Rabu, 24 September 2008

tooth extraction

Surgery's first clinic.
Dengan mindset yang kata, today just tengok doc buat tooth extraction, and we're not gonna do anything(thats what they said).

Then datanglah surgery clinic dangan perasaan kosong, biasa saja. Lepas kena torture sket ngan Dr M the surgeon, tiba-tiba..namaku dipanggil. Haza malaf lilmaridh. Call him when you've read his case. WHAT? I am not ready. Mentally. and probably physically. But then kawan-kawan dof3a gave support, we'll help you. You're lucky to have patient...go on...i was like..OK!

His case, 3 teeth to be extracted, fractured teeth.(inkasara). And two of them is wisdoms, oh my. Im really not going to extract that, please.

Then, i did my history taking, and waiting for the surgeon to present my case. There's a doctor, mayb master student who helped me with this case.

Two things i'd learnt today :

1) be calm at work. (kena baca buku calm at work by Paul Wilson yang hari tu beli kt bookfair. Belum kije lagi dah kena baca. aiyya. Ingatkn nak simpan sampai kija nanti baru bace.) Seriously, in clinical years, you're actually working already. Sebab dah deal ngan patient. You must be like taknak cederakan patient. Taknak do mistakes kt patient, sebab you expect the same if you yg jadi patient, right? Then we tend to do things perfectly, lambatly and you'll get nervous when there's doctors who'll tell that u do wrong, who'll scold you, and friends that are not very helping..
After all, kita just perlu tenang. Just stay calm although you tengah menghadapi saat genting kena tengking or case yang gila serius or kawan backstabbing. Tapi setakat ni mostly friends are really helpful.

2) Be loyal dan jangan rampas spotlight kawan. Thats what we'll see in clinical years. We are not going to get marks macam online exam where we do exams invidually. In clinical years, segala kerja kita perlukan kerjasama orang lain. Bila doc tanya orang lain, jangan jawab jika doc tak suruh sebab kita akan menyebabkan kawan itu nampak kurang bijak, kurang menyerlah dan segala yang kurang. Tak baik kan? Jangan ambil kesempatan if nampak macam orang lain kurang di satu-satu bahagian, tapi tolong dia. Hormati hak dia, dan jangan pentingkan periuk nasi sendiri sahaja. Selalunya orang Melayu tak pentingkan apa Arab buat, tapi kalau dah nampak terang-terang dia ambil kesempatan, perlulah kita ambil tindakan.

Case tadi agak serius. saya plak nampak cuak sebab not ready. Ada sorang student arab ni offer diri untuk bantu saya. Yes, i appreciate your help. Tapi rupanya dia nak ambil peluang supaya dia dapat ambil case tu, then masuk periuk nasi dia! what? Then dia plak yang isi segala rekod patient, then didnt terangkan kat saya apa dia buat. Hmm...yang terima akibatnya mestilah saya kan. So this is not appropriate. Hormatlah orang, pentingkan hak orang dan perhatikan hak kita. Allah itu Maha Adil, ingat itu selalu.

This case ends up with me taking history, two students did gingival detachment, and two students did teth extraction. One of the tooth, fractured crown. No crown to grasp, only root. Haiyala..
i know, this surgeon tak ikut the format. Kan nama saya yang di rekod as the doctor, tapi 6 students did that at the same time. how? hopefully, marks dapat baik2 aja.

Ok, need to read 'calm at work', and need to be ready for anything i gonna do next. And will never persiakan my chance, will be aware of anybody yang nak ambil kesempatan.

Ok then, may Allah give the best to all of us. Allahumma ballighna Ramadhan.

Senin, 22 September 2008

Blogger Templates

Blogger Templates

first experience

Good day, lucky, haus!

