuk pertama dalam buku usrahku..’peribadi pemimpin’. Memimpin, suatu taklif, bukan tasyrif, ingat tu! –of course kot. Heheh…same goes tu being a doctor, right! Ramai dentists rasa poyo dan besar jadi doctor, assistant dibuatnya kuli.Hello sangat! Hak seorang pemimpin(apa yang perlu dia dapat) ialah kesetiaan, ketaatan dan teguran.
Tajuk kedua, mengikut hawa nafsu. Hawa nafsu adalah musuh paling dekat, dan ibu kepada dosa2 kecil. Astaghfirullah. Sabda nabi,’dua perkara paling ditakuti ialah hawa nafsu dan panjang angan2’. Hawa nafsu juga menyebabkan kita sukar menerima kebenaran. Ataghfirullah, jauhkan aku dari mengikut hawa nafsu.

Kemudian aku berpindah ke tajuk ‘ukhuwwah’ aku tulis di situ, ukhuwwah adalah hadiah kepada orang2 beriman. Sesungguhnya, aku rindu sahabat2 aku yang mengingatkan aku kepadaNya!

Selasa, 29 Desember 2009

produk bayt tarbiyyah

asmlmkm wbt.

Tarbiyah bermula sejak dari perut ibu lagi. Bagi yang bertuah, sejak di perut ibu lagi dia telah mendapat tarbiyah. Betul ke?

Sepanjang perjalanan kehidupan sejak menemui dunia, hati dan ruh yang menumpangi jasad melalui pelbagai bentuk peristiwa, majoritinya datang dari bentuk keluarga itu sendiri. Jika keluarga itu sendiri menghendaki peristiwa-peristiwa tersebut adalah tarbiyah buat mereka, maka tarbiyahlah yang mereka dapat.

Ibu bapa yang memgerti kepentingan tarbiyah dalam pembentukan seorang insan, akan sedaya upaya menjadikan kehidupan keluarga tersebut berada dalam lingkungan tarbiyah. Tarbiyah bagi saya adalah didikan, asuhan dan pembentukan.

Seawal dodoian bayi dengan selawat, melazimi bacaan quran oleh ahli keluarga dan solat jemaah, sungguh itu memberi kesan kepada si bayi.Dan sepanjang pembesarannya, titip-titip tarbiyah yang mengisi perjalanan kehidupannya..masjid, majlis ilmu..dan sebagainya. Dalam masa yang sama masih didedahkan dengan alam dunia sebenar, menumbuhkan kekuatan dan synergistic effect ke atas tarbiyah itu tadi.

Kesan tarbiyah yang terlalu lama sejak kecil hingga sekolah menengah, hampir 17 tahun, menghasilkan jati diri insan yang jelas pegangan agamanya, ibadat adalah kebiasaannya dan maksiat adalah dosa yang patut dijauhi. Takut akan Tuhan. Kesan tarbiyah sungguh teguh, sepertinya digam-gam pada hati insan itu. Tapi gam juga boleh cair, begitu jugalah tarbiyah, jika insan itu sendiri tidak tahu menjaga gam itu. heh..

Sungguh, produk bayt tarbiyah adalah sebaik produk dan janganlah bila keluar dari bayt itu, dirosakkan segalanya pula. Tarbiyahlah dirimu sendiri pula!!

Selasa, 02 Juni 2009

isteri-isteri di pejabat

Ustaz Azhar Idrus - Ceramah-ceramah beliau amat bersahaja namun menyengat dan mengena batang hidung. Sama-samalah ambil iktibar ~

- Ceramah mengenai isteri di pejabat yang bertabarruj untuk diperlihatkan kepada rakan sekerja. Semakin saya meningkat dewasa semakin saya ingin mengenakan gaya yang lebih menampakkan dewasa dan dalam masa sama, saya terlupa mengenai adanya larangan tabarruj ini. Mari kita sama-sama ingatkan diri :

www.youtube.com/watch?v=gTUgSJhHMIg

Sabtu, 11 April 2009

hati yang jernih

Aku punya impian untuk memiliki sekeping hati yang jernih. Bersih dan suci.

Tapi, aku manusia punya kelemahan dan dosa. Setiap hari aku berjalan dengan khilaf dan silap di sekeliling penghidupanku, jadi bagaimana untukku peroleh hati yang jernih?

Ya, Allah, aku mohon padamu, kurniakan aku hati yang bersih, memikirkan kebaikan dan mengingatimu. Bersangka baik, memaafkan kesalahan, redha dan sabar. Kurniakan aku jiwa yang tenang. Menerima dan berusaha memperbaiki.

Aku tahu bahawa bercakap mengenai keburukan orang adalah dosa. Aku tahu bahawa perkataan yang buruk harus dijauhi, hiburan sepatutnya berpada-pada...aku tahu tapi masih, perkara yang sebegini berada di sekeliling penghidupanku. Aku lalai dalam aku menjalani jauhnya dan lekanya perjalanan kehidupanku, yang kini berlingkar di sekitar klinik dan lecture hall. Adakah itu suatu alasan yang boleh aku sandarkan kesalahanku? Tidak...

Ya Allah, ampuni aku dan tunjuki aku. Ingatkan aku.

Kamis, 02 April 2009

rupa rupa-rupanya pura-pura

tiada makna di sebalik rupa atau wajah.

Wajah yang menarik sering diguna-guna untuk tujuan kebaikan diri sendiri, atau kepuasan sebenarnya. Dan pada masa yang sama juga banyak orang terpukau dengan wajah yang menarik. Seolah wajah adalah suatu aset tarikan dan juga suatu sebab mengapa terjadinya diskriminasi?

Yes, ada terjadi orang berwajah menarik hanya memberi keistimewaan kepada orang yang juga berwajah menarik?! Betapa rendah pemikiran, uff..

Namun keadaan ini bukanlah suatu yang dipaksa-paksa, dilatih dan diajar, ini adalah fitrah manusia yang sukakan kecantikan. Sesuatu yang cantik menarik, pasti lebih disukai dan mudah menarik perhatian manusia.

Keadaan ini kadang-kadang memberi kesan buruk kerana wajah bukanlah cerminan peribadi, wajah yang cantik, tetapi tidak menggambarkan peribadi yang seiringan seolah berpura-pura atau berbohong kepada orang memandang. Tapi, adakah itu salahnya?? TIDAK!

Di sini letaknya frasa 'kecantikan duniawi' yang perlu kita lupakan dan sematkan di minda bahawa apa-apa berbentuk duniawi adalah binasa sifatnya. Pakukan di minda bahawa kecantikan dunia adalah pinjaman dari ALlah, dan pujilah si peminjam keranaNya-lah yang berkuasa ke atas kecantikan tersebut.

Iman dan tauhid perlu menjadi asas dalam setiap penilaian kita terhadap penciptaan segala yang berada di dunia ini. Bertaqwalah, jagalah pandanganmu agar pandanganmu mentafsirkan kekuasaan Allah, bukan kehebatan manusia kerana manusia hanya hamba yang sama semuanya seperti kita lagaknya, walau sebenarnya tak berlagak pun, aku menyeleweng? hah. stop right now.

Sabtu, 28 Februari 2009

kejora tujuh warna

kejora itu ada tujuh warna
satu warnanya putih


Salah satu daripada impianku dalam hidup ini adalah mencapai kesejahteraan dan kebersamaan dalam agama. Merasa cinta dan tenggelam dalam asyiknya ilmu Ilahi mengenai agamaNya Islam. Itu aku cukup pasti telah ada di hadapan mataku pada diri seseorang yang bernama ayahku.

Aku membesar dan ku di-didiki dengan kedua ibu bapaku yang hatinya terpaut pada Islam dengan sedalam lautan di bumi ini. Aku, di sini begitu.

Tanpa satu pun usaha dariku, salah satu dari tujuh warna itu telah ku capai, warnanya putih. Itu adalah warna pertalian darahku dengan ayahku. Putih. Seolah warna yang enam lagi jauh sungguh dari aku.

Ungu - warna-warni hidup seorang huffaz yang ayat-ayat Quran menjadi penyeri hidupnya sepanjang waktu

merah - Warna kesihatan yang baik sepanjang merasakan batang tubuh milik Allah

Jingga - Kesungguhan menuntut ilmu dan kecintaan kepada ilmu

Kuning - ketepatan pada waktu

Biru - kefasihan berbahasa arab

hijau - ketekunan bekerja

Sabtu, 14 Juni 2008

nota kepada diri

'nota kepada diri' ialah sebuah buku karangan TGNA yang memuatkan subtopic pelbagai peringatan berkenaan pelbagai perkara dalam kehidupan. Definitely 'notes' / 'nota'.

Air Mata

Terdapat pelbagai jenis air mata yang dialirkan oleh manusia dari 'lacrimal gland' mereka. Jika dilihat secara kasar, air mata itu sama sahaja. Jernih, dan rupanya seperti air.

Tapi hakikatnya hukum air mata yang dialirkan itu tidak sama. Ada air mata yang mendapat pahala, dan ada juga yang tidak berharga langsung di sisi Allah.

Sesetengah manusia mengalirkan manusia dengan tujuan lakonan semata-mata dan mendapat publisiti. Dengan harapan agar lakonannya menjadi, dan memukau penonton lalu mendapat bayaran yang lumayan. Ada juga yang menangis untuk menipu. Air mata ini langsung tidak berharga dan sia-sia sahaja.

Manakala air mata yang mendapat tempat di sisi Tuhan adalah air mata seorang hamba yang mengalir mengenangkan dosa-dosa dirinya, bangun di tengah malam dan memperuntukkan dirinya semata-mata buat ALlah, meminta diampuni dosa-dosanya.

Zakat - diseterika dengan besi panas

Apa yang nak diceritakan di sini ialah berkenaan orang yang tidak mahu menunaikan zakat, lalu muka, lambung(rusuk) dan belakang mereka pun diseterika dengan besi panas dari neraka kerana keengganan mereka.

Mari perhatikan sebuah hadith oleh Ibn Umar RA, riwayat Muslim :

Tidak ada seorang pun yang memiliki emas dan perak (harta) yang tidak menunaikan zakatnya melainkan di akhirat kelak, emas dan perak itu akan ditukarkan kepada lopgam panas di neraka. Logam panas itu akan menyeterika muka, lambung(rusuk) dan belakang mereka.

Mengapa pula dimulakan dengan seterika di muka, lambung dan belakang?
Ini digambarkan dengan keadaan orang yang bakhil, apabila didatangi orang yang mahu meminta pertolongan, mereka akan berpaling. Perbuatan berpaling bermula dengan memalingkan muka, memalingkan bahagian lambung dan kemudian bahagian belakang. Semua bahagian tubuh badan yang bakhil dan kejam ini akhirnya diseterika dengan logam panas sebelum dicampakkan ke kawah api neraka.

Wal 'iyaz biLLah.
 
Copyright kejora tujuh warna 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .