Rabu, 17 Februari 2010

menikmati belajar sepenuhnya

Hari ni, credits to Dr Reem Abdelhafez, such a lovely, polite yet still telling me the mistakes i did and this is what we need from lecturers! A very basic thing about perio and i misunderstood it for 2years. i should be punished for this.

A perio probe grid is : 1,2,3 mm then 5mm, 8,9,10 mm. thats it.
So what if i got 7/10 for not knowing these basics, at least i learnt,now.
Compared to certain lectrs, kalau buat salah kang, jawapan tak dapat, marah dapat, akhirnya aku balik dan grad dengan kebodohan sebab tak tahu jawapan sebenar, dan bengang ngn lectrs. Rugi kan? Semua pun rugi. Rugi, rugi rugi.

Memang perio ni sekecil2 perkara tu adalah penting. Yaaa.. currettes yang halus tu nak dijolok dalam celahan gusi berdarah merah. Maaak! Pastu nak dikira berapakah milimeter die masok..mereeng..

Currettes sizes :
(gracey)
1-2 n 3-4 : anterior teeth
5-6 : anteriors and premolars
7-8 n 9-10 : posteriors facial n lingual
11-12 : posteriors mesial
13-14 : posteriors distal

abesla masa die tanya, kamu tahu kan saiz2 ni?, pastu aku buat muka biasa jek, tak jawab. Saya jawab kat sini ye doc , : saya tahu, tapi saya tak ingat sebab jarang gunakannya di klinik. Kalau kene scaling or root planing tu kan doc, saya amik je mana2 instrument yang saya suka, then kerjakan ptn tu. Patutla calculus xbanyak kluar ye doc! hehehe..Pastu, baru tahu yang currettes tu ada sharpener die sendiri. Macam asah pisau jek. Lenkali nak buat gak cam doc la! hehe..thanx Dr Reem Abdelhafez! Luv ya!!

Minggu, 14 Februari 2010

bersedia untuk dipersalah (lagi)

i need to get ready to be blamed, to be told you are wrong, to be scolded, bersedia untuk diinjak maruah, bersedia untuk menerima kesalahan yang bukan kaulakukan, bersedia untuk rasa didouble-standard kan. sebab apa? sebab esok ______.
Walau bersedia macam mana aku sekalipun, aku tetap kecewa pabila diperlakukan dengan tidak adil. Sebab sememangnya aku telah get ready study, apa perkataan yang patut aku kata supaya orang tak marah,menyusun gerak kerja agar tersusun, aku dah bersedia dan experiences proves that even aku lakukan semua tu, aku masih dipersalah. Its just me the factor is. Kalau takde aku barulah ini semua tidak terjadi. How pathetic it is.
Aku sentiasa mengharapkan yang keadilan sentiasa melingkari hidupku..yang setiap tangga kehidupanku ini terbina oleh asas keadilan. Biar hitam cacat, tapi haknya dijaga.
Rahmat Allah itu luas, rezeki Allah ada di mana-mana. HikmahNya tersembunyi di balik ujian berat dan ringan. Aku harap masih ada sinar untukku di esok hari. Moga-moga aku dapat lecturer yang memahami esok ya Allah!

Sabtu, 06 Februari 2010

feeling home, feeling right

when i am not at home, i dont feel right. i feel wrong and awkward.

Let go the past and move on!

There's lotsa work and studies to be done so move on!!!

You got 5 months from now on to fight, and then free is what u'll have.

Rabu, 03 Februari 2010

psikologi ibu bapa

bismillah.

Kenapa ye, ada banyak je buku mengenai psikologi anak-anak, tapi takde satu pun buku mengenai psikologi ibu bapa, atau sekurang-kurangnya saya ni pernah mendengarnya sekalipun. Kenapa? Sebab yang menulis buku-buku ni adalah orang berpengalaman, dan mereka sudah pun menjadi ibu bapa dan sudah 'expert' menjadi seorang anak dalam keadaan umur yang telah pun berusia. Buat apa menulis mengenai diri sendiri, jadi mereka pun menulislah mengenai anak-anak, betul tak?