75 yo male, came for a new denture because the previous denture no longer can be used.
He brought also the previous denture..bukan satu, tp dua! how cute! eheh..
Tengok previous denture dia, doc kate memang need a new one. Sebab acrylic dah haus, mayb the patient use sandpaper to make the denture fit his mouth. The sulcus juga dah rendah sangat, cannot gain retention anymore i think. Really need new denture.So there goes..me the dentist.

This patient is super co-operative, mayb bcoz he had experiences before. dah 2 denture dia, memang dah biasa da tu.

The first thing, extraoral examination. Oh my, lambat betulla student 4th y ni buat, almost 1 hour ok untuk Hx + EO + IO examination! Ye la, 1st patient, what can i do? kalau cepat-cepat kang salah. Dengan masalah lupa la, kalimaat arab yang ciput je dalam kepala, dengan students lain ada kat tepi, ada sedikit nervous la juga. Students kt tepi semua helpful. thanx~

OK, ni dia Qamus al-Arabiy for today :

سحب دم / تعطي دم ؟ Terima atau derma darah
Sisem cardio-respiratoryجهاز تنافسي
GI هضمي
renal ج. البول
diabetes melitusسكري
allergic of anythingتحسس من أي شيء ؟

(my ptn ada amik hypertnsve drugs) bawa ubat tu lain kali ya بجي معاك دوأ مرة جي
merokok ke تدخن؟
saya akan examine kamu راح أفحص
gerakkan lidah ke kanan,kiri,atas bawah حرك لسانك ال اليمين شمال فوق و تحت
buka atau tutup mulut افتح / سكر فامك


شفاك مرة جي jumpa lagi lain kali

lepas exmntn, case presentation to doc. okay la. Then doc terangkan banyak juga, hopefully masuk telinga kanan and stay kt otak. Doc terlalu professional utk saye yg tgh 1st experience cmpur otak tgh ligat ingat balik apa yg dah blaja. Terlalu banyak untuk didengar at one time. Tapi insyaAllah ingat la juga.

Try out the trays, dan senangnya la nk dapat yang the best fit him.

Next is taking the lower impression. Use unperforated tray becoz im using compound material. As for alginate, we need perforated tray for retention. I used compound material as the patient is edentulous, and there's no undercut. Need very hot water, prepared by the helpful assistant, rendam compound plate dlm tu sampai lembut boleh main2 buat doh, gulung jadi panjang then letak the smooth surface at outside, of the tray. The assistant did almost all the procedures for me, mungkin sebab saya yang suruh and nampak cam taktau sangat. uhu..cuak sebenarnya.dan taknak buat silap.

The lower impression banyak silap. Ada pessure point, thats why ptn complaint sakit masa impression taking, rupanya tray kena sulcus dia. ouch, sorry ammu. Pastu impression tak sampai RMP. Kena tambah utility wax, then take impression again kat tempat tu.

Next, Upper. just okay. Alhamdulillah. No gag reflex, thanx dear patient.

maw'eed thani usbu3 jayy nafsu sa'ah.

syukran ammu 4 ur co-operation! and thanx to assistant ku yang cekap serta dalya the translator. Dan instructor serta doc baik dan kawan-kawan yang lain.

next task - khatam balik lectures complete denture mase sem1 thn lepas.

Selasa, 09 September 2008

child development

Laura E. berk is Professor of Psychology at Illinois State University, where she has taught child development for nearly two decades.

The field of child development poses many questions about children that u may have wondered yourself:

- Can infants 'make sense' of their complex perceptual at birth? What do they already understand about their surroundings, and what must they learn over time?
- Is it harder or easier for young children to learn a second language than it is for older children and adults?

Check out the answers in this book:
title : Child Development
author : Laura E. berk

Selasa, 17 Juni 2008

suatu pilihan

Jika melakukan kebajikan adalah suatu pilihan,
Maka syurga juga adalah suatu pilihan,
neraka juga adalah suatu pilihan,

Jika aku memilih untuk tidak membuat kebajikan,
adakah sama ertinya aku tidak memilih untuk memasuki syurga?

Jika aku memilih jalan dosa,
maka adakah itu adalah pilihan untuk neraka?

Setiap kebajikan yang dilakukan akan dihisab.
Setiap kejahatan yang dilakukan juga akan dihisab.

Hidup ini adalah suatu pilihan,
yang menuntut diri untuk berfikir menentukan,
Baikkah atau burukkah,
Tanpa melupai taqdir dari Yang Maha Esa.

Sabtu, 14 Juni 2008

nota kepada diri

'nota kepada diri' ialah sebuah buku karangan TGNA yang memuatkan subtopic pelbagai peringatan berkenaan pelbagai perkara dalam kehidupan. Definitely 'notes' / 'nota'.

Air Mata

Terdapat pelbagai jenis air mata yang dialirkan oleh manusia dari 'lacrimal gland' mereka. Jika dilihat secara kasar, air mata itu sama sahaja. Jernih, dan rupanya seperti air.

Tapi hakikatnya hukum air mata yang dialirkan itu tidak sama. Ada air mata yang mendapat pahala, dan ada juga yang tidak berharga langsung di sisi Allah.

Sesetengah manusia mengalirkan manusia dengan tujuan lakonan semata-mata dan mendapat publisiti. Dengan harapan agar lakonannya menjadi, dan memukau penonton lalu mendapat bayaran yang lumayan. Ada juga yang menangis untuk menipu. Air mata ini langsung tidak berharga dan sia-sia sahaja.

Manakala air mata yang mendapat tempat di sisi Tuhan adalah air mata seorang hamba yang mengalir mengenangkan dosa-dosa dirinya, bangun di tengah malam dan memperuntukkan dirinya semata-mata buat ALlah, meminta diampuni dosa-dosanya.

Zakat - diseterika dengan besi panas

Apa yang nak diceritakan di sini ialah berkenaan orang yang tidak mahu menunaikan zakat, lalu muka, lambung(rusuk) dan belakang mereka pun diseterika dengan besi panas dari neraka kerana keengganan mereka.

Mari perhatikan sebuah hadith oleh Ibn Umar RA, riwayat Muslim :

Tidak ada seorang pun yang memiliki emas dan perak (harta) yang tidak menunaikan zakatnya melainkan di akhirat kelak, emas dan perak itu akan ditukarkan kepada lopgam panas di neraka. Logam panas itu akan menyeterika muka, lambung(rusuk) dan belakang mereka.

Mengapa pula dimulakan dengan seterika di muka, lambung dan belakang?
Ini digambarkan dengan keadaan orang yang bakhil, apabila didatangi orang yang mahu meminta pertolongan, mereka akan berpaling. Perbuatan berpaling bermula dengan memalingkan muka, memalingkan bahagian lambung dan kemudian bahagian belakang. Semua bahagian tubuh badan yang bakhil dan kejam ini akhirnya diseterika dengan logam panas sebelum dicampakkan ke kawah api neraka.

Wal 'iyaz biLLah.

Kamis, 10 April 2008

jeritanmanusiaterluka

Perang Chechnya

Perang Chechnya berlaku sebanyak dua kali .

PERANG CHECHNYA 1
Berlaku pada 1994-1996. Peperangan ini berlaku di antara Russia dan Chechnya yyang akhirnya membawa kepada merdekanya sebuah Negara Chechnya daripada kuasa Rusia.

Sejarahnya bermula sejak zaman Negara Soviet Union lagi. Ketika itu, Soviet Union mempunyai daerah-daerah kecil yang penduduknya diberi hak tertentu untuk daerah mereka. Kemudian setelah Soviet Union berpecah, muncullah Negara Rusia yang juga mempunyai beberapa daerah kecil yang dahulu tetapi masih dibawah kuasa yang sama. Rusia ketika ini membawa 70% identity Soviet Union. Melalui Perjanjian Federasi yang dicadangkan Presiden Yeltsin, setiap daerah diberi hak khusus (tetapi tidak sepenuhnya merdeka).SEmua daerah kecil ini menandatangani perjanjian itu kecuali daerah Tartasan dan Chechnya. Mereka menginginkan kemerdekaan total, disebabkan kekukuhan daerah mereka yang memang sudah boleh menjadi sebuah Negara merdeka dari Rusia.

Setelah beberapa tekanan, daerah Tartasan menandatangani perjanjian tersebut dan tinggallah Chechnya yang belum tandatangan. Keengganan Chechnya menyebabkan tercetusnya peperangan antara tentera Rusia dan Chechnya sendiri.

Peperangan ini berlarutan selama 2 tahun. Dalam peperangan ini yang melibatkan tentera Rusia yang jauh berlipat kali ganda berbanding tentera Chechnya, namun bilangan tentera Rusia yang mati adalah lebih banyak.

Kegagalan Rusia mengalahkan Chechnya menyebabkan mereka mengambil keputusan berundur dan menghentikan serangan.

Pada 1996, peperangan berhenti dan membawa kepada bebasnya Chechnya. Presiden Chechnya, Maskhadev menubuhkan The Islamic Republic of Ichkeria)

PERANG CHECHNYA 11
Pada 1999, Rusia memulakan kembali serangan kerana mahukan daerah Chechnya kembali ke Rusia dan peperangan ini berlarutan hingga ke hari ini.

Beberapa tokoh Chechnya

Shamil Basayev (syahid, menteri pertahanan Chechnya dan dianugerah pingat)
Salman Raduyev
Ibnu al-Khattab (juga terlibat dalam perang Afghanistan)

Islam di Chechnya

Di seluruh Rusia termasuk daerah kecilnya, umat Islam berjumlah 21-28 juta iaitu 15-20% penduduk Rusia bersama daerah kecil tadi. Terdapat pelbagai etnik dan agama di Rusia dan Islam adalah etnik minority yang paling prominent atau `besar` di antara etnik2 kecil tersebut.
Umat Islam Rusia tinggal di kawasan antara Laut Hitam dan laut Kaspia, seperti Adyghe-Balkar-Ingush-Dagestann-Chechnya. Kebanyakannya adalah kaum Tartar.

Islam dating bermula di Utara Caucasus kemudian ke Chechnya dan ke Dagestan. Kaum pertama yang memeluk Islam ialah Dagestan dan negeri Islam pertama ialah Volga Bulgaria. (bukanlah Chechnya yang pertama)
Chechnya dalah sebuah kawasan kampong yang banyak berpegang kepada tradisi. Mereka mengamalkan tradisi hormat-menghormati dan unsure pelajaran berkaitan moral.

Ketika Islam datang, ajaran Islam telah dicampur adukkan dengan tradisi mereka dan menyebabkan mereka lebih terpengaruh kepada ajaran sufi yang memang sesuai dengan tradisi mereka. Sebab itulah majority muslim di Chechnya berfahaman sufi atau Tariqat. Terdapat dua golongan, iaitu Naqsyabandiyah dan Qadiriyah.

Ada sumber yang mengatakan bahawa orang Chechnya ini memiliki tahap ilmu yang rendah, dan ilmu Islam juga masih rendah terutama wanita. Sebab itulah wujudnya gerakan Black widow atau janda hitam yang bertindak meletupkan diri sendiri di sekolah-sekolah Rusia demi membalas dendam terhadap ke`janda`an mereka kerana kematian suami akibat peperangan.

Orang Chechnya juga dikatakan adalah orang-orang yang mahir menunggang kuda, pandai berperang dalam hutan dan kawasan gunung-ganang, mahir menembak dan berani. Sebab itulah Rusia memang tak dapat kalahkan lagi Chechnya hingga hari ini.
 
Copyright kejora tujuh warna 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .