bismiLlah
saya tak suka menulis mengenai sesuatu yang saya tidak tahu, apatah lagi mengutuk atau mengomen.
Tapi hey, saya bukan buta. Rakyat bukan buta. Pemimpin main-main politik kat atas sana, setiap kali berlaku sesuatu, bertukar-tukar ucapan pula. Ucapan pula sekadar ucapan teks yang ditulis seseorang yang tidak mendedahkan aib sendiri, apalagi kebenaran. Sekali lagi, saya bukan buta dengan permainan politik dan strategi mereka. sementah-mentah saya dalam bidang politik, saya juga tahu baik buruk. Saya masih celik lagi.
Keahlian dalam parti bertukar 2-3 kali dalam masa seminggu! Bolehkah saya menyatakan bahawa seseorang ini ada pendirian lagi? hmmmphh!
Pergolakan politik Perak membuatkan saya benci dengan etika pemimpin kini, yang hanya mahu memperjuangkan kemenangan parti, bukan lagi kebajikan rakyat. Rakyat Perak bukan semuanya senang. Mereka perlukan perhatian. Daripada sibuk masuk keluar tv bagi ucapan, baik turun padang menjenguk kampung.
Saya yang kecil ini suka nak beri cadangan supaya gaji pemimpin diturunkan, populariti menteri dikurangkan, supaya tiada lagi orang yang mahukan jawatan kerana harta dan kedudukan, tetapi kerana ikhlas berbakti kepada negara.
Rabu, 04 Februari 2009
Minggu, 04 Januari 2009
dont expect perfection
Dont.ever.expect.perfection.except for nabiyyuna Muhammad s.a.w.
What? if you see someone look good, nice or pious, you stick in your mind that this person mustn't do anything wrong. And then, if she did wrong, you'll be like condemning that person with all words that you want to, and tuning your good expectation before to the worst you ever had. Hey, is that person perfect that she should not do anything wrong. Is she/he an angel or whatnot?
Bagi saya, semua, SEMUA manusia buat silap. SAYA buat silap. Saya selalu berangan untuk menjadi seorang yang baik, tapi diri saya juga tidak sekali-kali sempurna. What do you think i should do? Membiarkan ketidaksempurnaan itu menguasai diri sekaligus memberi contoh muslim yang lemah? Apakah salah untuk aku membuat baik lantas menjadi contoh baik untuk orang bukan Islam, tapi dalam masa yang sama aku terbuat silap. Adakah kesilapan kecil patut diperbesarkan, lagi-lagi oleh seorang yang sama-sama muslim? I just dont get it! People should think big. Judge things wisely, look around, you're not the only one who is living on earth, and you're not the only one who have thoughts, Muslims are acting, nonmuslims are thinking.
Sometimes, we should think of our own good. Kalau sayangkan diri sendiri, kita akan melakukan segala yang terbaik untuk diri sendiri. Jika orang sekeliling baik, kita juga akan jadi baik. Jika kita mahukan diri jadi baik (selfish) kita juga akan membuatkan orang sekeliling jadi baik. get it? Being selfish in this situation is not selfish at all. We act selfish just dalam fikiran, tapi untuk luaran, sebenarnya kita have effort untuk orang sekeliling.
I just hope that human's expectation wont affect me that much as I dont live on human expectation. I live because of Allah. And i hope to be a rabbani Muslim. Berjiwa rabbani. Mengharapkan redha ALlah di mana-mana.

Rabu, 31 Desember 2008
silent is not an option
Silent is not an option at least for us, Muslims.
Jika 50 biji bom telah digugurkan di Palestin, maka 50 sel hati kita juga patut hancur kerana kita dan mereka seolah saudara, setiap apa yang terjadi pada mereka turut emmberi kesan pada diri kita. Kerana itu, membisu bukan satu daripada pilihan yang boleh dilakukan oleh mana-mana muslim sekalipun.
250 orang meninggal dunia, 700 lain cedera dan jumlah kematian mungkin meningkat ke angka 350. Ini adalah serangan paling teruk yang pernah berlaku. Saya tak dapat membayangkan betapa berapa sahaja penduduk Palestin yang tinggal memandangkan sebelum ini, angka penduduk Palestin sememangnya sedikit.
Saya resah memikirkan keadaan di Palestin yang penuh sekatan perubatan dan makanan, bagaimana mereka akan survive? Sedang saya di sini masih lagi merancang-rancang untuk melancong sedang duit penuh di poket. Kesal saya, maka rancangan itu dibatalkan saja. Saya tidak selesa. Sedang saya hanya beberapa jam sahaja, boleh tiba di Ghaza, dan dalam masa yang sama, saya tidak dapat berbuat apa-apa. Hakikat ini amat menyakitkan.
Semangnya Allah telah mentakdirkan mereka yang kekal di bumi Palestin adalah mereka yang tahan berjuang. Lontaran batu mereka umpama lontaran bom bagi zionis. Ini bukan psychology. Ini bukan sihir. Tapi ini kekuasaan Allah. Allah yang memegang hati manusia, mencampakkan rasa takut ke dalam hati para musuh Allah.

perjalanan penuh erti
Baru tadi, saya mendengar sebuah 'talk' oleh Dr SMS, angkasawan Negara. Saya memang macam ni, motivasi dalam dada mudah sangat melambung-lambung. Memang orang lahir bulan Mei ni tinggi motivasinya. Perasan pulak. Tapi saya tak tipu. Malah, jiwa saya terseksa kerana menahan rasa dalam diri yang terasa membuak-buak nak melakukan perkara yang baik itu. Mana tak seksa, motivasi dan keinginan yang ada tak seiringan dengan kemampuan yang ada.
Saya kenal diri sendiri. Hampir 21 tahun jasad dan ruh saya bersatu, Cuma berpisah beberapa jam sehari pada waktu tidur. Jasad dan ruh saling mengenali dan memahami. Saya tahu kemampuan diri saya. Kelemahan dan kelebihan. Dari dulu lagi, kemampuan sering menyekat keinginan. Di saat-saat begini, bukan mudah untuk saya cuba memujuk diri, bersyukurlah dengan apa yang kamu ada, dan gunakanlah sebaik mungkin apa yang kamu ada. Kerana, keinginan yang terlalu tinggi kadangkala membuatkan kita kufur nikmat, ingin memiliki sesuatu yang tidak ditakdirkan untuk kita. Kelebihan yang Allah kurniakan, belum lagi kita 'explore' sehabis baik, kita sudah mencari-cari sifat orang lain yang boleh dimuatkan dalam diri kita. Sampai satu tahap, boleh jadi rasa cemburu, dengki dan akhirnya menyalahkan takdir. AstaghfiruLLah.
Bagi saya, hidup di bumi umpama suatu perjalanan. Perjalanan yang penuh erti. Penuh makna. Penuh hikmah untuk kita cari. Kompleks. Perjalanan ini tak boleh dihuraikan dalam beberapa perkataan. Walau dalam satu lecture panjang yang diberi Dr SMS tadi. Lecture by him is about a perfect human being. He is also a person who struggle for perfection. Everybody is praising him. Jadikan dia sebagai model. Ya, dia memang layak. Tapi tak semua orang boleh jadi perfect sebegitu. Ingat, setiap kejadian dan penciptaan, buruk atau baik , ada hikmahnya. Jadi, tak semua perlu mengikut satu contoh sahaja.
Apa lagi aku nak merepek. Nak meluah perasaan sebenarnya, bukan pandai menulis pun.Nantila bebila sambung balik..

hadiah buat perjuangan mereka

Untuk suatu jihad paling panjang, dengan bilangan mujahid paling sedikit, bilangan musuh berganda-ganda, ini yang kumampu hadiahkan.
Untuk suatu perjuangan mempertahankan Islam dengan masjidil Aqsa sebagai satu daripada tiga masjid dalam Islam, mempertahankan negara dari sebuah kezaliman yang nyata, memerangi musuh Allah yang telah pun disebut dalam kitabuLLah, mereka serahkan jasad mereka demi perjuangan ini. Aku, dengan rendah diri dan hina seorang hamba yang lemah, menghadiahkan hadiah ini.
Ya Allah, sesungguhnya kami meletakkanMu di batang-batang leher musuh2 kami, dan kami berlindung denganMu daripada kejahatn2 mereka Ya ALlah, leburkanlah kumpulan mereka, pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka, goncangkan pendirian mereka dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka. Wahai Tuhan yang gagah perkasa, wahai Tuhan yang penuh raksasa wahai Tuhan yang murka. Ya Allah ya Allah ya Allah.
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, wahai Tuhan yang mengarakkan awan,wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab. Kalahkan mereka kalahkan mereka kalahkan mereka dan menagkan kami ke atas mereka.
Senin, 15 Desember 2008
bidadari tanjung

Bidadari diumpamakan sebagai wanita yang beriman, mulia dan suci. Mulianya wanita itu dengan teguhnya iman yang dipegang, dengan kurangnya cacat yang ada pada dirinya.
Wanita yang mulia tahu, mana satu maksiat, mana satu ibadat. Mengetahui tidak sama maksudnya dengan mengamalkan. Mengetahui tidak sempurna jika amalan tidak dilaksanakan sekaligus. Malah, amalan itu adalah bukti pengetahuan itu. Maka di sinilah kayu ukur teguhnya jiwa seorang bidadari jika dibandingkan dengan bukan bidadari.
Seorang bidadari sentiasa memastikan jaraknya cukup jauh dari bahana maksiat. Pertama, aurat. Lengan itu aurat, leher itu aurat, suara itu aurat. Maka terus sahaja jiwanya yang bencikan maksiat itu memakai ketip pergelangan tangan, memakai stongan, melabuhkan tudungnya seselesa mungkin, memilih kain yang diyakini tebal, merendahkan suara di mana berada agar auratnya bukan sahaja terjaga, malah selamat dari sebarang ketidaksengajaan yang boleh menjurus kepada maksiat. Itulah bidadari, mengetahui dan mengamalkan.
Begitu juga hati. Hati itu berperasaan, perasaan tidak ada bau dan warna. Bidadari selalu menjaga hatinya agar kasih kepada lelaki diserahkan pada yang hak. Bidadari selalu menyediakan jarak yang cukup jauh lagi selamat agar dirinya tidak jatuh hati pada sesiapa yang bukan sepatutnya. Menyedari setiap pintu kasihnya akan jatuh, maka terus mengelak, itu adalah suatu aplikasi terhadap ilmu yang diperolehinya. Hati tidak perlu goyah dengan seseorang yang bukan bernama suami. Hati tidak perlu sakit,rindu atau pecah disebabkan seseorang yang bukan jodohnya. Jalan seorang lelaki untuk ke pintu hati wanita hanyalah melalui ibu bapa. Itulah jalan yang tidak merosakkan perasaan seorang wanita yang nyata diperbuat dari kaca!
Jumat, 12 Desember 2008
Allah tahu siapa kamu
Iman bertambah dan berkurang. Manusia kadang-kadang juga berubah sikapnya, dulu dan sekarang. Ada perubahan yang tampak tatkala hidayah menyapa. Ada perubahan yang asalnya adalah kesan dari diri yang futur.
Bagaimana?
Hidayah Allah umpama cahaya misykah yang berlapis-lapis cahayanya. CAHAYA. Bagaimana mungkin kita dapat lari dari cahaya, secara logiknya. Itulah hidayah, selalu kena pada semua oran tanpa terkecuali. Lalu manusia pabila mendapat hidayah akan terasa anjakan dalam dirinya dan ingin berubah.
Berubah pada suatu jangka masa...dan akhirnya kadang-kadang kembali pada dirinya yang sebelum perubahan itu. Jiwanya sedikit lemah untuk mempertahankan hijrah yang telah dirinya lakukan. Kembali pada diri yang asal. Benarkah itu dirinya yang asal? Kenalkah diri ini pada ruh aku yang bukan aku yang jadikan pun?
Di sinilah tempatnya di mana seorang sahabat memberitahu bahawa, hati ini, Allah yang memilikinya. Berbolak-baliklah ia, namanya pun Qalb, 'yang berbolak-balik'. Tapi asalnya, Allah jua yang tahu. Kebijaksanaan Allah bukan kita untuk fahaminya, malah bukan kita untuk menafsirkan jenis kebijakan itu.
Maka, di sini aku berdoa, ya Allah, tunjuki aku, hatiku yang sebenar itu bagaimana? Diriku yang asal itu bagaimana? Sesungguhnya aku telah berusaha, namun hijrah selalu diiringi rasa terpaksa yang membuatkan aku berhenti. Adakah kerana futurku panjang, atau fasa hidayah menyapa itu yang lama?

Langganan:
Postingan (Atom)