Well sebagai anak, saya ingin menjadi seorang yang seimbang, menjaga hak kedua-duanya, iaitu anak dan ibubapa. Dalam sebuah buku yang saya baca, ibubapa bila anak mereka kecil, mereka ada sepenuh kuasa membuat pilihan bagi anak mereka yang tidak tahu apa-apa itu. Jadi setelah anak besar, bukan mudah untuk melepaskan anak mereka itu membuat keputusan sendiri. 'I'm losing my daughter!', itu rasa mereka.

Apabila saya yang telah agak dewasa ini sekali sekala pulang tinggal bersama ibubapa, saya dapat merasakan sikap-sikap sebegini pada ibubapa. Ibubapa terasa kehilangan anak mereka! Sememangnya tiada harta yang lebih mahal bagi seorang ibu/bapa selain anak mereka sendiri.

Menjadi seorang 'tua', baju fesyen terkini bukan lagi suatu nikmat, makanan sedap-sedap bukan lagi kegemaran, kerja dan persekitaran sudah tiada erti kerana di penghujung usia sebegini, hiburan mereka adalah anak-anak. Jadi pabila mereka kehilangan 'kuasa' terhadap anak sendiri, aku dapat rasakah apa yang mereka rasakah. Betapa aku terpoyo di sini.

Saya cuma meletakkan diri saya di kedudukan seorang yang berumur 60 tahun contohnya. Aku telah merasai hampir keseluruhan nikmat di dunia ini, belajar, bekerja, berkahwin, beripar duai, bermasyarakat, bagi suri rumah, aku telahpun habis mengurus anak kecil dan persekolahan mereka sehingga anak-anak telah pun boleh menguruskan diri sendiri. Jadi di saat penghujung usia sebegini,di waktu wajahku telah pun berkedut, organ dalaman sudah terlalu lama digunakan dan tidak sihat lagi, aku terasa agak kosong ditambah pula dengan anak-anak yang tidak menghiraukan diriku. Mereka cuma perlukan teman, tapi di saat itu anak-anak telah pun punya hidup sendiri! Jika diri ibubapa tidak punya cukup pergantungan kepada Allah, tidak mengisi hatinya dengan kecukupan dengan Allah, maka kekosongan itu sudah tentunya lebih-lebih lagi terasa! * teringat kisah di mana seorang wanita tua hampir bunuh diri kerana terlalu sunyi selepas suaminya meninggal dunia*

Apa ya yang boleh dikaitkan dengan agama? Apa panduan agama sebenarnya dalam hal ini yang aku lihat agak tidak seimbang. Ibubapa memerlukan anak-anak di saat anak-anak sudah boleh berdiri sendiri. (what an ungrateful anak!)

Seorang ibu melahirkan anak dengan segala kesakitan, berkorban keselesaan diri demi melahirkan seorang lagi hamba Allah di muka bumi. Dari beberapa kisah kematian bayi selepas kelahiran, aku merasakan yang seorang ibu sepatutnya mengikhlaskan diri mengandung dan bersalin, kerana Allah. 'Aku mengandung dan melahirkan seorang hamba Allah supaya lebih banyak Muslim akan ada di muka bumi ini menjadi khalifah, mengembangkan Islam memakmurkan bumi Allah seperti suruhanNya'. Seorang ibu tidak boleh merasakan pemilikan mutlak terhadap anaknya walau dirinya yang mengandung melahirkan anak dengan kesakitan yang hampir mati itu. Bila kita merasakan anak adalah milik kita, kita tidak mahu anak itu hilang, apa lagi mati. Kita merasakan anak itu akan melakukan apa yang kita suruh, mereka akan menjadi seperti kita, mereka akan membesar mengikut apa yang kita rancangkan, padahal semua itu tidak semestinya akan terjadi, kerana anak bukan milik kita yang mutlak.

Apa yang ada di antara anak dan ibubapa hanyalah kasih sayang,tanggungjawab dan aturan yang ditentukan Islam. Apa yang mengikat kita adalah itu semua. Jika semua ini tiada, maka tiadalah hubungan anak-ibubapa lagi.

Boleh ke? yeah..

Sabtu, 02 Januari 2010

holiday - study

life is much more stressing when u know that u have to study during holiday. and the worse is, u got no interesting plans for the holiday, i'm no longer impatient to meet the holiday like always. why did i chose this fate? i can just forget about study and go back home instead. but i cant!! coz i know i'll regret it soon. so...tell me, what should i do?
i need a lecturer to tell me that i dont have to study and just go and relax.am i too nerd?!

Selasa, 29 Desember 2009

produk bayt tarbiyyah

asmlmkm wbt.

Tarbiyah bermula sejak dari perut ibu lagi. Bagi yang bertuah, sejak di perut ibu lagi dia telah mendapat tarbiyah. Betul ke?

Sepanjang perjalanan kehidupan sejak menemui dunia, hati dan ruh yang menumpangi jasad melalui pelbagai bentuk peristiwa, majoritinya datang dari bentuk keluarga itu sendiri. Jika keluarga itu sendiri menghendaki peristiwa-peristiwa tersebut adalah tarbiyah buat mereka, maka tarbiyahlah yang mereka dapat.

Ibu bapa yang memgerti kepentingan tarbiyah dalam pembentukan seorang insan, akan sedaya upaya menjadikan kehidupan keluarga tersebut berada dalam lingkungan tarbiyah. Tarbiyah bagi saya adalah didikan, asuhan dan pembentukan.

Seawal dodoian bayi dengan selawat, melazimi bacaan quran oleh ahli keluarga dan solat jemaah, sungguh itu memberi kesan kepada si bayi.Dan sepanjang pembesarannya, titip-titip tarbiyah yang mengisi perjalanan kehidupannya..masjid, majlis ilmu..dan sebagainya. Dalam masa yang sama masih didedahkan dengan alam dunia sebenar, menumbuhkan kekuatan dan synergistic effect ke atas tarbiyah itu tadi.

Kesan tarbiyah yang terlalu lama sejak kecil hingga sekolah menengah, hampir 17 tahun, menghasilkan jati diri insan yang jelas pegangan agamanya, ibadat adalah kebiasaannya dan maksiat adalah dosa yang patut dijauhi. Takut akan Tuhan. Kesan tarbiyah sungguh teguh, sepertinya digam-gam pada hati insan itu. Tapi gam juga boleh cair, begitu jugalah tarbiyah, jika insan itu sendiri tidak tahu menjaga gam itu. heh..

Sungguh, produk bayt tarbiyah adalah sebaik produk dan janganlah bila keluar dari bayt itu, dirosakkan segalanya pula. Tarbiyahlah dirimu sendiri pula!!

Minggu, 27 Desember 2009

hello world

aslmkm..

got stuck in a full exam week nearly a month, think i need to inform u, hello world, i'm still alive. lol, thanx to Mr Wannado, connecting me a bit to the malaysialy world, via www.bharian.com.my .

i'm doing ok with my exams, there's rahmatNya and doa that brings me to these good marks, of course, usaha and tawakkal.

While going through my bloody continuos exams, i still got exam cases in clinics, and dealing with some of them are freakingly frustrating. Some people just dont know how to be nice to others, but thanx, u made me stronger dude.

ah well, studying hardly and sleeping lessly doesnt really makes u stressed out when u got just nice marks. Really...and i gonna use this full month holiday very effectively,...to study daaa...insyaAllah.
 
Copyright kejora tujuh warna 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .